Aku duduk termenung kat gigi kolam renang sambil celupkan kaki dalam kolam. Aku lipat seluar aku tinggi sampai peha. Lantak la, bukannya Adam ada pun.
Sejak alex hantar aku balik tadi. Aku lepak kat kolam ni. Keliling kolam ni dipenuhi pokok pokok bunga kertas. Lawa, tenang sikit hati aku.
Tinggal lagi sehari sebelum aku bergelar isteri kepada Adam. Kalau tak kerana kejadian malam tu, aku tak rasa aku akan jadi isteri orang.
Adam pun tak contact aku. At least wasap la, ni tak. Ergh!
Aku rasa petang ni akan dipenuhi dengan masa tido aku. Aku memang pakar dalam tak buat apa apa. Haha
Aish.. Panas la pulak. Baju kemeja kerja aku bukak. Memang tinggal singlet je. Kali ni aku yakin yang aku tinggal sorang kat rumah. So no worry okay.
Aku campak baju kemeja kat tepi pintu. Hahaha rumah adam rumah aku jugak. Aceceh, tak de la. Aku orang luar je. Ok la, aku nak berenang dulu. Bye.
______________
Malam
Aku tengok jam kat telefon dah pukul 10 lebih malam. Aku lapar tapi malas la nak masak. Tak sebenarnya, aku maleh nak bangun dari katil aku ni tu je.
Aku baring sambil renung fon kat tangan aku. Nak call adam ke tak? Jap, asal aku nak kena call dia pulak? Bengong kejap.
Lantak la. Baik aku sambung tido. Chaw.
                              ???????????
Pagi khamis.
[sehari sebelum perkahwinan Melissa dan Adam]
Aku bangun awal hari ni. Hoho, sebenarnya aku nerves pasal esok. Masuk hari ni dah lima hari aku tak jumpa Adam. Bapak ah, em.
Aku dah siap pakai baju kemeja putih dengan seluar slack hitam. Standard ah kan? Aku capai beg silang aku dan keluar dari rumah. First of all, aku memang tak sarapan. Nanti kalau aku rajin aku makan.
Lepas kunci pintu, aku naik lif dan turun ke bawah. Nampaknya Alex tak muncul lagi, selalunya mamat tu yang tunggu aku. Sekarang dah pukul 7.30 pagi.
Pon!!!
Tersentak aku. Asal siot? Pagi2 buta memekak. Aku pandang tajam pemandu kereta hitam yang di parkir kat tapak letak kereta depan aku. Omaigod! Adam?!
Tak berkelip aku tengok kereta tu. Serius lah Adam?!
Adam lambai tangan suruh aku masuk dalam kereta. Wah, laju je kaki aku bergerak. Sebenarnya aku masih in shocked ni..
Aku bukak pintu kereta belah penumpang dan tundukkan sikit kepala nak tengok mamat tu. "Adam? Kau..."
"masuk dulu"
Oh.. Ok. Aku masuk dalam kereta sambil senyum pandang adam kat sebelah. Aduh, rasa berbunga pulak hati aku ni. Asal dengan aku ni..
Kereta Adam bergerak keluar meninggalkan kawasan apartment rumah.
Adam perlahankan bunyi radio yang kuat memekak dalam kereta.
"apa yang jadi semalam?" serius suara adam tanya aku. Mata dia fokus tengok depan.
Hah? Semalam? Alamak. Sape bagitahu mamat ni.. Berkelip kelip mata aku pandang adam.
"err, kenapa?" aku telan air liur. Asal tetiba cuak lak aku ni..
Adam gelak sinis. "kenapa? Kau jangan tanya soalan bodoh tu kat aku, aku yang patut tanya kau kenapa" Adam tegaskan suara dia.
Garangnya.. Mata aku halakan ke luar tingkap. Cuba fikirkan alasan.
"jawablah!" Adam rentap tangan aku yang aku letak kat Peha.
"sakit lah!"
Ee! sabar aku ni makin lama makin menipis ni. Aku masih bengkak pasal semalam, takkan si Adam ni nak tambah lagi. Aku tarik nafas dalam. Ok tenang jai.
"fine, kau nak tahu sangat pasal semalam kan? Semalam aman dah pecat shaza sebab kucing liar tu gaduh dengan aku. Puas hati kau?" aku rentap balik tangan aku dari pegangan Adam.
Terus Adam berhentikan kereta kat tepi jalan. Wtf? Ape mamat ni nak buat?
"asal kau stop?" aku pandang kawasan luar yang penuh dengan deretan kedai.
"kau memang menyusahkan aku, kau tau tak?! Pasal kau je, sorang staff aku dah kena pecat! Kau tau tak kes kau ni dah kecoh satu ofis, aku terpaksa balik awal pagi semata mata nak selesaikan benda ni! ape masalah kau ni mel?!" Adam membentak. Dia pandang bengang muka aku sambil tangan dia genggam kuat stereng kereta.
Aku ketap gigi. Ei, ni melebih! "huh? kau kata aku menyusahkan?! Benda sial! Perempuan tu yang cari pasal dengan aku dulu!" aku mula la nak naik angin ni.
"aku dah kata tak payah kerja kan?! Kau memang degil! Kau keluar sekarang!" Adam tolak badan aku.
F*ck! Memang aku malas nak hadap muka kau. Aku bukak pintu dan keluar. Sempat aku hempas kuat pintu kereta Adam. Dengan senang hati, laju je kereta Adam bergerak tinggalkan aku.
Kurang asam betul! Aku genggam kuat penumbuk kanan. Argh!! Aku benci kau! Ni kalau ade orang tegur aku sekarang ni, memang aku layang penumbuk kat muka dia.
Dengan hati yang bengkak, aku masuk ke dalam salah satu kedai. Better aku beli aiskrim. Sejuk sikit hati aku.
____________
Aku dari tadi duk jalan ulang alik sebab nak cari teksi. Masalahnya time tengah sibuk ni la harem aku tak jumpa sekor pun. Aih..
IPhone kat tangan aku berdering kuat. Aku pandang skrin. Alex? Laju aku angkat.
"hello.."
"jai kau kat mana sekarang?"
Aku garu kepala. Sebenarnya aku tak tahu pun aku kat mana ni..
"err, kat depan kedai" jawapan bodoh aku bagi. Lantak la.
"hah? Kau ingat kedai kat KL ni ade satu je ke? Bagila tahu betul betul" alex membebel.
"entahlah, aku tak tahu aku kat mana" Ngap, aku gigit aiskrim. Sedap wei..
"ha, tunggu kat situ" tut. Panggilan mati.
Aik? Dia tahu ke aku kat mana? Aku pandang skrin telefon aku. Hm, pandai pandai kau lah. Papehal aku tunggu je kat sini macam tugu negara. Setel.
_____________
Kira kira 20 minit aku tunggu baru nampak kereta alex muncul depan aku. Wow, dia dapat jumpa aku di celah celah bandaraya ni. Hebat. Huh, bengong punya Adam! Sempat aku kutuk mamat tu.
Laju aku bukak pintu kereta dan masuk. Aku sengih pandang Alex.
"susah ke cari aku?"
Alex geleng. "Adam dah bagitau location kau" kereta alex bergerak masuk jalan raya.
Huh? Besar mata aku pandang alex. "adam bagitahu kau?"
Alex senyum. "mestilah kalau tak mana aku nak jumpa kau. Dia yang suruh aku ambik kau"
Aku terdiam. Em..
"asal jai? Aku tahu Adam mesti marah pasal semalam kan?" alex toleh sekilas pandang aku.
Lambat lambat aku angguk kan kepala. Aah, adam marah aku.. Huhu..
"mana Adam sekarang?"
Alex gelak. "kat ofis. Korang ni esok nak kawin harini buat hal. Macam macam" mamat tu geleng kepala.
Eh elok sikit eh. Adam tu yang cari pasal. Aku cebik bibir.
____________
Aku campak beg atas meja dan duduk atas kerusi. Aih.. Belum ape ape lagi dah bertimbun fail depan aku..
Satu persatu fail aku belek. Bapak banyak kesalahan ejaan, ni nak bunuh aku ke suruh taip semua ni? Macam sengaja je dorang ni nak kenakan aku. Aku pandang meja meja depan aku. Semua orang khusyuk buat kerja.
Tak pe Mel, kau boleh buat. Komputer depan aku pasang. Laju tangan aku menaip. Siap cepat dapat rehat cepat kan?
************
"Jai"
Aku angkat kepala pandang manusia depan aku. Eh liza, aku senyum.
"awak busy ke" liza duduk atas meja tepi aku.
Em, aku speechless. Haha. "aah busy. Er ape kau Buat kat sini" aku pandang sekeliling. Kut kut ade bos kang kantoi. Even bos kat sini kawan kawan aku tapi aku tak nak la ambik kesempatan.
"saya nak tanya sesuatu boleh tak?" liza main jari atas bahu aku. Tergaman aku. Gila do perempuan ni.. Hahah
Aku tepis perlahan. "tanya pakai mulut kan?"
Aku pandang muka liza, tersipu sipu perempuan tu gelak.
Halah, aku tak cair la weh... Adu.. Aku cair dengan lelaki jer. Aku garu kepala.
"betul ke awak bekas banduan?" liza pandang mata aku.
Aku gelak. "betul, aku bekas banduan. Rasanya satu ofis tahu aku ni siapa kan?" aku angkat kening.
Liza diam. Terkebil kebil dia pandang aku.
"em.. Ok.. Err.. Saya tak ta"
"korang nak kerja ke nak bersembang?"
Serentak aku dengan liza toleh. Wtf? Adam? Ape malaun ni buat ape kat sini?
Laju liza berdiri dan tundukkan kepala. Er, aku pun ikut berdiri sama. Kekok lak rasa.
"Encik Adam.. Kami buat er sembang pasal kerja" liza tergagap.
Aku pandang muka Adam yang tengah pandang aku. Tak, masalahnya asal tenung aku sorang je,
Buta ke liza ade kat sini sekali.. Huh
Aku tengok liza dah macam cacing kepanasan. Kesian la pulak, tak habis lagi terkejut pasal aku datang pulak Adam jerkah kitaorang.
Nampaknya akulah yang kena backup. Ehem. "tak, macam ni sebenarnya encik Ad.."
"diam. Kau ikut aku masuk bilik aku sekarang!" terus mamat tu tarik tangan aku. Dum! Pinggang aku berlanggar dengan meja.
Asiotla! Aku pegang pinggang aku. Dia ni nak bunuh aku ke?!
"sakitlah Adam!" aku cuba rentap tangan aku tapi makin kuat Adam genggam. Terpaksa la aku ikut dia. Huhu sakit we pinggang aku kena bucu. Konfem merah sat gi.
Pintu lif terbuka. Aku ditarik masuk ke dalam. Alamak.. Memang dah rancang time ni takde orang naik lif ke? Dah la aku dengan adam je dalam lif..
"kau nak kerja ke nak curi tulang" Adam jeling muka aku.
"ei aku kerja la. Liza datang nak tanya aku takkan aku nak bisu" aku jawab kasar. Ergh! Sempat aku hadiahkan jeling padu buat 'bakal suami' aku. Erk! Geli bodo.
"adam, lepaskan tangan aku, ni kan ofis. Nanti orang nampak dia kata kau gay" aku cuba rentap tangan aku sekali lagi.
"kau!" adam pusingkan badan menghadap aku dan tundukkan sikit kepala untuk samakan ketinggian dia dengan aku. Terbit senyuman sinis dari mulut Adam.
"kau apahal" aku anjakkan badan. Tiber je dia ni.. Dup dap dup dap. Wahai Jantung aku, tolong lah jangan cari pasal..
"eh kau nak lari mana?" Adam tarik kuat tangan aku sampai aku terdorong ke depan. Oh shet!
Muka Aku sekarang betul betul hanya beberapa inci dari Adam. Maigod!! Jantung aku berdebar kencang gila sekarang ni.
Adam senyum. Wei senyuman jahat... Aku tolak badan dia jauh dari aku. Gila ke ape mamat ni?
Ting. Bunyi Lif tanda dah sampai tingkat lima.
"takpe. Kau tunggu malam esok" Adam senyum penuh makna dan keluar dari lif tinggalkan aku.
Hah?! Bulat mata aku pandang adam. Aku salah dengar ke? Aku masih kaku dalam lif. Sumpah aku tak boleh nak hadam ape yang dia kata tadi. Huhu..
"hoi cepatlah lembap" Adam jerit kuat. Tersentak aku, siotlah mamat ni. Malu aku depan staf staf dia yang ade kat situ. Laju aku keluar dari lif dan jalan masuk pejabat Adam.
Aku tengok Adam tengah santai duduk kat kerusi dia. Kenapa la mamat ni nak jumpa aku eh? Takkan sebab aku bersembang dengan liza dah kena panggil..
"kau nak jumpa aku kenapa" tanpa segan silu aku melabuhkan punggung di kerusi depan meja Adam.
Adam duduk tegak. Mata dia memang suka renung aku agaknya. Hobi kut, ape ape jela.
"pasal esok. After nikah, kita jadi macam biasa, takde ape yang berubah antara kau dengan aku kecuali status kita Tu je. And aku nak ingatkan kau no one dalam ofis ni tahu yang kita suami isteri sebab aku tak nak ade orang lain tahu pasal kita. Kau faham" terus direct Adam cakap dengan penuh ketenangan.
Aku pulak yang rasa mengelabah kat sini. Hish.. Asal aku rasa lain macam ni?..
"lagi satu. Ini ofis tolong respect aku. Panggil aku encik Adam" adam senyum sinis pandang muka aku yang dah tak de perasaan ni.
Mende do? Fine. Bos kan. Ok ok. Aku angguk.
"tapi aku ade satu soalan je untuk kau" aku tarik nafas.
"ape?"
"kenapa kau tak nak datang waktu aku pegi fitting baju kawin?" aku kemam bibir. Aku nak dengar jawapan kau sekarang Adam.
Adam gelak. "perlu ke? Aku rasa baju aku muat je. Kau boleh keluar sekarang ye 'encik jai'." Adam senyum mengejek.
F*ck. Aku terus bangun, rasa bertambah pulak perasaan bengang aku ni.
"Melissa"
Aku yang baru nak capai tombol pintu toleh pandang adam. Berkerut dahi aku.
"pinggang kau sakit kan? Jangan risau, esok aku tolong letak ubat" Adam senyum sinis.
What?! Sempat lagi kau. Terus aku keluar. Dasar pervert! Argh!
__________
Share this novel