II

Drama Series 2312

" Kau tau tak yang Amar tu suka dekat Vivi?"
" Ish, gatalnya!"
" Aku dengarlah, Nadia bagitau yang Amar tu sayang gila dekat Vivi."
" Seriously? OMG!!"
Sesi bawang ahli kelas itu takkan pernah berhenti selagi mereka mendengar gosip gosip baru dari 4 Dahlia. Zara hanya memasang telinga. Mukanya masam sahaja. Biarpun gosip yang disebarkan itu kedengaran lawak. " Amar...," Zara kembali ke tempat duduknya semula. Tiba tiba lamunan tentang dirinya bertentang mata dengan Amar dalam masa yang lama itu menjelma. " Ara!" Nini datang ke arahnya, dan mematikan lamunan Zara. " Kau tau kan Amar suka dekat Vivi? Tulah yang aku nak bagitahu. Tapi diorang dah bawang tadi," Nini melunjurkan jarinya yang runcing ke arah para makcik bawang tadi. Zara mengangguk perlahan. Macam macam cerita dia dengar dari Nadia tentang Amar. Wajah hanya masam mencuka. Seolah tidak boleh terima hakikat yang Amar tidak memandangnya langsung. " Ara.. Take a deep breath..," Ara menenangkan hatinya yang sedang bergolak. " Assalamualaikum. Zara ada?" kedengaran suara seseorang memanggil dari pintu hadapan. " Zara! Ni Amar suruh awak ikut dia pergi jumpa Cikgu Azman," Huda memberitahu. Peluang untuk bertentang mata dengan Amar tiba-tiba menjelma dalam mindanya. " This is school," bisik hatinya. " Ara, Cikgu Azman nak jumpa kita," Amar memberitahu sebaik orang yang ditunggu tiba di hadapan mata. Kedengaran cara percakapannya agak gagap. Hati Zara tergelak kecil. Dia mengangguk, lalu mengikut Amar ke bilik Cikgu Azman.

?????
" Ha.. Zara. Amar. Sampai pun," Cikgu Azman tersenyum. " Ada apa sebenarnya cikgu?" Zara memberanikan diri bertanya. " Sebenarnya, Kelab Agama dan Sahsiah sedang menjalankan pemilihan ketua dan penolong untuk tahun ni. Jadi saya dengan Ustazah Nisa dan bersetuju untuk ambil kamu berdua. Lagipun kamu ni secocok," Cikgu Azman mengecitkan mata. " Secocok?" Cikgu Azman tertawa. " Maksudnya, kamu boleh berinteraksi dan bekerjasama. Kamu ada komunikasi yang selesa kan? You have any problem on each other?" Kedua dua pelajar tersebut menggeleng laju. " Alhamdulillah. Jadi kamu, Amar akan duduk sekali dengan Zara lepas ni. Kelab ni 100% bawah tanggungan kamu. Cikgu hanya di bahagian aktiviti dan seliaan sahaja.
All the best and congrats to both of you!" Mereka tersenyum. Loceng berbunyi tandanya telah selesai waktu persekolahan. Zara mengambil jalan pintu belakang, lalu Amar mengekorinya tanpa Zara sedar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience