XX

Drama Series 2312

" Abang dah buang tadi. Takde dah," kata Zafril sambil memerhati. " Betul?" Zara mencubit hidung lelaki itu. " Betullah sayang ooi," balas Zafril lalu mengaduh sakit. " Takdekan?" Zara masih teragak-agak. Bukan Zafril tak tahu, lipas fobia terburuk dalam hidup gadis bergelar Zara. " Kalau awak takut, biar abang temankan awak mandi," usik Zafril lagi. Cepatlah mandi wahai isteriku. Aku dah lapar ni. Hati dan perutnya berkeroncong. " Ok, ok. Zara mandi sendiri." Pintu bilik air tertutup. Zafril menghela nafas beku. " Abang," terlihat Zara memanggilnya dari bilik air. " Ambilkan pencuci muka tu kejap," Zafril bingkas berdiri dan menyerahkan pencuci muka tadi. " Terima kasih," pintu berlongsor ditutup.

" Abang," Zafril menghampiri isterinya yang sedang melaram dihadapan cermin. " Awak make-up lawa-lawa ni nak pergi mana? Mengorat lelaki korea?" Zara menggeleng. "Nak ke hati abang lah." Zara tersenyum dan terus menggapai tudung di tepinya. Zafril merangkul kemas pinggang Zara. " Ni kenapa pulak ni?" Zara bertanya perlakuan Zafril. Selalu sangat peluk aku ni kenapa? Hatinya berbicara. " Kan Zara dah ke hati abang. Sekarang ni abang nak beli tiket ke hati Zara boleh? Lepastu kita cari tiket ke Syurga pulak ye?" Zara mengangguk. " Tiket ke Syurga tu abang nak cari dekat mana?" Zafril mencucuk perut Zara. " Dekat sini." Zara melepaskan rangkulan Zafril. " Abang ingat lagi tak janji abang?" Zafril mengangguk. " Jom, Yana dah tunggu." Mereka berjalan keluar.

Seminggu telah tamat berlalu. " Selamat ber-honeymoon!" Rania melambai ke arah Zara sebelum menaiki pesawat ke Jepun. " Bye! I'm gonna miss you!" Jerit Zara kepada Yana. " Me too! See you girl!" Yana membalas dengan senyuman.

" Abang, Zara ngantuklah." Zara menutup mulutnya yang luas terbuka kerana menguap.
" Tidurlah. Kenapa bagitau abang?" tanya Zafril sebelum membuka rancangan di televisyen mini di hadapannya. " Tadikan abang kata nak tengok movie dengan Zara. Tak pe ke?" Zafril menggeleng. " Tidurlah. Penat sangat kang nanti tak boleh berjalan dekat sana," balas Zafril. Zara meletakkan kepala dibahu Zafril lalu menutup mata. " Have a nice dream." Zafril mengusap lembut pipi gadis itu.

Zara membuka mata perlahan-lahan. " Dah sampai ke abang?" Zafril yang sedang mengambil beg terus memandangnya. " Ye, sayang. Bangun," balas Zafril. Zara mengeliat. Lalu berdiri. " Jom turun," Zafril menolak badan Zara ke hadapan. " Kita check in hotel dulu ya? Zara rehat dulu," Zara sekadar mengangguk. Badannya lemah. Zafril menahan sebuah teksi. Mereka tiba di hotel setelah beberapa minit.
Setelah mendapat kunci, langkah kaki mereka berdua laju ke bilik. " Zara? Zara tidur dulu sayang," Zafril membaringkannya. " Abang, Zara rasa pening lah." kata Zara. Zafril menutup pintu bilik. " Pening? Oh, Zara tak makan lagi kan? Perut masuk angin ni," balas Zafril. " Zara tidur dulu. Abang turun ambil makanan." Bajunya ditarik. Badannya berpusing ke belakang. "Abang jangan tinggal Zara. Zara takut duduk sorang-sorang," Zafril tertawa dalam hati. Comelnya. " Iya, abang teman Zara ya?" Zafril memesan makanan melalui telefon. " Zara, makan sikit." Zara duduk menghadap Zafril dengan wajah yang pucat.
" Makan? Tak naklah," Zara menolak sudu yang disua suaminya. " Abang suapkan," gadis itu menggeleng.
Zafril bergerak ke belakang Zara. " Ahh..," Zara hampir terbaring, tetapi terjatuh di atas Zafril.
" Zara nak pitam lah abang," Zara mengurut kepalanya perlahan. Suaminya menyuakan secawan air suam. " Minum slow-slow," kata Zafril. Cawan tadi diletakkan di tepi katil. " Dah ok?" Zara mengangguk perlahan. " Oklah sikit," balasnya. Tanpa disedari, Zara terlelap. " Zara nak a-" Zafril tertawa kecil sebaik melihat Zara tertidur di dalam dakapannya. " Kesian dia." Zafril mencapai telefon bimbit lalu menangkap gambar Zara terlelap diatas badannya. "Wall baru abang." Zafril tersenyum lalu mencapai telefon Zara. " Ish, apa wallpaper pinky pinky ni." Zafril segera menukar wallpaper telefon Zara. Gambar yang sama. Zafril mengangkat Zara lalu membaringkan diatas katil. Suis lampu tertutup. Begitu juga hari itu. Tamat dengan senyuman yang tak lekang dari bibir Zafril.

" It's a beautiful life~" Zara bangun dari tidur. Zafril masih nyenyak dibuai mimpi. Dirinya bingkas bangkit menerkam telefonnya di atas meja. " Ya Allah, wallpaper aku..," Zara terkejut. Gambar dirinya sedang terlelap di pangkuan si suami. " Mesti dia yang tukar ni," telefon Zafril diambil. " Bertuah punya lelaki. Dah la aku tak pakai tudung." Zara melirik ke arah Zafril. Makin geram hatinya. " Eyy dia ni makin dibiarkan makin mengada," langkahnya menghampiri.
" Abang," badan Zafril digoyang sekuat hati, namun tiada respon. Dirinya tak dapat mengawal perasaan waktu itu, terus menerkam badan si Zafril yang masih belum sedar. Wajahnya menghampiri. Rasa macam nak cekik aje dia ni tau, bisik hatinya. Kerana perasaan marah itu sukar dibendung, badan Zara tepat di atas badan Zafril. " Zara," mata Zafril membulat melihat mata si isteri bertentang begitu dekat. " Za-zara ok tak?" Zafril menurunkan Zara. " Abang!" Zara menampar bahunya. " Ahh, sakit." Zafril menggosok bahu yang ditampar kuat. Badan Zafril ditarik kuat sehingga terbaring di atas Zara. " Abang!" Zara menutup mata rapat-rapat. " Kenapa ni pagi-pagi buat perangai," nafas beku Zafril terasa didahinya. Zara keras membatu. Tangannya menekup muka. "Sendiri buat sendiri tanggung, kan?" tanya Zafril nakal. Tangannya mengusap lembut pipi polos Zara.
" But I'll keep my promise," Zafril turun dan menggapai botol air diatas meja. Zara memerhatinya. " Abang. Zara nak balik." Kening belah kanan Zafril terangkat. " Abang tak bawak Zara jalan-jalan lagi pun.", " Bukan. Zara nak balik hati Zara yang abang curi tadi." Zara tersenyum. Zafril tertawa. " Pandai bagi pickup line sekarang ya? Belajar dari mana ni?" Zara menunjuk ke arahnya. " Abang yang ajar," balas Zara selamba. " Iyalah tu." Zafril melangkah ke bilik air. Pintu ditutup.

" Abang nak bawak Zara pergi mana ni?" Zafril terus mengeringkan rambut tanpa mempedulikan soalan itu. Telefon pintarnya berdering. Mama. Panggilan diangkat. " Helo Ma," Zafril sempat melirik ke arah Zara yang sibuk melayan IG. " Anak Mama nakal tak?", " Nakal, ma. Ada pulak dia buat perangai pagi-pagi." Zara terdengar kata-kata Zafril, terus menuju ke arahnya. " Ma, jangan percaya cakap dia ni. Dia yang cari pasal dulu.", " Dah. Bertekak aje.", "Depan mama sopan. Belakang? Hmmmm.. out. " Mama ketawa. "Mama tau tak, ada orang tu tangkap gambar Zara tak pakai tudung, lepastu buat gambar tu jadi wallpaper dia. Jahatkan? " Tawa Mama sekali lagi terhambur. " Ish, melayan korang ni kerja tak jalan tahu tak? Dah lah. Take care." Panggilan dimatikan.
" Mama tak marah kan?" Zafril tersenyum bangga. " Nanti tukar eh gambar tu," arah Zara. Dia mendengus geram.

" Abang, tengok kamera."
Beberapa buah foto ditangkap sebagai memori indah Zara di bumi matahari terbit.
Abangnya meminta tolong seorang visitor menangkap gambar mereka berdua. Zafril mengucapkan terima kasih. " Iki masho? (#Maaf jika tak betul sbb sy pon tak brapa arif dlm bab ni)" Zara mengerutkan dahi. " Boleh kita teruskan? (#)" Zara mengangguk. Zafril ketawa melihat reaksi Zara. " Zara peace," Mereka berselfie buat kali terakhir untuk hari itu.

" Hah, penat." Badannya terhempas di atas katil. Beg souvenirs dilempar ke tepi. Zara menutup mata. " Zara tak solat?" Zara menggeleng. Zafril mengangguk. " Sorry kalau buat Zara tak selesa." Zafril terus ke bilik air.
" Esok dah hari last aku dekat sini. Nak bawak dia dinner dekat mana esok?" Zafril menggumam seorang diri.

" Abang nak ajak Zara dinner? Zara ikutlah. Takkan nak duduk dalam bilik kot," balas Zara apabila ditanya. " Malam ni cepat siap." Zafril menyembunyikan senyumannya dari pandangan Zara. " Yelah," kata Zara.
.
" Wah, abang. Cantiknya," Zafril menempah sebuah candle light dinner. " Meh duduk," Zafril menarik kerusi untuk Zara. " Thank you," balas Zara malu. " The ending of our honeymoon is a beautiful dinner. Ok?" Zara mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience