Part 12

Romance Completed 34331

" Ya Allah sedapnya kau masak Mirul. Tak pernah mengecewakan " puji Aizat.

Mulutnya penuh dengan nasi. Sudah tiga kali dia menambah nasi.

" Alah kau, nak mengambil hati aku lah tu " Amirul mencebik.

" Astagfirullah al-azim Mirul. Tak baik kau bersangka buruk " .

" Iyalah " jawab Amirul.

" Tadi kau pergi beli barang dapur ke? Aku tengok banyak lauk basah dalam peti sejuk tu " .

" Ha'ah. Lepas balik daripada sekolah tadi aku singgah tesco sekejap. Kau nak tahu tak aku jumpa siapa? " .

" Siapa? Jodoh? Lawa tak? " .

" Ish kau ni. Tak habis-habis dengan jodoh. Bukanlah. Dia ibu saudara student aku " .

" Eh sampai ke mak sedara kau kenal? Dasyat ea. Tak sampai sebulan kau mengajar kat sekolah baru tu dah kenal mak sedara dia " .

" Maksu dia tu yang hantar dia hari-hari ke sekolah. Sebab ayah dia kerja jauh. Aku tak tahu lah pulak jauh mana. Mak dia pulak sibuk. So buat sementara waktu maksu dia yang uruskan dia " .

" Macam mana kau boleh kenal maksu dia? Lawa tak? Kenalkan lah dengan aku " .

" Hari tu aku terserempak dengan dia. Waktu dia nak cari kelas anak buah dia ni, dia terjatuh " .

Aizat ketawa.

" Then kau jadi hero lah? " .

" Tak adalah. Aku cuma tolong dia sampaikan duit belanja untuk student aku tu. Aku adalah tanya kat student aku, dia cakap maksu dia tak kahwin lagi " .

" Iya ke? So kau ada peluang lah ni? Eh kalau kau tak nak bagi aku " .

" Malaslah aku layan kau zat. Dah basuh pinggan ni " .

Aizat mencebikkan bibirnya. Tadi nak sangat bercerita. Bila orang tanya, nak marah pulak.

???

Afiatul termenung sendirian sambil melihat langit yang sudah gelap pekat.

Dia tersenyum sendirian apabila mengingati pertemuannya siang tadi dengan Ustaz Amirul. Entah kenapa setiap kali bertemu dengan Amirul, jantungnya berdegup laju.

Kata orang itu dinamakan cinta. Tapi dia baru sahaja bertemu dengan lelaki itu. Tidak mungkin dia sudah cintakan lelaki itu.

" Salah tak ea kalau aku yang start dulu? Dia single, aku pun single. Rasanya tak ada masalah " katanya sendirian.

Afiatul nekad. Dia mahu memulakan misinya untuk memikat ustaz Amirul. Tiada salahnya perigi cari timba.

Seorang wanita itu berhak memilih seorang lelaki yang baik untuk menjadi pemimpinnya ke syurga nanti.

" Mission on! " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience