XV

Drama Series 2312

" Abang." Panggilan Zara tak berjawab. Tangan mencekak pinggang. Punggung dilabuhkan sebelah Zafril. " Abah!", " Sat na. Aqil panggil." Rahman berlalu pergi. " Abang!" Tangan Zafril digoyang. Zafril tetap menunduk. Zara meletakkan kepala di belakang Zafril. " Abang.. Jom lah jalan-jalan," suara Zara berubah manja. Kepala Zafril makin kusut. " Hoi! Buat apa tu?!" Sebuah suara mengejutkan mereka berdua. " Kak Nah...", " Hoi, Zara. Hang tau kan Zafril bukan mahram hang?! Kan?! Hang tau kan?!" jerit Jannah lantang. Zara bingkas bangkit. Begitu juga Zafril. " Hang merepek apa ni?" bedil Zafril pula. " Zara! Zafril bukan abang hang lah!" balas Jannah. Zara berkerut. " Zafril tu abang angkat hang ja. Dia tak pernah minum setitik pon susu mak hang. Dia anak angkat dan hang bukan mahram dia!" Mata Zara berkaca-kaca. " Jannah!" Mata Zafril merah. "Hang tak payah nak menuduh boleh dak?! Ingat aku berkenan sangat ka pompuan macam hang?!" Zafril menghampiri adiknya. Ahh, dia pun tak tahu perkara sebenar. " Za-"
" Kau jangan dekat dengan aku." Suara Zara berubah nada. " Zara." Langkah semakin dekat. " Jangan dekat." Zara mengangkat tangan. " Jangan dekat. Jangan cakap apa pun." kata Zara lalu berlari ke rumah. Zafril terduduk. Rahman berjalan menghampirinya. "Ril? Zara mana?" Zafril menggeleng. " Aku tanya adik hang mana." Dia terus menggeleng dan menundukkan kepala. Tangisan berhambur. " Hoi, Ril. Pasaipa?", " Aku dah pegang." kata Zafril perlahan. " Pegang apa? Haa aku tau. Hati makwe hang." Rahman ketawa dengan lawak hambarnya sendiri.
Malam itu, mereka berdua tak bercakap langsung. Sepatah pun tidak. Bertentang mata apatah lagi. Hanya saling memerhati. Terutamanya si Zafril.
" Zara. Abang teman Zara balik," langkah kakinya mengejar Zara. " Tak payah." Zara melangkah meninggalkan Zafril di belakang.
' Mama ada kat rumah.' bisik hatinya.

" Assalamualaikum."
Mama tersenyum. " Zara? Abang Zafril mana?" Wajahnya masam mencuka mendengar nama Zafril. " Dia duduk dengan abang Man," balasnya perlahan lalu duduk di tepi mama ya yang sedang menonton televisyen. " Nenek mana ma?" Jarinya menunjuk ke tingkat atas. Zara mengangguk. " Ma, Zara tanya ni. Mama jangan terkejut tau," Puan Alisya mengangguk.
" Betul ke Zafril bukan abang kandung Zara?"
Mata mama membulat. " Zara dengar daripada mana?", " Mama jawab dulu. Benda ni bukan benda main ma. Tau tak Zara pernah tidur sebilik dengan dia? Pegang tangan dia? Peluk peluk dia? Cium pipi dia? Mama tau tak?" Manik-manik jernih tertumpah. " Zara berdosa ma," katanya dengan sedu sedan.
"Mama minta maaf sayang," badannya dirangkul kemas. "Zafril tu anak kawan baik Papa. Tetapi kawan papa tu meninggal sebab tumor otak. Dia bercerai dengan isteri dia dan Zafril masih dalam penjagaan. Dia suruh papa jaga dia macam anak sendiri. Sebab masa tu, mama tak mengandungkan Zara lagi. Zafril pun mama bela dia dari dia umur dua tahun, sampai mama pun lupa dia tu cuma anak angkat. Dia pun dulu rapat sangat dengan Zara. Tapi mama tak tahu boleh jadi macam ni." Mama mengelap air mata anak perempuannya. " Mama, boleh tak Zara kahwin dengan abang?" Persoalan spontan Zara membuatkan dirinya terkejut. " Mama fikirkan dulu. Zara dah solat?" Dia mengangguk. " Pergi tidur." Langkah kakinya longlai bergerak ke atas. Pintu bilik di buka. Keluhan terhambur. Dia membuka tudung dan menghempas badannya ke atas katil. Matanya ditutup perlahan. Teringat wajah Zafril, terus terbuka matanya. " Ahhhhhhhhh........." matanya digosok. Akhirnya terlelap.

" Ma." Wajah anak perempuannya di amati.
" Ara nak apa?" tanyanya. " Ara nak balik KL." Mata mama membulat. "Zara nak balik dengan siapa? Mama nak stay lagi seminggu kat sini.", " Ara balik dengan Rania je. Kebetulan sekarang Rania ada dekat Penang tengah otw balik KL. Lalu sini. Satu lagi," Mata Zara menjadi sayu. " Mama jangan bagitahu siapa-siapa pun tau." Telefonnya berdering. " Helo, Nini. Dah sampai? Ok." Panggilan dimatikan. "Ma, Rania dah sampai. Kirim salam dekat nenek ya?" Zara menyalami tangan ibundanya dan mengangkat beg galasnya meninggalkan rumah tersebut. Mama mengeluh perlahan. Dia melambai lembut hingga kelibat kenderaan yang dinaiki Zara lesap dari pandangan.
.
" Tak, sekarang ni kau explain je lah. Apahal kau nak balik dengan aku?" Mata Rania bertentang dengan mata coklat hening Zara.
" Kau janji kau akan jaga rahsia ni sampai aku mati. Faham?" Rania mengangguk gerun. Haih, usik bab mati pulak.

" Assalamualaikum, mama." Zafril melangkah masuk ke dalam rumah itu. " Ha, Ril. Balik pun." kata mama sambil mengusung secawan teh.
" Minum ni. Nak cakap apa-apa dengan mama, minum ni dulu." Dahi Zafril berkerut. Dia terus menghirup teh panas itu. Dah tak rasa panas kerana dia hanya memikirkan seorang gadis bergelar Zara. " Ma, Ara mana?" Mama diam. Tiada respon. " Mana nak tau." Langkah wanita pertengahan umur itu pantas ke tingkat atas menuju ke bilik nenek. Kebetulan bilik Zara berhadapan dengannya, Zafril tanpa teragak-agak membuka pintu bilik Zara. Kosong. Pintu almari dibuka. Kosong. Zafril kembali ke bilik neneknya dan terlihat mama menyimpan telefon pintarnya. " Ma, Ara mana?" Mama meletakkan jari telunjuk di bibirnya. Lalu menunjuk ke arah neneknya yang sedang tidur nyenyak. " Mak, makanan ada dekat tepi ni. Kalau mak lapar mak makan, ya?" bisik mama perlahan.
" Mama, Ara mana?" Suara Zafril sedikit keras sejurus mamanya berhenti di hadapan pintu biliknya. " Kenapa sibuk sangat pasal dia?" Zafril tersentak. " Ma, Zara mana, ma?" Lengan Puan Alisya digoyangnya. " Ril, kamu kahwin aje dengan Zara kalau kamu sayang sangat dekat dia." Lengannya yang digoyang tadi dilepaskan. " Zafril memang nak kahwin dengan dia pun ma." Langkah wanita itu terhenti jua. " Mama cakap sekarang Zara ada dekat mana." Keluhan berhambur dari mulut Puan Alisya. " Dia dah balik KL. Jangan kacau dia, please. Dia anak mama." Suara mama kedengaran sayu. " Zafril tak kan kacau dia ma," Tiba-tiba telefonnya berdering. Zara. "Helo, Zara."
" Encik ni Zafril ke?"
" Ya saya Zafril."
" Adik encik kemalangan. Kami sekarang dalam perjalanan ke hospital." Zafril terduduk. Mama menghampirinya.
" Hospital mana?"
" Ok saya ke sana sekarang. Terima kasih encik."
Air mata mengalir deras. " Kenapa dengan Zara? Ril!" Mama menenangkannya. " Zara accident ma. Cepat ma siap. Kita pergi sana." Mama menekup mulut lalu mencapai tudung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience