X

Drama Series 2312

Bunyi jam loceng milik Zafril mengejutkan Zara.
" Its a beautiful life~" Zara mengeliat sambil mengalunkan lagu Beautiful. Abangnya masih belum sedar dari buaian mimpi. Zara bangun, tetapi terduduk semula. Bajunya dipegang erat Zafril. Zara mengeluh. " Oppa.. Zara nak solat. Bangun," Zafril membuka mata. Mata coklat perangnya terbuka sedikit demi sedikit. " Dah subuh?" Zara mengangguk. Lengannya ditarik lembut. Zara terbaring semula menghadap Zafril. " Eh, nak jadi couple tak harini?" Zafril bertanya dengan senyuman pagi. " Hmm, nak. Sekali sekala," mereka berdua tersenyum nakal. " Eh, solat!" Zara bingkas bangun dan menarik baju abangnya.

" Uish, lawanya girlfriend abang harini," Zafril berkata apabila adiknya turun dari biliknya. " Boyfriend Ara pun apa kurangnya?" Mereka berdua ketawa terkekek kekek. " Haih, jom dating," Zafril mencapai dua buah helmet di atas almari. " Oppa jangan pecut dah ya," Zafril tersenyum sinis. " We'll see," Zara meneguk air liur. Destinasi mereka hari ini ialah Mid Valley! Ambil jam couple yang ditempah Zafril tempoh hari. Sekali lagi Zafril memecut dan Zara menjerit histeria.

Mereka berjalan berpegangan tangan di dalam Mid Valley. Serius macam couple. Kedai jam yang dicari telah ditemui mereka. Ramai orang memerhati mereka berdua. Disebabkan Zafril memakai face mask hitam, jadi mukanya tidak diketahui. " Amar, tu Zara kan? Dia pegang tangan dengan lelaki lah," kata-kata Syafiq mengejutkan Amar. " Zara..? Dengan lelaki? Pegang tangan?" Syafiq mengambil gambar Zara di kedai jam. Nampak Zara sungguh mesra. " Ish, aku taulah kau baik. Tapi jagalah batas," hati Amar berbisik. Syafiq menghantar gambar tersebut kepada group group Whatsapp mereka. Tular hanya dalam masa 5 minit. Itulah zaman moden. Menabur fitnah di hujung jari. " Oppa! Cantiknya!" Zafril mencubit pipinya. " 4 hari berbaki ni, kita jadi couple eh?" Zara mengangguk. Mereka kemudian menuju ke Marrybrown. Makan suap menyuap. "Amboi, sweet beno," Syafiq berseloroh. Sekali lagi paparazzi menjalankan tugas penaburan fitnah. Selepas makan, kelibat Zara dan lelaki misteri tersebut hilang. " Alah, hilang pulak diorang. Baru nak update story," Syafiq memuncungkan mulut. Amar tidak melayan kerenah Syafiq dan terus mencari Zara. Amar berjalan dan duduk di sebuah kerusi. " Mar, aku lapar. Jomlah, aku nak aiskrim." Amar meletakkan jari telunjuknya di bibir Syafiq. "Celuparlah kau ni. Nampak tu?" Syafiq melihat ke arah kedai aiskrim. " Za..Zara?" Zara dan Zafril duduk di belakang Amar dan Syafiq tanpa mengetahui gerangan orang di hadapan. " Haa, oppa kalah. Bak sini aiskrim," Lelaki tersebut menyuakan aiskrim ke arah Zara. " Mmm.. sedap," mereka tertawa bersama. Hati Amar bagaikan ditoreh. " Haa, Zara kalah. Cium cepat," Zara memuncungkan mulut sebelum mencium pipi Zafril. " Hey! Aiskrim!" Senyuman Zara yang manis membakar hati Amar. Zara dilabel tiada maruah sekarang. Sanggup dia cium lelaki yang bukan mahram? " Fiq, jom blah. Aku dah meluat tengok perempuan ni," mereka berdua berjalan keluar dari Mid Valley.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience