Part 24 ( ENDING)

Romance Completed 34331

" Tapi abang dah tak kisah semua tu. Sebab sekarang ni, Fia dah sah jadi isteri abang " .

Afiatul tersenyum. Dalam hati dia mengucapkan syukur. Rancangan Allah itu indah sekali.

" Terima kasih abang sebab terima Fia. Sebenarnya Fia dah lama suka dekat abang. Sejak pertama kali kita jumpa lagi " .

" Abang tahu. Kak Long dah ceritakan semuanya tadi. Termasuk Fia lari daripada abang sebab cemburu dengan cikgu Ain " .

" Kak Long ni, malu lah Fia " Afiatul menutup mukanya.

Amirul ketawa.

" Buat apa nak malu? Abang lagi suka. Tu tandanya Fia betul-betul sayang dengan abang kan? " .

" Takdir yang Allah susun tu indah Fia. Doa abang dimakbulkan untuk jumpa Fia semula. Demi Allah, abang cintakan Fia " dahi Afiatul dicium lembut.

" Fia pun cintakan abang " .

???

Ain berlari-lari anak kerana dia sudah terlambat. Hari ini hari pertamanya mengajar di sekolah baru.

Dia memohon pertukaran sekolah apabila tahu Ustaz Amirul sudah pun berkahwin. Dia tidak mahu terus kecewa. Dia mahu mulakan hidup baru dan terus melangkah ke hadapan tanpa menoleh lagi.

" Aduhh " entah mana silapnya dia terjatuh.

Habis buku-buku di tangannya berterabur.

" Cik? Cik okay ? " soal seorang lelaki.

Ain mengangkat wajahnya.

" Okay. Saya okay " merah wajahnya kerana malu.

" Cikgu baru ke? " soal lelaki itu lagi.

" Haa iya saya. Cikgu Ain " .

" Oh cikgu Ain. Saya cikgu Aizat. Jom saya tunjukkan bilik guru " tawar Aizat.

Ain mengangguk. Mereka berdua berjalan seiringan ke bilik guru. Sambil itu mereka berborak-borak.

Sungguh perancangan Allah itu indah. Kita tidak tahu, tapi Allah maha mengetahui segala-galanya. Dia lah yang menentukan semuanya.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience