VII

Drama Series 2312

" Jadi pemenang pertandingan hari ini ialah.." kata kata Cikgu Nabila yang terhenti membuatkan keadaan semakin genting. Ada yang menggigit kuku, berselawat dan berdoa. Haih.. macam macam ragam. Sofea dan Aisya juga tidak ketinggalan menggigit kuku.
" Group 4!"
Zara, Sofea dan Aisya menjerit dan memeluk sesama sendiri. Memang seronok, kerana hadiah yang diberikan bukan calang-calang hadiah. Wang Ringgit! Husna hanya mencebik.
" Untuk pengetahuan semua, markah diambil dari segi hiasan, masakan, kerjasama dan kesudian untuk berkongsi serta keserasian bersama. Jangan ingat cikgu tak tengok kamu lepas selesai masak!" Zara tersenyum ke arah Salwa. Amar juga bertepuk tangan, namun mukanya hanya blur.
" Amar mesti sedih sebab group Vivi kalah," Zara terpasang telinga. Gosip-gosip spontan bukannya tak ada logik. Cuma belum ada kepastian. Mata mereka terpaut. Amar cepat-cepat mengalihkan pandangan. Zara ketawa dalam hati." Haih.. pemalu juga," Zara tersenyum.
" Untuk 1st runner up goes to....," Cikgu Azman mengejutkan mereka. " Tak tau pulak ada tempat kedua!" Para pelajar jadi tidak senang duduk semula. " Group 5!" Kali ini, kumpulan Vivi pula berpelukan. Zara bertepuk tangan. " The 2nd runner up is Group 8!" Mata pelajar perempuan tertumpu pada kumpulan Amar. " Amar pandai masak rupanya!" Amar yang memandang Vivi disedari Zara. Sah sukakan dia, bisik hatinya. " Jadi dijemput para pemenang untuk naik ke pentas," ketiga tiga kumpulan berlalu ke pentas. " Kumpulan 4 duduk tengah, kumpulan 5 kanan, kumpulan 8 kiri," mereka bergerak seperti yang diarahkan. Tanpa sedar, para pelajar perempuan memerhati Zara yang berdiri di sebelah Amar.
" Amar ni hipokrit! Tak setia!" Zara menampar dahi. " Tak betul agak nya kengkawan aku ni,"
Zara menenangkan fikiran.
•
Selepas sesi penyampaian hadiah selesai, mereka bergotong royong. Mereka membungkus lebihan kueyteow. " Vivi, nak tak?" Zara memandang ke hadapan dan berhenti bersembang. Mata mereka tertancap pada Amar yang sedang menghulurkan sebungkus kueyteow sup pada Vivi. Rasa iri hati tetap ada, tapi perasaan suka untuk menyakat Amar lebih menarik perhatian. Vivi teragak agak mengambil kueyteow. Para pelajar perempuan bersorak. " Woah... Vivi ambil kueyteow Amar!" Amar berlalu sambil berlari. Malu agaknya. Zara tersenyum, namun sedih. Tapi dia tidak mahu menonjolkan kesedihannya. " Ara!"
Sofea melambai-lambai ke arahnya. Zara bergegas ke arah sahabat karibnya. " Ni. Yana hantar. Dari Korea," Sofea menyerahkan sebungkus kotak. " Yana? Ya allah.. rindunya," kata Zara diakui Sofea. Mana tidaknya? Yana sekarang berada di South Korea! Pertukaran pelajar lagaknya. Walaupun terdapat orang luar dalam sekolah, namun layanan yang baik tetap diberikan para pelajar. " Dong Hoon!" Seorang pelajar memandang ke arah mereka. Cha Dong Hoon, handsome tu. Dah la mamat korea, handsome pulak, pandai lagi. Perrgghh!
Memang nasib baiklah dapat duduk sekelas dengan Dong Hoon. Pelajar perempuan rata-rata menggelarnya D.O kerana wajahnya iras-iras penyanyi kpop tersebut. Sekarang ni, dia dah terer dah cakap melayu. Dahsyat! Laju betul dia belajar. " Waeyo? Any good news?" Dong Hoon bertanya sambil mengangkat kening. " Boleh tak masa awak balik nanti, awak tolong hantar barang dekat Yana? Nanti saya bagi dekat awak. Pleaseu~" pinta Zara dengan mata berkedip. " Ah.. boleh!" Zara dan Sofea tersenyum. " Saya nak pergi kemas ni. Oh, ikut saya jap," Dong Hoon berjalan ke arah tempat mereka memasak tadi. Lalu menghulurkan semangkuk kueyteow. "Gamsahamnida, Dong Hoon-ah!" Mereka makan dengan tertib. " Daebak! Sedap giler!" Sofea mengangkat ibu jari. " Patutlah group awak menang," kata Zara pula. Dong Hoon menggaru kepalanya. Haih.. malu malu kucing pulak dia ni. Bisik hati Zara. " Nah, ada lebih. Tadi Amar suruh saya bagi dekat awak," Dong Hoon menghulurkan bungkusan kueyteow. Zara mengucapkan terima kasih lalu berlau keluar. " Ara! Tu group Amar punya kueyteow kan?" Nadia bertanya secara spontan. " A..aah. Nape eh?" Nadia tersenyum. " Oh.. betullah! Amar sukakan awak!" Zara dan Sofea menggeleng. " Excuse me! Amar tak bagi lah. Actually our beloved oppa yang bagi, okay?" Zara turut mengangguk. " Cha Dong Hoon? Wah, famous awak sekarang, Ara." Kening sebelah kanan Zara terangkat. " Mworaguyo?"
" Awak tak tau? Khai sukakan awak, Eman sukakan awak, sekarang ni Amar dengan Dong Hoon pulak? Such a jerk," ejek Nadia. Sofea ingin melangkah ke hadapan untuk menampar pipi Nadia yang mulut tak ada insurans. Zara menghalangnya. " Sekarang ni saya tak sukakan sesiapa ok? Dong Hoon, Amar, Eman, Khai.. Everyone is my friend! Nothing more than that!" bentak Zara. Nadia mengangkat bahu. " Whatever you said, you will be a jerk forever," Nadia pergi ke arah geng-geng onionnya. " Bawang lah tu! Itulah Malaysia sekarang! Kerja nak cari buruk orang aje," Hati Sofea membara. Nadia memang cari pasal. Berani dia kata Zara macam tu depan pemegang tali pinggang hitam taekwondo? " Buruk sangka dekat orang mana elok," Amar tiba tiba bercakap di hadapan mereka. Sambil berjalan. " Buruk sangka ape bendenya? Tu depan mata membawang pasal baik buruk orang. Kau ni pun satu, asyik jaga tepi kain orang aje. Senyaplah! Kalau bukan sebab Dong Hoon satu group dengan kau, aku tepuk tangan tadi."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience