VIII

Drama Series 2312

Keadaan pagi itu sungguh cerah bagi pandangan Zara. Hari ini abangnya, Zafril akan pulang dari tanah matahari terbit. Ura-ura mengabarkan abangnya membawa pulang sepasang kimono mewah untuknya. " Ma, Zara pergi sekolah dulu," Zara menyalami tangan ibundanya. " Fiy!" Tangannya melambai-lambai ke arah Sofea di dalam sebuah kereta Myvi ungu. Dia masuk dan memberi salam kepada Sofea dan ibu Sofea. " Harini abang kau balik kan? Eh, adik abang..," Sofea menyakat. Zara memuncungkan mulut. Memanglah adik abang. Zafril dengan Zara memang rapat. Kadang-kadang orang lain kata yang macam pasangan kekasih sebab selalu pegang-pegang tangan, peluk, bermanja. Macam macam betul.
" Terima kasih, auntie!" Zara Dan Sofea keluar dari kereta sejurus tiba di hadapan pintu pagar sekolah. Mereka sampai di kelas, tetapi kelas tersebut kosong. " Ara, mana semua?" Zara mengangkat bahu. " Awak tunggu sini. Saya nak pergi tandas jap," Sofea meninggalkan Zara berseorangan di kelas. Dengan tiba-tiba, kedengaran alunan gitar akustik berbunyi.
" Dear Zara,
Kau satu cinta hatiku,
Selamanya aku rindu,
Aku kan menjagamu,
hingga akhir hayatku,
wahai adik kesayanganku,
Oh Zara,
Zafril merinduimu."
Zara menoleh ke belakang. Abangnya sedang memetik gitar. Sedari abangnya yang menyanyikan melodi indah tersebut. " Abang!" Zara berlari lalu memeluk Zafril erat.
" Dear Zafril,
Ku juga sama,
melodi kita berdua,
serasi tak terkira,
ku menantimu selalu,
dirimu ku rindu,
hanya padamu,
Oh Zafril,
Zara menyayangimu."
Rakan sekelas Zara berlalu masuk, termasuk Amar. Mereka bertepuk tangan. " Harini, Cikgu Azman tak datang. And, abang ganti harini. So aktiviti kita harini free!" jerit abangnya ria. "Abang kerja dekat sini?" Zafril menggeleng. "Saja nak jumpa sweetheart abang. Tak boleh ke?" Zara tersenyum. " So korang, jom turun bawah!" Pelajar kelas Zara turun ke tingkat bawah dengan begitu pantas. Fuhh, nampak sangat tak nak masuk kelas dan menghadap buku teks. " Romantik betul abang kau, Ara. Siap ada lagu lagi untuk korang adik beradik. Bertuah lah sape yang dapat Abang Ril tu kan?" Zara menjeling ke arah Sofea. " Eh, tak payah nak mengada nak try abang aku. Tu pun baru 18 tau," Sofea dan rakannya yang lain terlopong. " 18?! Muda giler abang kau!"
" Anyway, lagu yang korang dua nyanyi tadi tu, dapat mana? Kalau aku tau korang nak nyanyi, aku dah bawak kamera DSLR aku. Hambekk kau HD!" Salwa mendabik dada. " Tu memang kitorang gubah sendiri. Entahlah abang aku dapat idea dari mana. Selalu kalau keluar, selalu nyanyi lagu tu. Pastu orang anggap kitorang couple, hahahahhaa," Zara tertawa. Kisah silam bermain di fikirannya. " Abang Ril is the best sibling i ever have!" Aisya dan Rania mengangguk. " Tu lah. Aku tengok Abang Ril macam nak bagi suprise dekat gf dia. Sweet sangat," Rania mengeluarkan kata kata manis. •
" Sofea, harini aku balik dengan abang aku tau?" Sofea mengangguk. Dia melambai sebelum masuk ke dalam kereta milik ibunya.
" Abang~"
Zafril menoleh ke arahnya. " Haa adik abang dah sampai. Nah pakai," Zafril menyerahkan sebuah helmet. " Buat apa ni?" Lengan Zara ditarik hingga mereka berdua tiba di hadapan sebuah motosikal besar. " Wah.. motor abang ke?" Zafril mengangguk. " Macam dalam muzik video Tempo EXO!" Mereka berdua ketawa. Tanpa mereka sedar, Amar sedang memerhati mereka berdua. " Macam bukan adik-beradik," Amar mencebik dan berlalu pergi.
" Aahhhh!!"
Zafril memecut motosikalnya, dan Zara menjerit histeria sambil menampar bahu abangnya. " Abang slow lah sikit!" Zafril makin memecut. " Pegang kuat-kuat!" Zara memeluk abangnya erat-erat. Zafril tersenyum. Dia memperlahankan speed motornya. Mereka tiba di rumah dengan gelak tawa. " Amboi seronoknya!" Ibu mereka membuka pintu. Mereka memberi salam. " Ara, lepas solat datang bilik abang jap," Zara pergi ke sebuah bilik khas untuk bersolat Asar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience