Pagi.
Aku terkebil kebil tengok dinding. Dah lebih 20 minit aku bangun tapi Adam tak ade sebelah aku. Entah ke mana mamat tu pergi, tu yang aku tengah termenung ni.. Huhu..
Aiseh.. Adam selalu keluar tak bagitahu aku. Kenapa eh? Ape masalah mamat ni? Aku dah la rindu bau badan dia. Haha.. Sebab tu je aku termenung. Sebab aku tak dapat bau badan Adam. Em.
Aku gagahkan jugak badan aku untuk bangun dan mandi. Ikutkan hati, memang maleh. Teruk betul.
Bunyi telefon aku berdering kuat kat atas meja. Laju aku angkat.
"hello"
"mel, aku on the way datang rumah mama Adam ni, nak ambik kau bawak balik rumah. Kau dah mandi belum?"
Berkerut dahi aku dengar suara alex. Asal lak pulak dia yang ambil aku?
"aku dah nak siap. Tapi asal kau pulak yang ambik aku, mana adam?" pelik dah ni..
"Adam err dia yang suruh aku jemput kau balik. Dia.. Dia ade hal" Suara alex macam tergagap dah aku dengar.
"hal ape? Asal tak bawak aku balik terus sebelum dia keluar pagi tadi?"
"ish, aku dah nak sampai ni. Cepat la siap" tut. Panggilan dimatikan.
Aku tercengang. Wtf? Dia ni apasal. Hal ape si Adam ni? Susah sangat ke nak kejut aku pagi tadi sampai suruh alex yang datang jemput aku.
Herk. Better aku mandi dulu, siap siap.
____________
"Alex, mana Adam?" soalan pertama yang aku tanya sebaik sahaja aku nampak muka alex kat ruang tamu.
Alex senyum tipis. Dia dah siap sedia nak keluar dari rumah. Ye la, mama dengan papa Adam tak ade. Outstation kot.. Yang ade bibik je.
"jom aku hantar balik" alex terus keluar pergi ke kereta dia. Soalan aku pun tak dijawab lagi. Huh.
Weird do. But sokay. Aku ikut mamat ni masuk kereta dulu. Aku membuntut je langkah alex masuk kereta.
Kereta alex gerak keluar dari perkarangan rumah. Senyap..
"alex, kau tak jawab lagi soalan aku" aku jeling Alex kat sebelah.
Mamat tu fokus pandang depan. Senyum pun tak. Diam je.
"woi pekak ke"
"Adam kat rumah la.." perlahan suara alex balas.
"huh? Kat rumah. Tak asal dia balik tak bawak aku? Pastu suruh kau ambik. Menyusahkan kau je"
Alex geleng. "aku tak kisah. Err aman dengan zoey kat pejabat."
Aik? Aku tak tanya pun pasal dorang. Sengaja je Alex nak tukar topik. Last2, aku diamkan diri. Lebih baik aku tengok Adam sendiri bila sampai rumah nanti.
________________
Tuk tuk tuk...
Tak de orang ke? Dari tadi aku ketuk pintu, Adam tak bukak pun pintu.
Tombol pintu aku pulas perlahan. Eh tak kunci?
Aku melangkah masuk dalam rumah. Alex dah lama blah sebab aku suruh. Tak payah ngade ngade nak hantar aku sampai atas, aku bukan budak kecik.
Pintu rumah aku tutup dan kunci. Laju je aku pergi bilik Adam. Dari depan pintu bilik yang tertutup aku dengar suara orang muntah. Terus aku meluru bukak pintu dan masuk.
Aku nampak Adam tengah muntah kat dalam tandas yang ade dalam bilik dia.
"Adam?"
Adam toleh pandang aku dan terus cuci mulut dia sambil tangan dia pegang perut.
"kau kenapa do? Okay tak ni?" terus gelabah aku bila nampak muka adam pucat gila.
Adam angguk lemah. Dia jalan perlahan lahan pergi ke atas katil dan baring sambil tutup mata.
Aku pegang kaki Adam. Adam demam ke?
"mel.." Suara Adam serak panggil aku. Terus aku jalan pergi sebelah dia. Dahi dia aku sentuh, wei asal tak panas?
Adam capai tangan aku dan genggam sambil mata dia tertutup.
"kau dah pegi klinik belum? Pucat sangat muka kau ni" aku duduk sebelah Adam. Aku perhatikan je muka dia.
Adam geleng. Dia bukak mata pandang aku, em automatik aku jadi segan.
"sini" Adam anjak ke sebelah katil dan tarik tangan aku suruh baring sebelah dia.
Bulat mata aku. Asal la pulak ni.. Tapi aku turut kan je. Berdebar la aku..
Aku baring menelentang, adam peluk aku dan letak kepala dia atas dada aku. Terus aku jadi kaku.
Gila ah! Jantung aku tengah speed siak. Aku rasa Adam dapat dengar jantung aku berdetak laju. Em..
Tak lama kemudian, aku dengar bunyi dengkuran halus dari Adam. Aku tersenyum. Teragak agak aku cuba nak sentuh rambut Adam. Aku tarik nafas, boleh mel.. Tangan aku usap perlahan rambut Adam.
Seronok la.. Tapi..
Dah banyak kali Adam jadi macam ni. Aku tak puas hati. Aku kena jugak cari tahu sebab ape mamat ni jadi macam ni..
___________
Nak dekat 30 minit aku dodoi kan Adam. Makin erat mamat ni peluk aku, aku biarkan je. Seronok wei. Haha.
Tiba tiba, telefon Adam kat atas meja sebelah katil berbunyi vibrate. Siapa pulak call?
Laju tangan aku capai, huh? Dr. Amri? Siapakah..
Aku tekan butang hijau.
"hello Adam, kenapa keluar dari hospital tadi tak bagitahu aku? Aku dah jumpa Penderma untuk kau tapi aku kena cek dulu sama ada sesuai atau tidak dengan kau. Boleh tak kau datang sekarang? Urgent."
Huh? Jap jap ape ni? Hospital? Penderma? Aku pandang skrin telefon Adam. Dr?
"Adam? Kau dengar tak? Asal senyap? Kau jangan cakap yang kau tak nak buat operation ni. Kau fikir la isteri dengan anak kau do. Adam?"
Operation? Nafas aku mula turun naik. Aku pandang muka adam yang masih lena atas dada aku. F*ck. Mende siak dia sorokkan..
"hello.. Ni isteri Adam"
"hah?! Alamak. Err okay, nanti suruh Adam call saya" tut..
"hei! Tunggu" huh! Aku campak telefon Adam kat ruang katil tepi aku. Shet! Aku baru nak tanya Adam sakit ape.
Terperanjat aku bila Adam tiba tiba terjaga. Dia gosok mata dan dongak pandang aku. Aku senyum tipis.
"kau kenapa?"
Laju aku geleng. Takde pape..
Tangan Adam usap perlahan perut aku sambil dia tutup mata semula.
"adam.." lembut aku panggil.
Adam bukak mata pandang aku. Dia angkat kening. Muka mamat tu still pucat lagi.
"tadi.. Doktor amri call"
"ha?" terus Adam duduk. Dia capai fon tepi aku. Aku pun ikut duduk sekali.
"kau jawab ke?" mata Adam pandang mata aku.
Aku angguk.
"dia cakap ape? Dia ade bagitahu ape ape ke? Kau tahu ape ape ke pasal aku?" soalan Adam macam peluru tanya aku.
"dia cakap kau mungkin akan ade penderma . Kau kena pegi hospital sekarang and dia ade sebut pasal operation. Okay, Sekarang bagitahu aku kau sakit ape sebenarnya?"
Besar mata Adam pandang aku. Telefon dia campak kat tepi katil. Mamat tu turun dari katil, dia bukak baju. Pintu almari baju dia bukak.
"Adam kau sakit ape" aku pandang tajam muka adam. Geram pulak aku.
"demam biasa. Aku keluar jap. Kau jaga diri" Adam sarung t-shirt dan jalan pegi pintu. Sempat tangan dia capai telefon depan aku.
Demam ape sampai nak penderma? Ingat aku bodoh ke..
"adam! Aku nak ikut" aku turun dari katil kejar langkah Adam yang dah keluar dari bilik.
"adam!"
Adam pusing belakang pandang aku. Muka dia serius. "kau duduk je rumah diam2 boleh tak" tegas suara adam.
"taknak!"
"mel jangan degil, duduk rumah"
"nak ikut!" aku membentak lagi kuat. Aku tarik tangan Adam.
"MELISSA i said no! Shut up!" terus Adam rentap tangan dia dan keluar dari rumah.
Herm.. Aku rasa nak nangis do.. Sampai hati Adam tinggal kan aku.. Aku hentak kaki masuk dalam bilik Adam dan baring atas katil.
Dengan hati panas aku bukak almari baju mamat tu. Hoodie dia aku ambik dan pakai. Baju aku aku campak tepi katil. Lantak! Aku marah. Siot bapak mengade mengade aku. Mampos.
Perfume Adam aku picit kat hoodie. Best nya bau dia.. Tapi rasa nak muntah pun ade sebab kuat sangat. Argh! Aku marah. Aku baring atas katil sambil peluk tubuh. Tak pe. Aku tunggu kau balik. Siap kau!
____________
Share this novel