I

Drama Series 2312

" Ara! Jomlah solat!" Izzah menjerit dari belakang surau. Suara Izzah yang 3 kali lebih lantang dari speaker asrama mereka membuat Zara terkejut. Zara bergegas menggapai dan menyarung telekung putih dan bergerak ke dalam surau. Hannan, Syifa, dan Khaulah turut berada disitu. " Oh, tak solat lagi eh?" Mereka menggeleng laju. Zara duduk bersama mereka sementara menunggu azan Isya' berkumandang. " Kak Ara.. suka dekat Amar," Hannan membuat predeksi mengejut. Zara yang sedang termenung terhenti. " Kenapa cakap macam tu?" Hannan menunjukkan jarinya ke arah Amar di dalam kawasan solat lelaki. " Tengok cara dia duduk. Sama dengan Kak Ara, kan?" Amar duduk bersila, menongkat dagu di atas peha serupa dengan Zara. Zara menggeleng laju. " Hannan ni macam macam la," Hannan tersenyum, lalu membentuk hati dengan tangannya. Zara mencubit dan menyuruhnya fokus untuk solat Isya'.

???
Zara duduk bersembang dengan rakan rakan karibnya iaitu Rania, Aisya, dan Sofea. Zara turut tidak terlepas menceritakan predeksi mengejut Hannan malam semalam. Aisya dan Sofea ketawa terbahak-bahak. " Maksudnya, Hannan ship kau dengan Amar? Wow! Ara has a crush!" Aisya menyambung gelak tawanya. Amar. Seorang pelajar lelaki kelas belakang. Dia dikenali mungkin sebab 'friendly', and poyo dia tu. Zara mungkin mengenali ahli kelas 4 Dahlia dengan lebih dekat kerana duduk seasrama. Nini, Cha dan Fiy tinggal bersama ibu bapa. Jadi Zara dah masak dengan lawak lawak yang dilontarkan oleh para pelajar lelaki kelas itu, termasuk Amar. Mata Zara tertangkap pada Amar yang sedang bergaduh dengan kawannya, dan tertawa kecil. " Ara? Gwanchanha?" Lamunan Zara terhenti sebaik Nini mengejutkannya dari angan angan langit entah ke berapa. " Ara tengok crush dia!" Zara memandang Aisya dengan pandangan mata yang tajam. " Stop buat lawak tu, boleh tak?"
Aisya mengangguk sambil tersenyum.
" Ara.. Amar.. macam mana nak ship,?" Zara mencubit Aisya, namun Aisya sempat mengelak dan melarikan diri bersama Fiy.
" Dah lah. Jom," Rania mengajak Zara untuk rehat. Maklumlah, waktu yang diperuntukkan hanyalah 20 minit. " Ara.. Kau serius tak suka dekat Amar tu?" Zara menggeleng. " Cuba bagitahu sikit. Apa yang special sangat dekat Amar tu sampai aku nak crush dekat dia," Rania terdiam. " Tak. Just nak bagitahu something important," Rania menghentikan kata-katanya dan menyambung kunyahan nasi goreng yang terhenti tadi. " Mwo?" Zara bertanya dengan mulut penuh. " Nanti dekat kelas aku bagitahu," Rania meyambung sesi santapannya, dalam masa yang sama meninggalkan beribu persoalan di minda Zara.

Share this novel

Nur Auni Batrisyia
2022-09-07 19:33:22 


NovelPlus Premium

The best ads free experience