XVI

Drama Series 2312

Cik Zara di dalam wad ICU sekarang. Tabah ya encik, puan."

Zafril terduduk mengenang nasib adiknya yang sedang berperang di dalam wad ICU. Mungkin kalau dia balik lebih awal, dia boleh betulkan keadaan. " Ahli keluarga Cik Zara." Kepala Zafril terangkat. " Saya." Langkahnya diekori Mama. " Cik Zara selamat. Cuma dia belum sedarkan diri. Kami akan alihkan dia ke wad biasa sekarang." Mama mengucapkan terima kasih kepada doktor. " Alhamdullillah. Ril, Ara selamat, Ril." Zafril mengangguk sambil memujuk Mama bertenang. " Kita jumpa Zara ya?" Mama mengangguk.
·
" Zara sejuk?" Gadis itu mengangguk perlahan. Mama menarik selimut hingga paras dada gadis itu. " Mama keluar sekejap ya?" Tangan wanita itu dipegang erat. " Abang datang tak ma?" Mama hanya tersenyum. Zara menutup mata. Bunyi derapan kaki mengejutkannya.
" Itu macam bunyi kasut abang." Hatinya bergelora. " Zara." Suara garau menyapanya.
" Zara tipu, Zara tak tidur pun." kata Zafril yang cuba menceriakan suasana. " Abang tahu, Zara terkejut. Abang pun tak tahu benda ni-", " Tolong jangan bahasakan diri kau abang depan aku. Please." Zara memandangnya tajam. Zafril mengeluh perlahan. " Saya minta maaf kalau saya buat awak tak selesa, tapi saya tetap akan jadi abang awak dalam hidup orang yang kenal awak." balas Zafril demi mempertahankan haknya. " Dengan Zara saya boleh bercakap macam ni. Tapi depan orang awak tetap kena mengaku saya abang awak," tambah Zafril. " Tapi dalam hidup awak lepas ni awak kena hormat saya macam suami awak." Zara membulatkan mata. " Ke-kenapa pulak aku nak layan kau macam suami aku?" Zara tiba-tiba berasa kekok. " Zara nak kahwin dengan abang kan? Abang pun nak kahwin dengan Zara." Zafril tersenyum secara spontan. Maklumlah, berjaya luahkan perasaan hati. " Kenapa kau nak kahwin dengan aku?" tanya Zara kerana inginkan kepastian. Sengaja dia jual mahal padahal dalam hati mahu! " Kalau orang nampak Zara layan abang lain nanti orang syak. So, Zara kenalah jadi muhrim abang. Kan?" Zara menggeleng. " Kahwin umur macam aku? 16? Agak-agak lah," balas Zara selamba. " Alah, kahwin ajelah dekat pejabat agama. Nanti abang umur 20 nanti buatlah majlis resepsi." Zara berfikir panjang. " Mama setuju?", " We just waiting for your answer." Zafril kekal tenang. Hatinya dah lama dicuri Zara. " Yelah." Bagi mengelakkan Zafril bertenggek lebih lama di dalam wad itu berdua-duaan, baik dia berikan jawapan. " Eh? Teringin ke nak kahwin dengan abang? Dah lah muda lagi," usik Zafril. " Dia yang gatal, tanya orang pulak." Zara tersenyum simpul. Malu. " Tapi ada satu syarat." Zafril memandang tepat ke arah Zara. Mata mereka terpaut akhirnya. " Kau tak boleh sentuh aku langsung, sampai habis majlis resepsi tu." Zafril mengangguk. Kena tunggu sampai dua tahun? Biarlah. Janji dia setuju! Hati Zafril bersorak riang. " Abang keluar dululah. Tak elok duduk lama-lama dengan orang cantik ni. Nanti lain pulak yang jadi," kata Zafril nakal. Zara gerun mendengar kata abangnya. " Abang." Zafril tersenyum terdengar Zara memanggilnya abang kembali.
" Kumawo." Mereka berdua tersenyum simpul. Zafril keluar dengan pipi merah menahan malu. " Macam mana? Dia setuju?" Zafril masih tersenyum lebar. " Mama dengar kan?" Puan Alisya mangangguk. " Alhamdulillah." Mama melangkah masuk ke dalam wad Zara. Zara yang tadi tersenyum dipandangnya. "Happynya orang tu," usik mama. " Happykan ma, dapat duduk selama-lamanya dengan orang yang kita sayang. Kan ma?" Zara memeluk mamanya. " Terima kasih mama. Sebab hadirkan dia dalam hidup Zara.", " Terima kasih ya Allah." Zara tersenyum lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience