Aku tergaman sekejap depan pintu bilik. For the first time aku nampak adam, alex, aman dengan zoey tengah solat magrib kat ruang tamu berjemaah.
Wow, aku baru habis susukan firdaus dengan afiq tadi. Sejuk mata aku tengok empat sekawan tu.
"mel?"
Aku tersentak sekejap. Aku termenung eh..
Serentak empat pasang mata tu pusing belakang pandang aku. Aku cuma sengih je. Em.. Malulah pulak..
Adam senyum. Aku tengok masing-masing segak dengan baju Melayu dan kain pelikat. Seksi we.. Ahahah.
"Adam, aku dah bincang dengan mama dengan papa. Dua minggu dari sekarang aku akan kawin dengan ana. So better kau dengan Melissa sembuh cepat" aman pandang muka adam dengan aku silih berganti.
Aku senyum. Yes! Finally aman dah nak kawin.. Beware la ana, aman ni lain sikit.. Haha
"kau biar betul man?" alex dah terkejut beruk.
Zoey pulak pandang muka aman tak berkelip.
"bagus. So kau akan sibuk la ni kan? Tak pe la kalau kau tak boleh tinggal sini. Alex dengan zoey ade" matang suara Adam.
Aman geleng laju. "no no. Aku tetap tinggal sini jaga korang. Kang jadi ape ape kang menyusahkan aku pulak korang tak dapat datang majlis kawin aku."
Serentak kami semua gelak.
"suka hati kau la. Dah jom dinner. Aku dah lapar ni" Adam terus bangun dari tikar sejadah. Sempat tangan dia sambar tangan aku bawak pegi meja makan kat dapur.
Hehe.. Aku sengih.
*********
"mel.."
Aku yang tengah baring sambil tepuk bontot fir angkat kepala pandang adam kat depan pintu. Mamat tu masuk dan tutup pintu, dia jalan pergi ke katil dan duduk sebelah aku.
"em" aku senyum sekilas.
"kau ok ak?"
Aku buat muka pelik. "asal? Nampak aku tak okay ke?"
"yela sekarang ni kan aku dan kau dah jadi kita.. So.."
"jap jap. Kau merepek ape ni?" gila ke apa Adam ni.
Adam tayang muka monyok. "mana ade merepek. Kan kau share buah pinggang satu kat aku. So maksudnya.." Adam gigit bibir sambil senyum.
Creepy siak. Aku jelir lidah.
Adam gelak kecil. Dia ikut baring sebelah aku. Afiq dah tido kat katil baby.
Adam baring menghadap aku. Em.. Bau Adam menusuk we.. Best do.. Aku tarik nafas lagi. Huahaha..
"kau sanggup jadi penderma aku sebab kau suke aku kan" Adam angkat kening.
Omg. Perasan gila mamat ni.. Aku diam.
"kau dah suke aku kan sebenarnya?" Adam usik hidung aku. Laju tangan aku tepis.
Aiseh mamat ni. Aku geget kang.
"mel, bagila tahu cepat" Adam mendesak.
Aku pandang baby fir yang dah tertidur. "em aku suka kau" perlahan aku cakap.
Adam kat tepi dah tersengih-sengih. "kau cakap ape tadi? Kuat sikit"
Aku besarkan mata. Hampeh tul. "aku suka, sayang kau semua la. Dah puas hati?!" aku dah takde perasaan dah ni.
Adam tunjuk isyarat excited gila. Aku tahan senyum.
"aku pun sama" Adam senyum lebar.
"sejak bila kau suka aku eh" saja je aku tanya.
"sebenarnya sejak pertama kali kau masuk dalam bilik asrama aku dulu, aku rasa aku dah jadi gay do tapi nasib baik kau perempuan" Adam gelak.
Aku tercengang. Wt? Seriuslah?
"kenapa tak percaya ke? Dalam fon aku banyak giler gambar kau mel" Adam capai telefon dan tunjuk gallery fon dia yang berlambak muka aku.
Aku tak terkejut. Aku dah tengok sebelum ni..
"tapi kenapa kau kasar sangat dengan aku?"
Adam kemam bibir. "aku malulah. Kan lelaki ade ego. Kau tu degil sangat"
Aku pulak.. Ah tak kesahla. Yang penting aku dah tahu yang adam suka aku. Aum. Huahaha.
__________________
Dua minggu selepas operation.
Hari yang ditunggu tunggu selama ini. Hari terbesar dalam hidup aman. Majlis nikah aman akan diadakan tepat pukul 10 pagi dekat masjid.
Lepastu pukul 12 bersanding ah kan. Ape lagi..
Harini semua orang sedondon. Baju warna biru pekat bagi keluarga belah lelaki dengan perempuan.
Aku dengan baju kurung nya dah menyibuk dalam bilik pengantin. HAHA. Firdaus dengan afiq pun nak follow gak. Nasib baik afiq dah pandai berjalan.
Eh sekejap. Adakah ini bermaksud afiq dengan firdaus jadi adik beradik macam Adam dengan aman? Asal la aku tak perasan..
Aku tengok aman tengah bersiap dengan jurudandan dia. Alex, zoey pun menyibuk jugak dalam bilik. Adam entah Kemana pun aku tak tahu.
"mel, hensem tak aku?" aman duk pusing2 depan aku. Huh..
Aku gelak. "hensem. Seronok ana dapat kau"
Aman, alex dengan zoey serentak pandang aku. Aiseh aku salah cakap ke ape..
"ala.. Kita kan kawan. Kalau kau nak aku, kau panggil je aku. Aku datang terus" aman kenyit mata.
Eh gile. Memang tak ah, asal lak aku nak dia. Aku buat muka jelek. Bengong.
Serentak semua gelak. Fir kat tangan dah mengeletik nak turun. Aduh, kau tak pandai jalan lagi la wahai budak kecik.
Afiq elok je duduk diam kat atas katil. Bagus budak tu, tak banyak ragam. Dah la comel..
"meh aku dukung firdaus" alex ambik budak tu dari aku.
Aku jalan duduk sebelah afiq kat atas katil. Kepala dia aku usap lembut. Sebak lak tiber en.
"mel, mana Adam?" alex duduk sebelah aku.
Aku angkat bahu. Aman masih lagi sebok tengok diri sendiri depan cermin.
Zoey pulak duduk sebelah afiq.
"jai.."
Berkerut dahi aku. Dah lama orang tak panggil nama aku macamtu.
Aman pandang aku atas bawah.
"asal kau ni" aku buat muka pelik.
"kau dah nampak seratus peratus nampak macam perempuan. By the way, cantik kau harini. Macam nak nikah pulak" aman senyum nakal.
Sakai do. Aku tunjuk penumbuk. Terus mamat tu gelak besar.
Alex kat sebelah dah geleng2 kepala.
Clak..
Pintu terbuka dan susuk tubuh Adam masuk dalam bilik. Segak siot.
"man, Cepatlah lembab la kau ni siap" Adam belum ape ape dan kondem pengantin baru.
Aman buat tak kesah. "biasalah pengantin."
"afiq meh kat dedi" Adam dukung afiq. Laju je budak tu hulur tangan.
"Melissa, what are you doing here?" Adam angkat kening.
Eh aku? Aku tunjuk diri aku. Adam angguk.
"tengok.. Tengok aman siap lah"
"bukan ke ni tempat lelaki? Kau perempuan kan"
Aku pandang alex. Help me beb.
"ala, kita semua kan bestfriend. Biarlah mel duk sini. Semua orang suka dia kat sini" alex senyum.
Boek Alex. Aku gelak dalam hati.
"suka dia? Jangan macam macam eh" Adam jeling aku.
Aku angkat kening tinggi. Haha, riak jap ade supporters.
"dah la. Cepatlah aman, dah nak pukul sepuluh ni. Lembab la" Adam terus keluar dari bilik dengan baby fir. Aku pun ikut keluar sekali.
___________
"aku terima nikahnya nur Ana binti abdul hadi dengan mas kawin sebanyak lapan ratus ringgit tunai"
Dengan sekali lafaz, aman dengan ana sah menjadi suami isteri. Sumpah aku happy giler.
Ana kat sebelah aku dah menangis gembira. Aman duk jeling2 ana kat belakang. Ei, sabar baca doa lu.
Sepanjang majlis nikah dengan majlis bersanding, semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah..
Aman hensem, ana lawa. Secocok, bagai pinang dibelah dua. Hebat.. Macam aku dengan adam.. Err ye ke..
"mel" bahu aku di tepuk perlahan. Aku yang tengah duk melantak makanan, angkat kepala toleh tepi.
Bengong alex! Asal? Berkerut muka aku. Lapar we ei.
Alex sengih. Dia tarik kerusi duduk sebelah aku. Nasib baik meja bolat yang aku duduk ni dah takde orang. Aku sorang je. Adam pegi tukar pampers afiq dengan firsdaus kat tandas.
"aku dah tahu. Zoey memang dah sah putus dengan aliah. Dia dengan makwe baru do. Adawiyyah nama perempuan tu" aku tenung mata alex yang 'bersinar' tu.
"serius lah? Asal putus?" aku pun mulakan operasi membawang makcik2.
Alex kecilkan mata tengok aku. "tanya tuan punya badan la" alex muncung kan bibir tunjuk belakang aku.
Huh? Laju aku pusing. Eh bodo. Ade zoey dah terpacak kat belakang aku sambil peluk tubuh. Laju aku sengih.
Zoey tarik kerusi duduk sebelah aku. Sekarang aku diapit oleh dua lelaki em entahlah.
"aliah dah ade orang lain. Selama ni dia tipu aku, rupanya mak dia dah lama jodohkan dia dengan sorang budak lelaki kat kampung dia." muka zoey nampak biasa. Tak de reaksi sedih langsung.
Aku ternganga dah. Serius lah? Jahat siak.
"asal dia tak terus terang? Korang bukan dah lama bercinta ke?"
Zoey geleng. "baru empat bulan. Biarlah perempuan tu. Sekarang ni aku nak fokus dengan adawiyyah. Mak aku yang cadangkan, boleh tahan gak. Pemalu sikit" mamat tu sengih.
Aku dengan alex cuma angguk. "baguslah. Takpayah la fikir pasal aliah tu. Kau dah ade lebih baik, aku yakin adawiyyah jodoh kau yang sebenarnya"
Zoey peluk bahu aku, laju aku anjakkan badan dan sambung suap makanan. Nampak dek Adam jakgi, mampos aku.
"woi zoey. Ambik kesempatan eh" alex tolak bahu mamat tu.
"dah la tu" aku pulak yang rimas. Nasib baik dewan ni besar dan ade aircond. Muzik pun bukan main kuat. Menari sat gi baru tahu.
"cakap pasal jodoh. Aku dengan wina pun nak kawin dah. Kitaorang tak bertunang tapi terus nikah" alex senyum.
Aku diam. Aman dah kawin, zoey dengan alex pun otw nak kawin. It's means aku akan kehilangan kawan-kawan aku? No mel. Tak baik fikir macam tu..
"mel? Asal diam. Tak gembira ke" alex cebik bibir.
Laju aku gelak. "gembira, eh tahniah korang. Nak kawin dah. Nanti jangan lupa aku lak" aku gurau.
Alex pandang aku atas bawah. Kau tengok ape siak.
"mana ade lupa. Ur still my favorite girl." alex kenyit mata.
"betul tuu" zoey menyampuk dari sebelah. Aku cuma senyum hambar.
"mana boleh. Jeles nanti isteri korang. Diaorang perempuan tau, hati hati bila kaurang cakap macam ni"
Alex dengan zoey buat2 tak dengar. Aiseh.. Aku dah maleh nak layan. Lantak korang la, baik makang.
__________
"TAHNIAH aman!" aku campak sikit bunga ape tah dengan air kat pengantin yang tengah bersanding.
Dengan sebelah tangan aku tengah dukung afiq. Bolehlak membe sedap tido kat bahu aku. Adu,
"thanks jai. Kalau tak de kau, aku tak rasa aku akan rapat macam ni dengan adam" aman tepuk bahu aku lembut.
Aku cuma angguk.
"aku sayang kau, kakak ipar" perlahan je suara aman sebut. Aku geleng sambil senyum. Mengada ngada.
Aku peluk tubuh ana, dan cium pipi dia. Lawa perempuan tu pakai tudung. HAHAH, aku em..
"baby"
Aku pegang tangan Adam. Kening aku angkat tinggi. "nak ape?" bahu aku rasa sebal ni sebab tengah dukung afiq yang dah elok terlentok. Nasib baik ringan do.
"i love you"
Bulat mata aku. Buang tebiat ke?
"ni serius. Aku tahu ape yang aman cakap tadi. I love you more than him and anyone else. Faham tak?" Adam pandang mata aku.
Ei Adam ni, dahla hensem pakai baju Melayu. Geget kang baru tahu. Baby fir adam dukung pun dah tewas tido. Haha..
"aku tahu kau love aku. Aku pun sama" aku buat muka malas nak layan.
Cupp.. Pipi aku di kucup sekilas. Aku toleh kiri kanan, bengong dahla ramai orang nasib baik takde yang perasan.
"kau ni kenapa" aku jengilkan mata. Memang la aku suka tapi malula..
Adam buat muka tak bersalah dan genggam erat tangan aku.
"kau tinggal lagi beberapa hari nak habis pantang kan?"
Ye ke? Aku angguk kan jela. Tak ingat la..
"maksudnya firdaus boleh tambah adik lagi la nanti?"
Ei gila betul. Aku jeling tajam muka mamat tu.
Adam dah senyum nakal. "kalini kita buat suka sama suka la en"
Aku rasa nak pengsan do. Asal mamat ni takde common sense hah? Malulahhh..
Adam gelak besar tengok muka aku dah berubah. "dah dah jom tangkap gambar dengan aman" dia tarik tangan aku naik atas tempat bersanding.
Alex dengan zoey pun ade sekali. Banyak gambar yang kitaorang tangkap. Budak budak tecik ni aku dah pas kat mama papa. Dah dorang volunteer nak pegang. Ambikla.
"ok, sekarang ni kita tangkap gambar berlima pulak. Kawan sampai mati. InsyaAllah" aman senyum.
"sayang, kau turun dulu boleh? Aku nak tangkap gambar dengan dorang" aman pandang ana. Ana angguk sambil tersenyum manis. Oh thanks beb sebab sempoi, aku senyum.
Aku berdiri kat tengah2. Adam sebelah kanan aku dan aman sebelah adam. Alex berdiri sebelah kiri aku. Zoey berdiri sebelah alex.
Pisss.. Aku sengih.
Terima kasih pada semua yang baca cerita Lari. Aku, mel. Ucapkan terima kasih banyak2 kat korang.
Semoga persahabatan kami berlima tetap teguh sampai bila bila. Aku sayang korang.
"mel"
Aku toleh pandang adam. Gambar diketik.
Wow, dia saja suh aku pandang dia. Acah sewit ah ni. Aku pandang satu satu muka sahabat2 aku. Semua orang gembira, sangat sangat gembira.
Thanks korang sebab selalu peduli pasal aku walaupun aku tak ade sesiapa. Ni kisah aku, jai. Dan aku sorang pelarian dalam kehidupan aku. Haha bye semua.
Share this novel
The best in the world
best gilerr.....