XVIII

Drama Series 2312

Mama, kitorang dah sampai airport ni." Zara menarik beg bagasi sambil menjawab panggilan dari mama. " Meh la sini beg tu." Zafril menarik beg di tangan Zara. " Ye, ma. Mama pun jaga diri tau! Waalaikumussalam." Panggilan dimatikan. " Rania!" Kedua-dua gadia itu berpelukan. " Assalamualaikum Mr. Zafril, Mrs. Zafril." Zafril tersenyum. " Jom, lagi 15 minit nak masuk kapal." Lengan Rania dirangkul Zara. Mereka berlari meninggalkan Zafril. " Hei! Janganlah laju sangat!" Zafril menjerit lantang. " Tu suami awak marah tu." Rania menunjuk ke arah Zafril. " Biarkan aje." Mereka terus berlari. " Passport awak dekat sini!" Langkah Zafril tenang. Haha.. ada umpan. " Passport aku wei." Langkah gadis-gadis itu terundur ke belakang. " Awak nak, jalan belakang saya. Ada hati nak jalan dulu." Zafril tersenyum sinis.

" Hah... Incheon..," Zara melepaskan nafas lega yang tak terhingga kerana selamat tiba di destinasi idamannya. " So next, Nini?" Zara memandang Rania yang sibuk bersembang dengan Zafril. " Hah! Sembang apa tu?" Zara mencelah. " Takde apalah," balas Rania. "Abang... budak ni tanya apa?" Zafril menjongket bahu. Zara menyilangkan tangannya. " Lepasni check-in hotel, lepastu jumpa Yana." Rania menutup telefon bimbit.
" Mari rasai musim sejuk Korea!" Rania dan Zara berlari keluar dari airport. " Abang kata ada teksi datang ambil. Mana?" Kelibat Zafril menghilang. " Zara, tu bukan hubby kau eh?" Rania melunjurkan jari kearah Zafril yang sedang memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta. " Aahhhhhhhhhhh!!!" Zara dan Rania berpandangan. " Ramainya orang," kata Rania. " Min Yoongi!"
" Jimin!"
" Wei, tu Jimin kan?" Rania menunjuk ke arah seorang lelaki bertopi putih berjalan menghampiri. " Sasaeng fans," balas Zara.
" Oppa! Oppa! Oppa!"
Jimin melintasi di hadapan mereka dan menundukkan kepala sambil tersenyum. "Jungkook oppa!" Kali ini Jungkook pula melintasi mereka. Mereka terkaku. " Kim Namjoon!" Sasaeng fans tersebut menjerit nama ahli BTS yang baru turun dari sebuah flight. " Hello," RM menundukkan kepala sebelum melintasi dua orang gadis muslim tadi. " Kim Taehyung!" " Taehyung!!" Jeritan kali ini lebih kuat. Wajah V kelihatan lebih penat. Tak senyum langsung. " Annyeonghaseyo, oppa," Zara spontan menyapa V. V melambai ke arah mereka sambil membuat posing V-nya yang terkenal. " Jhope!"
"Annyeonghaseyo, yeoreobun. Annyeonghaseyo," J-hope lebih peramah walau kepenatan. " Oh? Hello," J-hope menyapa Zara dan Rania. " Hello," balas mereka berdua. " Min Yoongi!!"
Suga melintasi tanpa melihat peminatnya. Penat sangat tu. " Kim Seokjin!" Jin melambai ke arah army dengan senyuman. Merekan bertujuh masuk ke dalam sebuah MPV. Zara dan Rania bergerak ke belakang. " Kau nampak apa aku nampak?"
Zara masih di dalam lamunan. " Aku nampak RM cakap hello dekat kita. Betul ke kita tak mimpi?" Pipi Zara di cubit. "Ah! Sakit.." Zara menggosok pipinya. " Kita jumpa BTS... Kita jumpa BTS.." Rania memeluk Zara yang masih buntu. Lidah terkelu. " Korang ok? Tak kena tolak kan?" Zafril datang menghampiri. " Abang, V senyum dekat Zara tadi.. J-hope senyum dekat Zara tadi.. RM senyum dekat Zara tadi... Jimin senyum dekat Zara tadi... Jin senyum dekat Zara tadi.." Zafril tertawa melihat Zara dan Rania diselubungi rasa terkejut tahap paling teruk. " Dah jom," Zafril menyedarkan Zara dan Rania. Mereka diarah masuk ke dalam sebuah kereta. Senyap.

" So, korang rehat dulu ya? Nampak penat sangat melayan terkejut tu," usik Zafril. " Kau pergilah rehat. Aku nak tidur jap." Rania berjalan ke biliknya. Pintu ditutup. " Kunci bilik Zara mana?" Zafril menjongketkan bahu. " Kata honeymoon.." Zafril menarik pergelangan tangan isterinya ke dalam bilik. " Bisinglah. Tidur dulu. Nanti malam nanti abang kejutkan." Zara tersedar sesuatu. Benang jaketnya tersangkut pada jaket Zafril! Sebaik Zafril berbaring di atas katil, badan munggil Zara terhempas di atas badan Zafril. " Sorry abang, zip tersangkut-" jari telunjuk Zafril terletak di bibir Zara. " Shhh... Kalau tak tersangkut, bila nak berbaring macam ni?" tanya Zafril nakal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience