IV

Drama Series 2312

" Eh, Zara. Esok ada gotong-royong. Buat kueyteow sup. Ready eh esok?" Aisya tiba-tiba mendekat sebaik ternampak Zara telah tiba di hadapan pintu kelas mereka. " Tiberrr..," Mereka ketawa. " Haa.. Sembang tak ajak," Sofea menyakat mereka berdua. Lalu duduk bersimpuh bersama. " Eh, Nini?" Zara bertanya apabila Rania tiada bersama mereka bertiga. " Dia group dengan Husna. Alah.. biarlah. Aku ada," Aisya menenangkan Zara. " Ish Husna tu. Sibuk je lah. Taka ada orang lain ke nak ambik jadi geng dia? Bff aku jugak dia nak ambik. Eh, kalau Yana tau, mesti dia marah si Husna tu," Zara menyumpah seranah Husna. Husna tu dianggap perampas kawan. " Alah.. aku dengan Fiy ada," Aisya meneruskan usahanya. " Aku taulah diorang tu rapat. Kan bestfriend tahun lepas. Lepas tu, tahun ni gaduh-gaduh bagi si Nini tu sakit hati. Ni dia dah rapat dengan aku nak rampas dia balik. Apa kes?" Zara terus mempersoalkan tindakan Husna yang mengambil Nini sebagai teammate untuk aktiviti esok. " Dah la tu. Jom bincang. Siapa nak bawak sayur? Mangkuk apa bagai. Dah jom," Sofea megajak mereka melupakan hal tersebut. Namun Zara tetap menyimpan dendam. " PERAMPAS," bisik hatinya.

??????????
" Cha, kau pergi lah solat," Zara duduk di kerusi di tepi tangga. " Cuti eh? Ok bye," Aisya melambai lalu masuk ke surau sekolah mereka. Sofea pun cuti juga, tapi dia tiada kerana terpaksa bertugas menggantikan tempat Izzah yang demam panas. " Mana Nini eh?" Zara bangun dan menilau mencari Rania, sahabat yang paling disayanginya. Rania dianggap lebih memahami berbanding Aisya dan Sofea. Namun, Rania kerap menjauhkan diri kebelakangan ni. Sebab meluangkan masa dengan si perampas tu. " Nini!" Nini yang sedang bersembang santai bersama Husna memandangnya dengan senyuman. " Yo!" Dia melambai. " Rania! Cepatlah aku nak sambung!" Rania kembali menundukkan kepala dan menghadap Husna. " Ok. Harini kau menang. Nanti aku buat kau tahu siapa Rania di sisi aku," Zara berlalu pergi sambil mengesat air mata yang hampir mengalir. " Ara!" Zara memusingkan badan ke belakang. Huda. " Oh awak, Huda. Ingat siapa," dia tersenyum. Tiba- tiba air mata Zara laju mengalir ke pipi. Huda menjadi cemas kerana terkejut lalu berlari ke arahnya. " Ara, kenapa ni? Nak kami panggil Rania?" Zara menggeleng laju. " Dia.. tak perlukan saya harini," Huda menutup mulut. Zara yang menyayangi dan sangat rapat dengan Rania tiba tiba berkata sebegitu. " Mesti jadi apa-apa ni. Mai la bagitau kami," Huda mengurut belakang Zara. Dia mula bernafas dengan tenang. " Rania, dah tak layan saya macam dulu..," Huda ternanti sambungan cerita Zara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience