VI

Drama Series 2312

Pertandingan memasak telah bermula. Nampaknya semua sibuk sangat. Yalah, mahu buat hidangan terbaik. " Husna!" Rania menjerit sekuat hati. Kumpulan Zara disebelah melihat apa yang terjadi. Daging yang mereka bakar hangus. " Kau tau tak yang itu yang last?! Lepasni nak buat apa?!!" Husna hanya tersenyum. Sakit hati Zara. " Kalau dah tak reti nak layan orang elok-elok, tak payah la nak buat baik," Zara mencebik lalu menyambung kerjanya.
Wisel ditiup menandakan waktu telah tamat untuk memasak menu hari itu. " Semua kumpulan boleh letakkan kueyteow masing-masing atas meja ni," arah Cikgu Nabila yang jelita tersebut. Semua wakil kumpulan menghantar kueyteow dengan berhati-hati. Macam-macam jenis hiasan terdapat di setiap mangkuk. Cili berbentuk hati, tomato berbentuk bunga, touch-up seperti di restoran mewah juga ada. Semua ternganga melihat hiasan mangkuk dan kueyteow masing-masing. " Lawanya group hampa punya, Ara." Zara tersenyum kepada Huda. " Group awak pun lawa jugak. Macam restoran 5 bintang!" Mereka berdua ketawa terkekek-kekek. Mereka terhenti apabila terdengar Cikgu Nabila terbatuk batuk. " Cikgu ok? Nah air," Zara menghulurkan secawan air kosong. Cikgu Nabila berdiri dengan wajah berkerut. " Mana kumpulan 6?" Husna mengangkat tangan lalu ke hadapan cikgu. " Awak nak bagi orang mati ke? Apa awak letak dalam kueyteow ni? Daging pun hangit! Dah! Awak dikeluarkan!" Semua terkejut namun tidak melawan. Semua keputusan Cikgu Nabila ialah muktamad. Tiada yang dapat mengubah fikirannya. Husna ke belakang. Rania dan Salwa pergi mendapatkan Husna. " Tulah saya dah cakap. Daging tu tak payah letak hangit punya pasal. Tak dengar lagi!" Salwa memarahinya. " Awak diam boleh tak? Saya serabut lah!" Husna membentak. Dia keluar dari dewan bersama Rania. Zara tersenyum sinis. Salwa mendekat. " Ish! Rasa macam nak penampo je si Husna tu!" Salwa membentak. Zara ketawa di dalam hati. Comel benar Salwa ketika marah bersama loghatnya.
" Nanti saya bagi awak rasa group saya punya kueyteow sup. Nak?" Salwa tersenyum lalu memeluk Zara. " Awak sorang je yang faham. Thanks!" Zara membalas pelukan Salwa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience