XXII

Drama Series 2312

" Assalamualaikum, Mama~" Zara menyusun langkah ke dalam rumah. " Ye anak mama," Puan Alisya keluar dari biliknya lalu memeluk anak gadisnya. " Sihat?" Zara mengangguk.
" Mana Zafril?" Matanya melirik ke luar rumah.
" Abang!" panggil Zara. Zafril terkocoh-kocoh berlari masuk. " Hehe, assalamualaikum, ma." Zafril mencium tangan ibunya. " Ril, nanti bawak Zara cari baju sekolah. Baju Zara semua dah pendek dah mama tengok." Lelaki itu mengangguk. " Ni, mama ada masak ketam. Nak tak?" Mata Zafril membulat selepas terdengar makanan kegemarannya. " Uish, mesti." Zafril meluru ke dapur bagai peluru. Laju sungguh. " Lajunya...," Mama dan Zara jalan beriringan ke dapur. Mereka bertiga menjamu selera hingga kenyang. " Mama, kalau Ril nak ambik kereta boleh tak? Senang sikit nanti nak hantar Zara pergi sekolah. Takkan nak naik motor je kan?" Mama mengangguk memberi keizinan. " Ambillah. Mama bukan reti bawak pun. Kalau mama nak pergi mana-mana, ni anak Cik Ros sebelah rumah ni boleh hantarkan." Zafril tersenyum puas. " Mama, gerak dulu. Assalamualaikum." Mama melambai dari pintu hingga kelibat kereta itu hilang.
.
" Kau tengok apa tu Fiq? Dari tadi dok scroll aje skrin phone kau tu," tanya Amar. " Aku kan stalker. Apa lagi? Instagram lah." Dahi Syafiq tiba-tiba berkerut. " Haa tu kenapa pulak tu?" Amar menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulutnya. " Tadi aku stalk ig Zara. Tiba keluar gambar dia bercuti dengan abang dia. Takkan mak dia tak ikut kan? Lepastu caption dia ada gambar bulan." Telefon digenggaman Syafiq dirampas.
Setelah beberapa ketika, dahi Amar turut berkerut. " Ig abang dia pun ada gambar diorang." Amar menyerahkan telefon itu. Apasal caption dia tulis 'with my love'? Hatinya berbisik.
•
" Terima kasih abang. Banyak abang beli dekat Zara," gadis itu tersenyum sambil melihat isi beg-beg plastik di tangannya. " Lagi seminggu Zara nak sekolah kan? Buku dah ada belum?" Zafril menongkat kepalanya. " Hehe, belum." Zara menggaru kepalanya yang tidak gatal.
" Tulah, sibuk sangat berjalan." Zafril mencubit pipi polos Zara. Zafril memusingkan stereng.
" Zara nak beli apa-apa lagi tak? Pen ke, fail ke. Nak tak?" Zara menggeleng. Zafril membuat gaya berfikir. " Nak makan?" Zara mengangguk perlahan. " Abang, kita pakai lif ajelah." Mata Zara membulat. Baju Zafril ditarik ke arah lif. " Kenapa?" Zara meletakkan jarinya di bibir. " Ikut ajelah. Jom makan dekat atas." Zara menghela nafas lega sebaik pintu lif tertutup. Kenapa Amar dengan Syafiq boleh ada dekat sini pulak? Hatinya berdegup kencang. " Awak nak menyorok daripada siapa sebenarnya, Mrs Z?" Zafril meletakkan tangannya di atas bahu Zara. Zara menggeleng perlahan. Zafril mengeluh perlahan.
" Zara nak apa?" Senyap. Hanya bebola mata liar meneliti restoran tersebut. " Zara." Zafril mencubit perlahan lengan si isteri. " Ah, Zara nak tu." Zara menunjuk ke arah sebuah makanan di televisyen. " Aiskrim tu dua ya." Zara duduk di sebuah meja. Matanya masih liar mencari seseorang. Zafril mengambil tempat di hadapannya. " Ish. Zara ni kenapa?" Matanya terpaut dengan Zafril. " Tak de apa pun abang." Zara menyeringai. Aiskrim yang ditempah tadi dihidang di atas meja. " Eh, sedaplah. Zara tak sedar pun apa Zara pilih tadi," dia tersenyum sendiri. " Jom. Dah lewat dah ni. Jom balik."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience