Part 16

Romance Completed 34331

" Jangan cakap yang kau pun dah jatuh hati dengan dia Zat " .

" Love at the first sight " .

Amirul mencebik. Ingat drama ke?

" Dah lah malas aku layan kau. Aku nak tidur " tubuh Aizat ditolak perlahan keluar daripada biliknya.

" Tak support member langsung lah kau ni Mirul " kata Aizat sebelum berlalu ke biliknya.

Amirul melabuhkan punggungnya di birai katil. Dia termenung seketika.

Kenapa tiba-tiba sahaja dia rasa cemburu apabila Aizat memberitahunya bahawa dia sudah jatuh cinta dengan Afiatul. Adakah dia juga punya perasaan yang sama seperti Aizat?

???

Hari ini berlangsungnya acara sukan sekolah rendah Murni. Beberapa buah khemah telah terpasang di padang sekolah.

Ramai ibu-bapa yang hadir untuk menyokong anak-anak mereka. Terdapat juga beberapa kedai jualan makanan.

Afiatul datang mewakili pihak Kak Long nya. Dia memakai blouse labuh putih bersama seluar paloza berwarna cream. Dipadankan pula dengan shawl senada dengan warna seluarnya. Ditambah dengan sedikit solekan di wajahnya.

" Maksu " panggil Rayyan.

Afiatul memandang ke arah anak buahnya itu. Tangan dilambaikan.

Rayyan berlari anak ke arah Afiatul.

" Maksu datang? Rayyan ingat maksu tak datang " soal Rayyan.

" Mestilah maksu datang. Maksu saja cakap yang maksu tak datang. Rayyan masuk acara apa sekejap lagi? " .

" Rayyan masuk lumba lari. Maksu sokong Rayyan tau " .

" Alright jangan risau. Mesti maksu sokong punya. Buat yang terbaik okay" dahi Rayyan dikucup.

Tanpa disedari Afiatul, ada mata yang memerhatikannya sambil tersenyum.

???

Mata Afiatul melilau mencari Amirul. Tadi dia ada lihat kelibat ustaz itu. Namun kali kedua dia pandang, lelaki itu sudah tiada.

" Aduhh time-time ni lah nak membuang pulak " perutnya dipegang.

Afiatul pantas mencari tandas. Sewaktu melewati jalan hendak ke tandas, mata Afiatul tertarik untuk melihat ke arah kantin sekolah.

Dia tersenyum sendiri apabila melihat ustaz Amirul berada di situ. Baru sahaja kakinya ingin melangkah, dia melihat seorang perempuan datang ke meja Amirul sambil membawa dua cawan air.

Satu cawan dihulurkan pada Amirul. Mereka rancak berbual sesekali mereka ketawa. Mesra sekali.

Air mata Afiatul sudah mula bertakung. Hilang sakit perutnya sebentar tadi. Hatinya pula yang kini sakit.

" Maksu, maksu buat apa kat sini? " soal Rayyan yang tiba-tiba sahaja muncul.

Afiatul pantas mengesat airmata yang hampir menitis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience