Part 21

Romance Completed 34331

" Kenapa tak beritahu mama Fia nak balik hari ni? " .

" Saja. Nak buat suprise " Afiatul ketawa kecil.

" Mama rindu tau anak mama ni " pipi Afiatul dicubit perlahan.

" Ya I know. Papa mana ma? " .

" Macam biasa lah " .

" Mama tinggal seorang lah ni? " .

Puan Suraya mengangguk.

" Alolo kesiannya dia. Takpa, now mama dah tak seorang-seorang. Fia akan teman mama " .

" Lapar tak? Mama ada masak lauk ketam cili api " .

" Seriously ma? Perut Fia pun dah lama berbunyi ni. Of course Fia nak makan " .

Puan Suraya ketawa.

" Dah jom kita makan " .

Mereka dua beranak melangkah ke dapur.

???

Amirul setia menanti di hadapan pagar sekolah. Bayang Afiatul masih belum dia lihat.

" Assalamualaikum ustaz " sapa Rayyan ceria.

Amirul tersentak. Dia menoleh ke arah Rayyan.

" Waalaikumsalam Rayyan. Rayyan datang sekolah siapa yang hantar? " soal Amirul.

Matanya meliar mencari Afiatul tapi tiada.

" Papa yang hantar " jawab Rayyan.

Amirul agak kecewa mendengar jawapan Rayyan.

" Maksu dah tak hantar Rayyan lagi?" soal Amirul lagi.

" Tak. Sebab maksu dah balik KL " .

Amirul tergamam.

" Okaylah ustaz. Rayyan masuk dulu ".

" Haa iya " .

Rayyan terus masuk ke dalam kawasan sekolah.

Dah balik KL? Amirul mengeluh perlahan. Entah bila lagi dia dapat bertemu dengan Afiatul agaknya.

???

Sedar tidak sedar sudah hampir 3 bulan Afiatul pulang daripada Johor Bahru.

Dia juga sudah melupakan tentang Amirul. Mulanya agak sukar, namun dipaksakan juga.

Malam ini Encik Irwan dan Puan Suraya tiba-tiba sahaja memanggilnya. Katanya ada hal penting yang ingin diberitahu.

" Fia, papa dengan mama ada benda nak cakap " beritahu Encik Irwan.

" Apa dia papa? " soal Afiatul.

Dia juga pelik tiba-tiba sahaja mama dan papa nya memanggilnya.

" Papa harap Fia boleh terima. Papa buat semua ni untuk kebaikan Fia. Sebenarnya papa dah ada calon suami untuk Fia " .

" Apa? Are you kidding me papa? " soal Afiatul terkejut.

" No sayang. Papa tak bergurau. Papa serius. Papa harap Fia terima " .

" Papa, mama apa ni? Fia muda lagi. Tak perlu paksa Fia kahwin macam ni. Tolong lah " air mata Afiatul sudah bertakung.

Puan Suraya terdiam. Tidak terluah kata-kata.

" Fia, papa sayang Fia. Papa cuma nak yang terbaik untuk Fia. Itu sahaja. Papa harap Fia tak kecewakan harapan papa " .

" Kenapa papa? Kenapa sejak dari kecil lagi papa atur semuanya. Semua benda dalam hidup Fia papa aturkan? Kenapa? " soal Afiatul. Wajahnya sudah basah dengan air mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience