Part 15

Romance Completed 34331

" Ustaz pun ada? " .

" Ha'ah. Saja makan kat luar malam ni. Tiba-tiba tekak teringin nak makan ikan bakar " jawab Amirul.

Afiatul mengangguk.

" Hai, saya Aizat. Kawan serumah Amirul " tegur Aizat.

Sambil tersenyum lebar.

" Oh hai saya Afiatul. Panggil Fia jer " jawab Afiatul.

Kak Long hanya menjadi pemerhati. Sesekali dia berbual dengan Rayyan. Mata Aizat pula tidak lepas daripada memandang Afiatul sehingga membuatkan gadis itu kurang selesa.

Amirul hanya menjeling sekilas ke arah Aizat. Amboi main tenung-tenung lah pulak.

???

" Kak Long, hensem kan ustaz Amirul tu? " .

Kak Long menjeling sekilas ke arah Afiatul yang sedang memandu di sebelahnya.

" Biasa jer. Abang Faizal lagi hensem " jawab Kak Long selamba.

" Memanglah. Abang Faizal tu kan suami Kak Long " .

" Tahu pun. Fia ni serius ke suka dengan ustaz Amirul tu? " .

" Yes Fia serius. Mana ada main-main. Kalau boleh, Fia nak confess dekat dia perasaan Fia pada dia " .

Terbuntang mata Kak Long mendengar mendengarnya.

" What? Fia please jangan buat kerja gila boleh tak? " .

" Mana ada kerja gila Kak Long. Fia cuma nak luahkan jer apa yang Fia rasa. Mana tahu kot-kot dia pun ada rasa yang sama macam Fia rasa " .

" Merepek lah Fia. Fia tu perempuan tau " .

" Iyalah Fia tahu Fia perempuan. Tapi tak salah pun kalau Fia yang start dulu. Zaman sekarang ni istilah perigi cari timba dah tak wujud lagi lah " .

" No. Kak Long tak setuju. Please Fia jangan buat perangai " bantah Kak Long.

" Fia tetap dengan keputusan Fia Kak Long " .

Kak Long merengus geram. Degil betul budak ni.

???

Pulang sahaja daripada restoran ikan bakar tadi, Amirul terus masuk ke dalam bilik.

Matanya sudah berat. Tidak larat lagi untuk berjaga.

" Mirul, kau dah nak tidur ke? " soal Aizat di muka pintu bilik Amirul.

" Ha'ah. Aku mengantuk lah " jawab Amirul.

" Sat lah. Aku ada benda nak borak dengan kau " .

" Apa lagi Zat? Esok-esok jer lah. Aku dah mengantuk sangat ni " .

" Ni pasal Afiatul " jawab Aizat.

Segar terus mata Amirul mendengar nama Afiatul.

" Kenapa dengan dia? " soal Amirul.

" Cantiknya dia tu. Kenapa kau tak pernah bagi tahu aku? Eh Mirul, kau boleh tolong kenenkan aku dengan dia tak? " .

Amirul mengeluh perlahan. Dia sudah mengagak bahawa Aizat punya perasaan terhadap Afiatul. Sewaktu di restoran tadi, matanya tidak lepas dari memandang gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience