" Rayyan dah cepat sikit breakfast tu. Kita dah lambat " .
" Iya maksu. Sabarlah " Rayyan mengunyah roti bakar yang sudah disapu kaya.
" Okay dah sudah " Rayyan menyarung stokin di kakinya.
Beg sekolahnya dicapai lalu terus melangkah menuju ke kereta.
" Tunggu sekejap. Maksu nak kemas cawan dengan pinggan ni " .
" Okay " jawabnya.
Senyuman tidak lekang di bibir Afiatul. Dia ada misi hari ini.
???
" Okay murid-murid, buka buku. Hari ni ustaz nak kita buat latihan " arah Amirul.
Rayyan membuka begnya. Berulang kali dia mencari buku latihan pendidikan islam nya. Rasanya malam tadi dia sudah masukkan ke dalam beg. Tidak mungkin tertinggal.
" Rayyan, ada masalah ke? " soal Amirul.
" Er..err..." Rayyan sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Habislah kalau kena denda dengan ustaz.
" Mana buku latihan awak? " soal Amirul.
" Tak ada " jawab Rayyan.
" Tak ada? Awak tertinggal? " soal Amirul lagi.
Rayyan mengangguk perlahan.
" Kenapa tak bawa? Awak tak ikut jadual betul-betul ea? " .
" Rayyan dah masukkan dalam beg semalam. Tapi hari ni dah tak ada " .
" Betul ke ni? Takkan lah buku tu boleh hilang pulak " .
Tok..tok..
Amirul menoleh ke arah muka pintu kelas.
" Assalamualaikum ustaz " .
" Waalaikumusalam. Fia? " .
Dia ingat lagi nama aku? Ni yang rasa nak menjerit kuat-kuat sekarang ni.
" Saya nak jumpa Rayyan boleh? Buku latihan pendidikan islam dia tertinggal " .
" Oh yeke? Boleh-boleh. Rayyan baru jer cakap tadi yang buku dia tak ada dalam beg " .
" Maksu, mana maksu jumpa buku Rayyan? " soal Rayyan yang baru sahaja datang.
" Maksu jumpa kat..kat atas meja belajar Rayyan. Rayyan terlupa lah tu nak masukkan dalam beg " jawabnya.
" Okaylah ustaz saya balik dulu. Terima kasih. Bye Rayyan. Belajar rajin-rajin. Nanti balik maksu jemput" rambut Rayyan diusap perlahan.
" Sama-sama. Assalamualaikum " .
" Walaikumsalam " jawab Afiatul sebelum berlalu.
Sebenarnya dia yang sengaja mengeluarkan buku latihan Rayyan daripada beg sekolahnya. Kerana dia ingin berjumpa dengan Ustaz Amirul.
Mujur sahaja dia cepat, kalau tidak Rayyan pula yang menjadi mangsa di denda.
Entah daripada mana agaknya datang idea gila itu. Ah Afiatul tidak peduli. Janji dia dapat berjumpa dengan Ustaz Amirul.
Sambil memandu Afiatul termenung sendiri. Misi pertamanya berjaya. Otaknya ligat memikirkan misi seterusnya pula.
Share this novel