Afiatul membuka matanya. Dia melihat seorang lelaki memakai baju melayu berwarna ungu lembut sedang tersenyum ke arahnya.
" Siapa awak? " soal Afiatul.
" Imam awak yang akan membimbing awak ke syurga " jawab lelaki itu.
Afiatul terkesima mendengar jawapan lelaki itu. Wajah lelaki itu kabur. Dia tidak dapat memastikan siapa lelaki itu.
Tiba-tiba lelaki itu hilang.
" Tunggu ! " jerit Afiatul.
" Nur Afiatul Laila bangun! " jerit Puan Suraya daripada dapur apabila mendengar suara anak bongsunya itu mengigau.
Bukan sekali anak daranya itu mengigau. Hampir setiap hari. Itulah tidur tak basuh kaki. Entah apa agaknya yang dia mimpikan.
Afiatul terus tersedar dari tidurnya akibat jeritan Puan Suraya.
Rambutnya digaru-garu.
" Aduh mama ni kacau jer lah " rungutnya.
Beberapa hari ini dia kerap bermimpi lelaki itu. Dia sendiri tidak tahu apa maksud mimpinya itu dan siapa lelaki yang muncul dalam mimpinya itu.
???
" Morning mama " ucap Afiatul sebaik tiba di meja makan.
Puan Suraya mencebikkan bibirnya.
" Morning apa bendanya? Matahari dah terpacak atas kepala baru bangun. Anak dara apa ni? " perlinya.
Afiatul ketawa kecil. Dia menarik kerusi di hadapan Puan Suraya, lalu punggungnya dilabuhkan di situ.
" Alaa mama rilex lah. Bukan selalu Fia dapat tidur lama macam ni " mee goreng di dalam mangkuk dicedok ke dalam pinggannya.
" Bukan selalu? Mama tengok sejak Fia balik sini, hari-hari Fia bangun lambat. Subuh habis terbabas " .
Sudah seminggu Afiatul pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum ini dia belajar di UITM Sri Iskandar, Perak. Selepas ini dia akan terus menetap di Kuala Lumpur sahaja kerana sudah tamat pengajian.
" Fia cuti lah ma. Tak boleh solat. Lagipun Fia kan baru lepas final exam, biarlah Fia rehat " jawabnya.
" Iyalah tu. Ada jer alasan. Sekejap lagi tolong mama masak, Kak Long nak datang sini " .
" Yeke mama? Dengan siapa? " .
" Abang Faizal dengan Rayyan lah. Siapa lagi? " .
Afiatul tersenyum lebar. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan anak buahnya itu.
" Baguslah ma. Lagipun Fia ni rindu sangat kat Rayyan tu " .
" Nanti jumpalah. Tadi Kak Long telefon mama, dia cakap dia dah on the way. Dalam dua jam lagi sampailaj dia orang tu " .
Afiatul mengangguk faham.
" Papa mana ma? " soalnya.
Sejak daripada tadi dia tidak melihat kelibat Encik Irwan.
" Lepas subuh tadi papa dapat emergency call daripada hospital " .
" Oh patutlah " Afiatul mengangguk faham.
Dia sudah biasa dengan keadaan itu. Ayahnya jarang ada di rumah. Maklumlah ayahnya seorang doktor pakar bedah. Sentiasa sibuk.
Share this novel