9

Romance Series 52271

Lepas makan, aku terus blah dari situ. Maleh aku nak tengok 'tayangan perdana' kat situ. Geli siot.
Aku jalan kaki pergi ke dataran luas yang ade dekat kawasan tu.

Aku duduk lepak kat tepi longkang. Ramai orang jalan kaki kat situ lagi2 waktu nak senja macam ni. Banyak 'jenis' manusia yang keluar cari makanan waktu ni.

Haih.. Aku gosok rambut aku. Serabut lah.

"hai"

Aku toleh. Ade sorang awek tegur aku. Ni perempuan tulen ke tak ni. Ni lah salah satu 'jenis' yang aku bagitahu tadi. Aku bolayan kan aje, buat2 tak dengar.

"hai hensem" dia terus duduk sebelah aku. Aku tersentak. Suara macam abang sado. Aku tahan diri dari nak tergelak.

"kau nak apa" direct aku tanya. Muka aku serius pandang muka dia kat tepi aku.

Aku perhatikan dia atas bawah. Baju putih ketat nak mampos sampai tersembul dada dengan seluar legging dia pakai. Eh, dia perempuan ke?

"ee, awak ni tak sporting la" dia tepuk lembut bahu aku. Aku roll eyes pandang depan. Cukuplah perempuan kat kampus tu dah angau dengan aku yang tak tulen ni. Ade jugak perempuan yang berhalkum minat kat aku. Macam bodoh je.

"cik adik, awak nak ape sekarang ni" aku pandang muka dia. Nak kata perempuan pun aku tak tahu sebab aku nampak halkum dia tersembul kat tengah tekak dia.

"nama saya emy" dia pegang pipi aku. Terus Aku anjakkan muka. Ape masalah dia ni pegang2 aku pulak ni..

"tak baik tau jual mahal" dia pegang pipi aku sekali lagi dan terus turun tepat kat dada aku. Aku tepis laju. Ni dah melampau..

"kau nak ape jangan kacau aku boleh tak" aku buat muka marah pandang pondan sebelah aku.

"saya ade perkhidmatan special. Nak try 'khidmat' saya tak" dia jeling manja kat aku. Wthell? Aku pandang muka dia tak berkelip. Aku nampak macam gay ke..

Ok. Aku kena blah. Aku bangun.

"eh nak pergi mana" dia tarik kuat tangan aku sampai aku terjatuh atas dia. Ei dia ni kang. Aku debik sia sia je.

Dia gelak. Macam setan je gelak. Aku bangun dan aku rentap tangan aku terus blah dari situ. Haih, aku dahlah tengah ade masalah. Ade yang jadi mangsa aku kang.
_______

Dari dataran tu aku jalan balik kampus. Jauh la jugak tapi aku sengaja je jalan kaki sebab nak tunggu malam. Aku tengok jam dah pukul 9 malam tepat.

Sampai blok bilik aku, laju aku naik lif. Aku dah penat 'exercise' jalan kaki dari petang tadi. Pintu bilik aku aku pandang.

Ok tertutup, maksudnya adam dah tidur, kot la aku pun tak tahu. Perlahan-lahan aku bukak pintu dan masuk.

"finally jumpa jugak jalan balik"

Aku toleh kat katil Adam. Mamat tu tak tido lagi rupanya.

"err, tak tido lagi ke. Dah lewat ni" aku tanya sopan sambil senyum. Konon nak berbaik lah..

Adam pandang muka aku lama. "dah lewat?" adam gelak sekejap kemudian dia pamer riak serius depan aku.

"abistu asal kau balik lambat, kau pegi mana" adam angkat kening.

Peduli pulak mamat ni dengan aku.. "takde mana. Jalan2 je" aku tarik baju hoodie kat dalam laci dan masuk dalam tandas nak mandi.

Lepas mandi aku keluar. Adam masih lagi tengah termenung atas katil.

"adam kau okay tak, asal ni" aku berdiri depan dia sambil lap rambut aku yang basah.

"diam. Kau pegi tidur sana" adam halau aku.

Aik? Aku pandang muka tegang adam. Dah kenapa dengan lelaki ni..

"adam, kalau kau masalah kau boleh cerita dengan aku" aku cuba pancing lelaki ni untuk bagitau masalah dia. Kot2 aku boleh tolong..

Adam jeling aku. "tak payah menyibuk. Gi tido" adam baring dan berselubung dengan selimut.

Aku pandang pelik. Asal la adam dengan aman asyik nak cari gaduh dengan aku? Haih. Patutnya korang bukan adik beradik tiri tapi kembar. Aku dah malas nak fikir. Sekarang aku nak tidur.

Tuala aku campak tepi. Aku lompat atas katil. Sekarang masa untuk layan mimpi aku. Selamat malam.
_______________

Pagi.

Aku bangun tergesa gesa. Sial betul! Aku lambat bangun. Aku tengok katil adam, kosong. Mamat ni dah pegi dulu ke? Tak kejut aku pun!

Lepas mandi, aku cepat siap. Hoodie aku sarung terus macam tu je tak pakai jersi kat dalam. Dah lambat.

Aku ambik telefon dengan dompet atas meja. Eh? nota apa pulak ni. Aku tarik nota yang ditampal dekat papan putih depan meja aku yang putih suci tanpa tulisan tu.

Kejutkan aman.
-Adam

Aku kerut dahi. Aduh nak kejutkan aman pulak!
Pantas aku berlari ambil beg atas katil dan keluar dari bilik.

Pintu bilik aman kat tingkat dua aku ketuk kuat.
"aman!"

Pintu terbuka. Tersembul kepala sorang pompuan dengan muka baru bangun tido pandang aku.

Terperanjat aku. Jap, aku salah bilik ke? Aku pandang nombor bilik. Betullah ni..

Ape perempuan ni buat kat sini? Oh! Aku tutup mulut nak cover rasa terkejut aku. Ni kan awek aman yang haritu dia bawak jumpa aku tu.

"apa pandang2" perempuan tu jeling aku. Dia betulkan baju dan keluar. Sempat lagi dia langgar bahu aku.

Ewah perempuan ni. Lantak kau la. Sekarang ni, aku dah lambat dan aman melambatkan lagi aku nak masuk kelas sekarang ni.

Aku masuk dalam bilik aman. Bersepah nak mampus. Aman tengah tidur lagi, elok berselubung dengan selimut.

Aku tarik selimut aman. "bangunlah weh" bahu dia aku tolak kuat.

Aman terjaga. Berkerut dia pandang aku. "kau pahal kat sini"

"adam suruh aku kejut kau, cepatlah pegi mandi"

Aman bangun dan duduk. Kotak rokok tepi katil dia capai. Aku tepuk dahi, sempat lagi kau nak merokok..

"kau nampak ke perempuan tadi" dia pandang aku.

Heh? Nak mengaku ke ni.. Aku angguk.

"bagus. Kalau nak jadi lelaki macam tu la kau kena buat" aman pandang sinis aku. Dia bangun dan berdiri depan aku.

"tapi kalau kau nak aku ajar kau pon boleh" aman tolak badan aku atas katil. Asap rokok dia hembus depan muka aku.

Aku dah tergamam. Ape benda siot mamat ni! Aku pandang muka aman tak berkelip.

"rileks" aman tunjuk senyuman yang aku sendiri tak boleh tafsir. Tangan dia dah merayap raba peha aku. Kau nak buat apa ni aman..

Aku rasa dada aku sesak sangat sekarang ni. "aman.. Kau.. Kau nak buat apa" ekor mata aku pandang tangan dia. Mamat ni jangan buat gila dengan aku..

Aman senyum sinis. "aku nak ajar kau cara jadi lelaki. Dengan orang lain aku tak baik macam ni tau tapi dengan kau, mungkin rasa dia lain" lelaki tu tekan tangan aku kiri kanan.

Aku telan air liur. Tolonglah sape2 datang tolong aku. Aku dah takut sampai nak terkencing ni.. Aku tutup mata rapat2.

"kau ingat aku gay ke"

Aku dengar suara aman bisik kat telinga aku. Tangan aku dah menggigil.

"jawablah!" aman tekan pipi aku kuat.
"bukak mata kau sekarang"

Mata aku dah berair. Sial lah! Perlahan-lahan aku bukak mata pandang muka aman yang betul2 depan muka aku.

Aman angkat kening suruh aku jawab. Aku geleng laju2. Ni aman ke setan yang rasuk badan dia ni.

Aman bangun. Dia gelak besar depan aku. "kau ingat aku nak buat betul2 ke? Aku minat perempuan je tau. Lainlah kalau kau perempuan yang menyamar jadi lelaki" aman pandang tajam kat aku.

Aku terdiam. Mata aku pandang tempat lain, tak berani aku pandang mata aman. Lelaki ni tahu ke siapa aku sebenarnya?

"kau tunggu jap. Aku mandi dulu" aman capai tuala atas kerusi. Aku masih lagi jadi tunggul diam macam batu atas katil. Aku masih cuak sebenarnya ni..

"menangis macam perempuan" aman senyum mengejek pandang aku sebelum masuk bilik air.

Sempat lagi mamat ni kutuk aku. Aku ketap gigi. Nampaknya lepas ni aku kena hati2. Aman mungkin dah syak sesuatu pasal aku.
_________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience