XIV

Drama Series 2312

Pagi itu keadaan berubah. Mana tidaknya? Yana yang dirindui pulang ke sekolahnya yang tercinta. Zara berjalan kaki melalui koridor. 'Apa yang diorang buat depan tu?' Zara bermonolog sendirian. " Ya Allah, Yana!!" Zara berlari ke arah sahabat karibnya. " Ara!" Mereka berdua berpelukan. " Ya Allah rindunya nak cubit pipi tembam ni," Yana mencubit pipi Zara dengan kuat. " Aku dah kurus tau?" Zara membalas selamba. " Diorang tengok apa tu?" Zara mempersoalkan kawan kawannya yang sedang menjerit dan terloncat loncat. " Pergilah tengok," Yana mengangkat keningnya. Zara bergegas ke arah rakannya yang lain. Mereka mengerumuni sebuah buku. Pasti buku tersebut milik Yana. " Autograf Jennie??!!!" Zara menjerit lalu menekup mulut. Yana memberikan back hug kepada Zara. " Ada lagi," kata Yana. " Ommo.. kau pergi fan meeting ke?" Yana mengangguk. " Ada lagi 3 group aku jumpa," Yana menyeringai. Zara membelek buku tersebut. " Yana!!!!!!!" Zara serius histeria. Apa pulak tidak? Zara nampak sign 4 member Blackpink, 9 sign member Twice, 7 sign member BTS dan 11 sign ahli Wanna One dalam buku catatan Yana yang semestinya dibeli di Korea. Dengan kata semangat di tulis dalam hangul, aww sweet!
Rania, Sofea dan Aisya berjalan mendekati Zara. " Kpop?" Mereka bertiga memandang Yana. " Ya Allah, Yana!" Mereka bertiga berteriak lalu memeluk Yana serentak. " Umm.. rindunya," kata Sofea. " Tu, Autograf." Yana menunjuk ke arah Zara. " Jangan cakap..," Rania mula menjadi fangirl yang gila. " Aku lapar lah. Jomlah makan," Yana menarik lengan Zara ke kantin.

" Kau balik berapa lama?" Rania mengunyah dengan lahap. " Amboi, nak suruh aku balik Seoul ke?"," Takdelah. Kau mengemis kat sini pun takpe." Yana menjeling tajam. Rania tersenyum gerun. Yana melihat reaksi Rania yang kecut perut terus ketawa. " Sampai Ahad ni." Rania mengangguk. " Any plan? Esok cuti."," Melawati Mall, jom?" Rania mengangguk lagi. Dan terus menyambung aktivitinya. Aisya, Sofea dan Zara yang tadi asyik bersembang tentang update² group kegemaran mereka ditegur. " Kitorang ok je," balas Aisya selamba. Bukan dengar pun apa yang Rania dan Yana bincangkan. Main cakap aje. " Oklah. Aku kena gerak ni.", " Kau nak pergi mana?" Yana mengenyitkan mata. " Jumpa oppa kejap." Yana berjalan berseorangan ke arah Dong Hoon di tepi pintu kelas. " Dong Hoon-ah!" Dong Hoon terjerit kecil. " Yah! Apa ni?" marah Dong Hoon. Yana tergelak kecil. " Minggu depan saya dah kena balik. Awak pegang janji awak tu eh," Dong Hoon mengangguk.
Seminggu berlalu. Zara, Aisya, Sofea dan Rania mengucapkan selamat tinggal kepafa Yana sebelum dia berlepas pulang ke Seoul.
" Minggu ni cuti. Kau ada plan tak?" tanya Sofea. " Aku balik kampung minggu ni." balas Zara. Telefonnya berdering. " Jap eh.", " Helo, oppa." Zara mengangguk-ngangguk dan mematikan talian. " Abang aku dah sampai. Aku pergi dulu." Mereka melambai sesama sendiri.

" Ma, Ara keluar jalan jalan dengan abang kejap tau!" jerit gadis itu dari pintu utama. " Ya, jalan elok-elok!" balas Mama dari dapur. Zafril dan Zara membonceng motosikal milik arwah ayah mereka. Pusing-pusing kampung, ambil angin. Nyaman udara petang di kampung.
" Abang, lalulah sawah tu." Zara menggoyang lengan abangnya. Selepas puas berpusing sekeliling kampung, mereka pulang ke rumah. "Zafril, Zara. Mari makan." panggil Mama dari ruangan makan. "Ni esok, mama kena pergi majlis reunion kejap. Duduk dengan makcik Alya kejap ya.", " Alah.. nak duduk dengan nenek." Zara memuncungkan mulut. " Esok, nenek buat medical check up. Bila bila pergilah." Zara mengangguk perlahan. Abangnya menggenggam tangannya erat. Mata mereka terpaut. Satu perasaan yang sukar ditafsirkan menerjah jiwa gadis itu. "Esok kita jalan-jalan lagi. Pastu kita pergi sana," kata Zafril bagi memujuk adiknya. Zafril merasai perasaan yang sama. Kadangkala terasa kekok bila berduaan sejak kebelakangan ni. Adiknya tersenyum.

Zafril dan Zara berjalan kaki ke rumah Mak Cik Alya. Mama cakap, makcik Alya ni makcik bawang. Jadi jangan cepat percaya sangat butir bicaranya.
" Assalamualaikum, makcik Alya!" jerit Zara.
" Waalaikumussalam! Ha mai masuk!" balas wanita pertengahan umur itu. " Mama mana?" tanya Makcik Alya sejurus anak saudaranya melabuhkan punggung. " Mama bawak nenek pi klinik kejap," jawab Zafril. Jannah, anak makcik Alya datang menghidang air pada tetamu. " Abang Ril jemputlah. Ara.." Jannah buat malu malu kucing. Sebab dia tu dah lama berkenan dengan Zafril tu. Umur pun tak banyak beza. Zafril menghirup air teh tersebut. Zara? Panas lah hati.
" Ni. Satgi Kak Raudhah balik. Dengan family belah suami dia. Satgi Zara tolong makcik masak, na?" Zara mengangguk sambil tersenyum.

" Makcik... ni ikan ni nak buat macam mana?" tanya Zara sambil menggaru kepala yang tak gatal. " Ikan ni bersiang la cik adik ooi," balas makcik Alya yng sedang menumis bawang.
" Macam ni," pisau ditangan kanan dirampas Zafril. Zafril berdiri tepat di belakang Zara. Macam nak berpeluk pun ada. Jannah menjeling geram. Jealous lah katakan.
" Abang belajar masak ke dekat Hokkaido?" Zafril mengangguk lalu mencubit hidung adiknya. " Belajar lah. Kalau tak macam mana nak survive," balas Zafril. Hati mengeluh kecil. Perasaan itu datang semula. Zafril bergenjak ke belakang sedikit. Zara merasakan hal yang sama, lalu pergi ke arah makcik Alya. " Siap dah bersiang ikan?" Zara menunjuk ke arah abangnya. " Abang buat.", " Apa anak dara tak reti buat kerja dapur ni? Ni potong sayur reti ka dak ni?" Zara mengangguk lalu tertawa kecil. Mata melirik ke arah Zafril. Lelaki itu hanya tersenyum. ' Zara nak duduk dengan abang sampai bila-bila,' bisik hatinya. Zara menggeleng perlahan. " Zara, mai potong sayur ni. Satgi bagi dekat Jannah, na?" Dia mengangguk.

Petang itu, suasana rumah makcik Alya berubah. Anak sulungnya, Raudhah pulang dari Sabah bersama keluarga suami. Turun padang. Zara bersalaman dan berpelukan dengan Raudhah. Maklumlah, lama tak jumpa. Asyik dia balik, Raudhah tak ada. Lagipun, mama tak rapat dengan makcik Alya.
" Zafril?" Rahman mengejutkan Zafril yang sedang memerhati adik perempuannya. " Ya abang Man?" balas Zafril kekok. " Hang ni pasaipa? Dok peqati ja adik hang. Bukan bolah buat bini pon," usik abang Man. Dia ni orang Alor Setar, tetapi menetap di Sabah atas urusan kerja. " Tapi kami rasa lain, abang Man." balas Zafril perlahan. Senyuman di bibir Rahman menghilang. " Rasa lain? Rasa lagu mana tu?" Kepala Zafril tertunduk. " Tak tau lah." Rahman mengeluh. " Awat hang berkenan kat dia kaa?", " Berkenan kat sapa?" Suara Zara datang mencelah. " Uihh Zara. Lama tak nampak." Abang Man tersenyum kepadanya.
" Memang lah tak nampak. Orang tu dok berjalan kat laut ja," Zara pura-pura merajuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience