5 bulan kemudian...
Afiatul merenung dirinya di dalam cermin. Gaun pengantin sudah tersarung di tubuhnya.
Sebentar lagi dia akan menjadi isteri orang. Pantas sahaja masa berlalu. Dia sendiri tidak tahu siapa bakal suaminya itu kerana apabila mama dan papa nya ingin menyuruh dia berjumpa bakal suaminya, dia tidak mahu.
Katanya biarlah mereka berkenalan selepas kahwin sahaja. Cukup dia tahu nama lelaki itu ialah Shah.
Tiba-tiba pula dia teringatkan Amirul. Entah apa khabarnya lelaki itu.
" Astagfirullah al-azim. Ya Allah Fia kau dah nak jadi isteri orang. Kenapa perlu ingat dekat dia ? " .
" Fia, dah siap? " soal Puan Suraya di muka pintu.
Afiatul menoleh.
" Dah mama. Fia dah siap " jawabnya.
" Fia, mama nak ingatkan Fia. Fia jangan anggap papa mendesak Fia. Ini semua untuk kebaikan Fia " .
Afiatul mengangguk perlahan.
" Ya mama. Mama tak perlu risau okay? " .
Puan Suraya memeluk anak bongsunya itu. Terasa sebak pula ingin melepaskannya.
???
Sebaik keluar daripada bilik, semua mata memandang ke arah Afiatul.
Afiatul duduk bersebelahan Kak Long dan Puan Suraya. Dadanya berdebar. Jantungnya pula berdegub laju.
Dia dapat melihat seorang lelaki yang duduk berhadapan dengan Tok kadi. Tetapi wajah lelaki itu dia tidak dapat lihat kerana dia duduk di belakang lelaki itu.
" Aku terima nikahnya Nur Afiatul Laila Binti Irwan dengan mas kahwin sebanyak 500 ringgit tunai " .
" Sah? " .
" Sah, Alhamdulillah " .
Dengan sekali lafaz kini Afiatul sah menjadi seorang isteri.
Puan Suraya terus memeluk anak bongsunya itu. Air mata yang mengalir dikesat.
" Assalamualaikum " .
Afiatul mengangkat kepalanya memandang lelaki yang sudah sah menjadi suaminya.
" Amirul ? " dia terkejut.
Amirul tersenyum. Sama seperti di dalam mimpinya.
Afiatul terus pengsan.
" Fia! Ya Allah Fia! " .
???
Afiatul perlahan-lahan membuka matanya. Dia ada di dalam biliknya sendiri.
" Fia dah sedar? " soal Amirul.
" Macam mana awak boleh kahwin dengan saya? " soal Afiatul.
" Jodoh " jawab Amirul sepatah.
" Klise " .
Amirul ketawa. Dia merapati Afiatul.
" Sebenarnya abang pun tak tahu Fia bakal isteri abang. Umi abang yang rancang semua ni. Dia cakap nama bakal isteri abang Laila. Jadi abang tak tahu itu Fia. Kalau abang tahu, dah lama abang jumpa Fia " .
" Lepas abang sebut nama Fia tadi, baru abang perasan Fia lah perempuan yang abang cari selama ini. Fia nak tahu, hidup abang tak tenang bila Fia pergi macam tu jer " sambung Amirul lagi.
Share this novel