" Eh Rayyan, maksu nak pergi tandas tadi " jawabnya.
" Oh. Maksu jumpa tandas tak? Kalau tak, Rayyan boleh tunjukkan " .
" Takpa, takpa. Maksu tak rasa nak pergi tandas dah " .
Rayyan mengerutkan dahinya. Aik? Boleh pulak macam tu.
" Lama lagi ke sukan ni nak habis Rayyan? " soal Afiatul.
Dia tidak mahu lagi berlama-lama di sekolah ini. Mata dan hatinya sakit.
" Sekejap jer lagi. Lepas ni Rayyan nak ambil hadiah " .
Afiatul mengangguk perlahan.
" Dah jom kita pergi tunggu kat padang " tangan Rayyan ditarik.
Sebelum berlalu, Afiatul sempat menjeling sekilas ke arah Amirul.
???
" Assalamualaikum " .
Afiatul menoleh.
" Waalaikumsalam " jawabnya.
" Kak Long tak dapat datang ya Fia? " soal Amirul ramah.
" Tak " jawab Afiatul sepatah.
Tidak seperti selalu. Kali ini layanannya pada Amirul tidak seperti selalu, ceria dan gembira sahaja. Semua ini gara-gara dia melihat Amirul bermesra bersama dengan seorang perempuan tadi.
Amirul pelik dengan layanan Afiatul terhadapnya. Dia ada buat salah ke? Selalunya gadis itu bukan jenis yang pendiam. Ada sahaja yang hendak ditanya padanya.
" Fia okay? " soal Amirul.
" Nampak saya macam tak okay ke? " soal Afiatul semula.
" Eh taklah. Saya tanya jer. Sebab selalunya Fia tak macam ni. Tu yang pelik " .
Afiatul tidak membalas. Matanya ditumpukan pada arah lain.
" Ustaz Amirul " panggil seorang gadis.
Afiatul menoleh. Gadis itu adalah gadis yang dia nampak bersama dengan ustaz Amirul di kantin tadi. Semakin membara hatinya.
" Ya cikgu Ain? " .
' Oh cikgu rupanya ' kata Afiatul dalam hati.
Dia memandang ' cikgu Ain ' dari atas hingga ke bawah.
Entah apa yang diborakkan mereka berdua, Afiatul tak pasti. Tahu-tahu sahaja Amirul sudah meminta undur diri.
Hilang mood nya hari ini. Entah kenapa hatinya sakit sangat melihat kemesraan antara mereka berdua.
???
Masuk sahaja rumah, Afiatul terus menghempaskan tubuhnya di atas sofa. Tudung di atas kepala dibuka.
" Haa anak mama dah balik " tegur Kak Long.
" Mama, Rayyan dapat pingat " Rayyan menujukkan pingat nya pada Kak Long.
" Wahh terror nya anak mama ni. Juara lumba lari. Dah Rayyan pergi naik atas mandi, nanti dah siap mandi turun balik " .
Rayyan menurut. Dia terus melangkah ke tingkat atas.
" Haa Fia dah kenapa pulak? Muka macam cencorot jer Kak Long tengok" Kak Long melabuhkan punggungnya di sebelah Afiatul.
" Kak Long! Apa samakan Fia dengan cencorot pulak ni? " .
Kak Long ketawa kecil.
" Fia kenapa? Masam jer muka? " .
Share this novel