XIII

Drama Series 2312

Ara!!"
Zara memandang ke tingkat atas. " Ish, kacau betul nak tengok Cinta Si Wedding Planner," desis Zara. Dia berjalan ke atas. " Apa?" Zafril memberikan sebungkus beg kertas. " Ada orang hantar. Tak silap nama dia Amar," Zara terkejut lalu menarik dengan pantas beg tersebut. Dia berlari ke biliknya yang telah siap di renovate. " Ommo.. Shawl yang aku suka tu," Zara menekup mulut. Amar memberikannya tudung yang bernilai ratusan ringgit? Telefonnya berdering. " Ara, bila nak balik?" suara Izzah bergema di gagang telefon. " Barang aku dah siap kemas. Tunggu abang aku siap kejap," balas Zara selamba. " Okay. Cepat sikit, Ummi nak buat jamuan. Dah, assalamualaikum," Zara mematikan panggilan. Dia menyarungkan tudung. " OPPA!!!!!!!!!!!" Zafril mengeluarkan kepalanya. Zara bercekak pinggang. " Cepatlah. Aduh bersiap mengalahkan perempuan," Zara mengeluh.
Abang Ril berjalan turun. " Masuk kereta cepat," arah abang.

" Alhamdulillah, selamat sampai," Zara tersenyum bahagia. " Salam. Jom abang angkat barang," Zafril membuka pintu. " Eh, tak payah. Ara ambik sendiri," Zafril mengangguk dan menutup pintu semula. Zara keluar menuju ke arah bonet. Mengangkat baju-bajunya untuk 1 minggu sahaja. Maklumlah, minggu ni minggu terakhir Zara di sini. Juga tahun terakhir di sekolahnya. " Bye~" Zara melambai abangnya. Dia menoleh untuk mengangkat barangnya, namun terhenti apabila ternampak Amar dari celah pokok hiasan di hadapan asrama. Zara tertawa kecil. Amar berlalu dengan wajah yang masam. " Whatever," kata Zara lalu masuk ke dalam asrama.

" Ummi harini masak apa? Mana tau Ara dapat ilmu baru?" Zara masuk ke dapur Ustazah Fauziah, atau gelarannya Ummi Zia. " Ketam masak lemak. Harini hidangan dia special sikit," Ummi membalas dengan sekuntum senyuman. Zara membantu Ummi memotong sayur dan belajar resipi ketam masak lemak. ' Abang suka ketam, kan?' Hati Zara bermonolog. " Ara, pergi ambil cawan dekat asrama lelaki kejap, sayang." Zara mengangguk. Dia berjalan melintasi jalan lorong tersebut dan tiba di hadapan asrama. " Assalamualaikum!" Tiada respon. Dia berubah masam. ' Amar..' Senyuman Zara terukir. " Salam, Amar!" Zara mendekatinya. " A-awak nak apa?" tanya Amar. " Saya nak cawan yang awak tengah basuh tu," Zara mununjuk ke arah cawan di tangan Amar. " Ni saya punya! Mana boleh bagi perempuan!" Zara berkerut. ' Bila masa aku cakap aku nak guna cawan dia?' desis Zara seorang diri. " Ummi yang mintaklah!" Mereka mula bertengkar. " Ummi? Tiba naik nama ummi ni," balas Amar sambil bercekak pinggang. " Sampai hati awak kan?" Zara berlalu pergi. Amar terkejut. " Aku cakap apa-apa ke tadi?" Dia memandang ke arah Zara. Zara mengambil cawan dari kawannya Khairul dan berjalan ke rumah Ummi Zia. ' Betullah..' Amar berasa bersalah.

Petang itu semua makan dengan penuh selera. Ketam tu!
" Terima kasih Ummi sebab masak makanan sedap macam ni," Izzah berkata selepas selesai makan. " Sedap ke?" tanya Ummi. "Sedap Ummi. Cam gini," Izzah mengangkat ibu jari. Ummi tertawa kecil. " Anak-anak, lepas makan panggil Ustaz Amirul baca Mathurat sama-sama. Lepas tu solat maghrib dan buat hafazan ya," kata Ummi lembut. Ummi sentiasa tersenyum manis. Bahasanya ketika bercakap pun seperti orangnya. Lembut dan baik hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience