" Ustaz Amirul " .
Kak Long mengerutkan dahinya.
" Dah kenapa pulak dengan ustaz Amirul? " soal Kak Long.
" Tadi Fia nampak dia dengan seorang cikgu ni. Mesra sangat-sangat " adu Afiatul.
" So? " .
" Kak Long! Kak Long tahu kan Fia suka dekat ustaz Amirul tu. Fia mestilah sakit hati tengok dia mesra dengan cikgu tu " .
" Cantik cikgu tu? " .
" Boleh lah. Tapi Fia lagi cantik " .
" Eii perasannya budak ni. Biarlah ustaz tu nak mesra dengan siapa pun. Lagipun dia bukannya tahu Fia ada perasaan dengan dia. Entah-entah tu bakal isteri dia agaknya " Kak Long sengaja menyakat adiknya itu.
" Malas lah cakap dengan Kak Long ni. Saja jer kan nak buat Fia makin bertambah sakit hati " Afiatul memeluk tubuh.
" Kak Long ada benda nak beritahu Fia ni " .
" Apa dia? " .
" Abang Faizal " .
" Kenapa dengan abang Faizal? " .
" Bulan depan abang Faizal balik " kata Kak Long ceria.
" Aik bukan lagi 3 bulan ke sepatutnya? " .
" Ha'ah. Tapi tak jadi. Bulan depan abang Faizal dah balik sini " .
" So, Fia kena balik KL balik lah ni? " .
" Jangan salah faham. Kak Long bukannya nak halau Fia. Kak Long tak kisah pun kalau Fia nak stay. Lama mana pun Kak Long tak kisah " .
" Takpalah Kak Long. Fia balik jer lah bulan depan. Lagipun Fia dah tak ada hati nak duduk sini lagi " .
" Ececeh, ayat macam baru putus cinta. Over sangat tau " .
" Betul lah. Kak Long tak faham apa yang Fia rasa. Sakitnya tu di sini " dia menepuk dadanya perlahan.
" Hishh budak ni. Malas Kak Long nak layan lah. Dengan Kak long sekali jadi tak betul kalau layankan Fia " Kak Long terus melangkah ke dapur.
Afiatul meraup wajahnya.
" Sakitnya hati ni. Ni ke rasa bila cinta ditolak? " soalnya sendirian.
???
Selepas menunaikan solat Isyak, Amirul merebahkan badannya di atas katil.
Tiba-tiba fikirannya melayang teringatkan Afiatul. Entah kenapa tiba-tiba sahaja gadis itu bersikap dingin dengannya.
Nak kata dia ada buat salah, rasanya tak ada. Mungkin Afiatul pms agaknya. Sebab itu tiba-tiba sahaja dia berubah. Amirul cuba bersangka baik.
Tidak mengapa. Nanti dia akan jumpa lagi dengan Afiatul. Dia masih ada masa.
Amirul tekad untuk meluahkan perasaannya terhadap Afiatul. Dia mengakui yang dia sudah jatuh cinta pada gadis itu.
" Permudahkan segalanya Ya Allah " doanya.
Share this novel