XVII

Drama Series 2312

" Tapi kan ma-" pelukan Zara dilepaskan. "Rania mana ma?" Mama tersenyum. " Jap." Mama keluar sebentar. Lagaknya seperti mahu mengambil sesuatu. " Zara~" Rania yang berada di atas kerusi roda di tolak mama ke dalam wad. " Nini!" Mereka berdua berpelukan. " Mama keluar dulu ya?" Zara dan Rania mengangguk. " Kau ok?" Soalan itu terpancul dari mulut Rania. " Ok, cuma kaki ni sakit sikit," balas Zara. " Tadi aku nampak Zafril kat luar. Kau ok dah dengan dia?" Terdengar nama Zafril, Zara automatik tersenyum. " Dah nak kahwin.", " Aigooo... Zara dah nak kahwin. SPM pun tak ambil lagi. Aigooo.." lengan Rania ditampar. " Ish kena bagitau Yana ni." Zara menampar lembut tangan kawan karibnya. "Kau dengan Yana je tau benda ni. Sebab, Cha dengan Fiy dah tak percaya aku lepas rumor haritu," nada Zara kendur. Terlihat sebuah kekecewaan hadir menyelubungi diri gadis itu.
" Habis Amar macam mana?" Rania mengangkat kening. " Amar? Biarlah dia. Aku bukan suka dia pun." Terkenang Amar, Zara terus terdiam. " Kau tunjuk aje yang Zafril tu istimewa buat kau." Zara menggeleng. " Nanti dia syak lah." Zara mengeluh perlahan. " Tahun depan kau jangan layan dia langsung. Layan aku je. Tau?" Rania tersenyum hingga menampakkan barisan giginya. " Tapi kau takkan rapat dengan Husna kan?" Hati Zara berbisik. " Eh tahun depan, D.O balik Seoul dah. Tapi Yana stay sana lagi," kata Rania. Mulut Zara membentuk O lalu mengangguk.

Majlis pernikahan Zara dan Zafril berjalan lancar. Hanya Mama dan Rania menyaksikan hubungan itu disatukan. " Nanti plan nak gi Korea tu apa cerita?" tanya Rania kepada Zara yang sibuk membelek cincin di jari manisnya. "Aku ingatkan, nak buat sekali dengan aku punya honeymoon." Rania bersorak. " Tapi nanti kau kata aku kacau line korang nak bersweet pulak," tangan Rania ditampar kasar. " Woi, betul apa?" Dia masih tersenyum nakal.
" Blue betullah kau ni." Zara mempercepatkan langkah meninggalkan Rania. " Hoi, Zara! Tunggu!"
·
" Abang, Ma. Zara nak bagitau ni." Zara melabuhkan punggung di sebelah Zafril. Mata mama membulat. " Apa?", " Mama tanya kan tadi bila nak honeymoon kan?" Mata Zara melirik ke arah Zafril yang setia memerhatinya. " Zara ingat nak bawak abang ikut plan Zara dengan Rania pergi Korea tu. Lagipun duduk kat sana sampai dua minggu." Zara tersenyum. " Eh, taknaklah. Nanti Zara asyik berkepit aje dengan Rania tu. Abang kena tinggal sorang-sorang dekat hotel," protes Zafril. Mama tertawa kecil. Tapak tangan Zafril ditampar Zara. " Awak tu nanti kita layanlah lah," balas Zara. Malas nak naik kapal terbang banyak kali. " Entah Ril ni. Mengada pulak." Mama menyua sepinggan nasi kepada Zara. " First night." Zafril tersenyum malu. " Abang nak apa?" Zafril menunjuk ke arah gulai jantung pisang di hadapan Zara. " Dengan ni," jarinya meluru ke hati Zara. " Nak pegang boleh?" Zara tertawa.
" Peganglah sampai bila-bila." Zara menyerahkan pinggan kepada Zafril. " Thank you." Senyuman Zafril tak pernah menghilang.

" Abang, malam ni Zara tidur bilik Zara eh?" Zafril mengangguk. Anak matanya masih memandang skrin televisyen. Langkah disusun ke biliknya. Zafril hanya memerhati Zara menutup pintu bilik. " Ril, dah lewat lah. Kata dah tak nak pakai spect mata?" Butang remote ditekan dan skrin televisyen menjadi gelap. "Baik ma. Ril tidur dulu," Mama melangkah ke bilik dan menutup pintu. Zafril menutup suis lampu biliknya dan berbaring di atas katilnya. "Rasa macam tengah single lah," Zafril bingkas berdiri dan berjalan ke bilik Zara. Daun pintu dibuka perlahan. " Uiitt, tidur?" Tiada respon. Zafril mendekati Zara. Zara ni suka berjalan masa tidur, kebetulan pulak dia bangun masa Zafril berdiri depan dia. " Hmm? Abang?" Baju Zafril ditarik sehingga badannya terhempas di atas katil empuk milik Zara. Wajah mereka berhadapan antara satu sama lain. Zara terlelap kembali. " Abang sayang Zara." Dahi Zara dicium. Badan gadis itu dirangkul kemas.
" Hmm....." Zara membalas pelukan Zafril dan mengejutkannya. Zafril tertawa kecil lalu menutup mata.

" It's a beautiful life~ beautiful day~" Zara mengulangi rutinnya selepas tersedar dari tidur. Shower dari bilik airnya berbunyi. " Siapa masuk?" Mata Zara membulat sejurus ternampak baju T-shirt lelaki di sebelahnya.
" Abang?" Zara berlari ke bilik Zafril. Kosong.
" Dia masuk semalam?" Semalam... segalanya kembali ke kotak fikiran. Dia tarik Zafril tidur sekatil dengannya. " Alah,.. dia ni pun ikut aje." Zara menampar dahi. " Zara? Lah.. kat sini? Baru nak tunjuk six pack tadi." Zara menggeleng geli. " Ish tak payah, tak payah. Tak payah nak mengada." Zara kembali ke biliknya dan mengunci pintu. Zara terdengar sebuah bunyi. Bunyi mesej masuk. Tapi bukan telefon dia. " Abang punya kot?" Bantal diangkat. Seperti yang dijangka, telefon Zafril berada di situ. Telefon itu bercahaya. " Nak tengok jap wallpaper dia," Zara terdiam sejurus melihat wall telefon Zafril. " Ara, fon abang ada tak-" Kepala Zara terangkat. Zafril berdiri di hadapan pintu biliknya. " Kat sini...?", " Ada, ada kat sini." Zara mengelap air matanya. " Ara.." Zafril melabuhkan punggung di sebelah Zara.
" Abang mesti banyak terasa dengan Zara kan? Zara tak pernah layan abang macam dituntut. Zara cuma layan abang macam abang Zara. Zara minta maaf, abang." Kepalanya ditarik ke dalam rangkulan Zafril. " Abang tak pernah terasa pun. Abang pun tahu Zara tak sedia. Dah cukup dah Zara layan abang macam ni." Zara membalas pelukan abangnya. Tapi sekarang pelukannya makin lembut kerana Zafril bukan lagi abang, dia suami.
" Ish, apa ni nangis pagi-pagi? Tak cantik nanti," pujuk Zafril perlahan. " Abang keluarlah dulu. Zara nak mandi jap." Zafril mengangguk lalu berlalu keluar. Telefon Zafril masih dalam genggaman Zara. " Sekarang ni, Zara dah jadi Mrs. Zafril!" Hati bersorak. Nama di contact telefon Zafril ditukar. Nama di telefon Zara pula bertulis 'Encik S'. Zara tersenyum lalu menggapai tuala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience