Afiatul memberhentikan keretanya di seberang jalan.
" Jom Rayyan. Sempat lagi ni " pintu kereta dibuka.
Rayyan hanya menurut. Tangan Rayyan dipegang dan mereka terus melintas.
Afiatul menarik nafas lega kerana pintu pagar masih belum ditutup.
" Okay salam Maksu cepat " arahnya.
Rayyan tunduk menyalami tangan ibu saudaranya itu.
" Bye Maksu. Jangan lupa ambil Rayyan pukul 1 nanti okay? " .
" Okay. Good boy, study rajin-rajin okay " pipi Rayyan dicium.
Rayyan terus melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah. Sempat dia melambaikan tangannya pada Afiatul.
Afiatul tersenyum sendiri. Pertama kali dia menghantar anak buahnya itu ke sekolah. Kelam-kabut jadinya. Macam manalah bila dia ada anak sendiri nanti.
Eh kau ni Fia, berangan pulak. Calon pun tak ada lagi. Entah bila agaknya ada anak sendiri.
???
" Assalamualaikum semua " .
" Waalaikumsalam cikgu " jawab murid-murid kelas 1 Arif itu.
" Sihat? " soal Amirul.
" Sihat cikgu " jawab mereka serentak.
" Okay kamu semua mesti tertanya-tanya siapa cikgu kan? Cikgu akan gantikan ustazah Humaira yang akan mengajar kamu semua subjek pendidikan islam. Nama cikgu Amirul. Kamu semua boleh panggil ustaz Amirul " .
" Baik ustaz " .
" Sebelum kita mulakan pelajaran kita hari ni, kita baca doa dulu. Okay jom baca doa sama-sama " .
Mereka semua hanya menurut. Amirul menarik nafas lega kerana murid-murid di kelas itu semuanya mendengar kata. Cuma ada seorang dua yang sedikit nakal. Tapi itu perkara biasa.
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Semua murid berpusu-pusu ke kantin sekolah.
Amirul hanya memerhatikan mereka semua keluar daripada kelas, barulah dia keluar.
" Assalamualaikum ustaz Amirul " .
Amirul berpaling ke muka pintu.
" Waalaikumsalam. Ya saya? " .
Seorang gadis bertudung bawal merah melangkah masuk ke dalam kelas 1 Arif yang sudah kosong. Hanya tinggal Amirul sahaja.
" Saya Ain. Cikgu Ain " gadis itu memperkenalkan dirinya.
" Oh cikgu Ain. Maaf ya saya tak kenal sebab saya baru start mengajar hari ni " .
" Eh takpa. Saya tahu. Saya mengajar subjek bahasa melayu " beritahu Ain tanpa ditanya.
Amirul mengangguk.
" Ustaz dah kahwin? " soal Ain tiba-tiba.
Amirul menelan air liurnya. Lain macam sahaja cikgu Ain ni. Tiba-tiba tanya soal kahwin.
" Er...belum lagi " jawab Amirul.
Terukir senyuman manis di wajah Ain.
" Saya pun belum kahwin lagi. Samalah kita " .
Amirul tersenyum tersenyum kelat.
" Maaf cikgu Ain. Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu ya. Ada kelas lepas ni " .
" Okay. Nanti kita borak lagi ya " .
Amirul mengangguk kecil sebelum berlalu.
Share this novel