Part 14

Romance Completed 34331

" Cepatlah siap Fia. Malam ni kita makan kat luar jer " arah Kak Long.

" Betul ke Kak Long? " soal Afiatul.

" Iyalah. Malam ni Kak Long belanja makan kat kedai ikan bakar tu " .

" Yeayy " sorak Afiatul. Kalah Rayyan.

Dia terus bernyanyi-nyanyi kecil sambil melangkah ke bilik untuk bersiap.

Almari baju dibuka.

" Nak pakai baju apa ea? Kena lah cantik-cantik mana tahu kalau jumpa ustaz Amirul " dia ketawa sendiri.

Berangan jer lah kerjanya. Sehelai blouse tanpa lengan dipilih. Dipadankan dengan cardigan labuh dan skirt.

Tudung bawal saudia berwarna maroon di sarung di kepalanya. Sedikit solekan. Siap!

Handbag jenama LV dicapai lalu keluar daripada bilik. Ni kalau lambat, mahu satu taman perumahan ni dengar suara Kak Long menjerit.

???

Sebaik tiba di restoran ikan bakar, Kak Long dan Rayyan mencari meja kosong dahulu sementara Afiatul mencari parking kosong.

Malam itu memang penuh dengan pelanggan. Mata Kak Long dan Rayyan melilau mencari meja kosong.

" Rayyan " panggil Amirul.

Dia melambaikan tangannya pada Rayyan.

" Eh ustaz pun ada? " soal Rayyan.

" Ha'ah. Rayyan tengah cari meja kosong ke? " .

" Ha'ah ustaz. Meja semuanya penuh. Ramai pelanggan malam ni " jawab Kak Long bagi pihak Rayyan.

" Eh takpa. Ni ada lagi empat kerusi kosong. Marilah duduk sekali. Lagipun saya dengan kawan saya jer" pelawa Amirul.

" Eh tak apa ke ustaz? Tak menganggu nanti? " .

" Tak adalah. Apa salahnya makan semeja " .

" Betul tu. Takpa saya tak kisah " Aizat yang sejak daripada tadi diam, bersuara.

" Okaylah. Terima kasih ya " Kak Long mengambil tempat di sebelah Rayyan.

Rayyan pula duduk berhadapan Aizat. Kerusi di hadapan Amirul masih kosong.

" Datang berdua jer ke? " soal Amirul.

" Eh tak adalah. Datang bertiga. Adik saya tengah cari parking. Haa tu pun dia " Kak Long terus melambaikan tangannya pada Afiatul yang masih mencari.

' Haa tu pun Kak Long. Eh kejap dengan siapa pulak Kak Long duduk tu? Wait..wait..tu bukan ke ustaz Amirul? Ya Allah adakah ini jodoh? ' gumam hati Afiatul.

Langkah segera diatur ke meja.

" Assalamualaikum " .

Semua mata tertumpu pada Afiatul. Afiatul menarik kerusi di sebelah Kak Long lalu melabuhkan punggungnya di situ. Kerusinya betul-betul di hadapan Amirul.

" Waalaikumsalam " jawab mereka.

Mata Aizat tidak berkedip melihat Afiatul.

Adakah ini bidadari syurga Ya Allah? Subhanallah indahnya ciptaan Mu. Aizat benar-benar terpikat dengan Afiatul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience