28

Romance Series 52271

Kitaorang sampai dekat apartments adam nak dekat pukul 8 malam. Jauh jugak rumah uncle zaid dengan bapak adam dari sini.

Sepanjang naik lif, masing-masing diam membisu. Adam pun serius je aku tengok. Alahai mamat ni.. Bila je dia tak serius..

"aku ade benda nak bincang dengan kau" adam bukak pintu rumah dan masuk.

Aku angkat kening. Hah? Dia kata ape tadi? Aku masuk ikut langkah adam. Mamat tu dah duduk kat sofa ruang tamu.

"kau cakap ape adam?" dengan naif aku bertanya.

"duduk dulu, sini" adam tarik tangan aku duduk sebelah dia. Aku ikutkan aje lah.

"esok aku outstation sampai hari khamis minggu depan" Adam pandang muka aku.

Outstation? Sampai hari Khamis minggu depan? Hari ni hari sabtu.. So kiranya lima hari la dia takde. Weh, hari Jumaat tu kitaorang nikah do.

"bila aku pergi esok, aku tak nak kau bawak anyone termasuk aman, alex dengan zoey masuk dalam rumah aku. No one in my house except you. Faham?" tegas adam cakap.

Er.. Aku angguk. Yela ni kan rumah dia.

"kau outstation kat mana?" aku sengih. Nak tahu jugak..

"penang" ringkas jawapan adam. Oh.. Aku angguk kecil.

"baju nikah aku dah setelkan. Kau boleh pergi cuba nanti aku hantar location" Adam bangun. Leka mamat tu main fon, huh tak pandang pun aku.

"adam.. Nanti kita pegi cuba sama sama nak?" aku pegang tangan Adam suruh dia pandang aku. Tak seronokla pegi sensorang..

Adam toleh pandang muka aku. "em, tengoklah." baru Adam nak gerak laju aku tarik tangan dia. Sabar la kejap manusia!

"hish ape" muka Adam masam pandang aku. Ala bencinya tengok reaction dia. Kecik hati aku tau tak..

"aku nak kerja kat tempat kau boleh?" aku sengih. Laju Adam gelengkan kepala.

"ala nak jugak" aku dengan keras kepala aku mana boleh kalah.

"kerja ape yang kau boleh buat hah?" adam duduk balik. Kalini dia fokus pandang aku. Hehe aku sengih.

"kerani?" aku angkat kening.

"kau jadi bibik aku cukuplah. Ape lagi kau nak" Adam tolak rambut dia ke belakang.

"bosan la duduk sini. Aku nak kerja jugak!" aku berkeras. Fight jai fight!

Adam cek fon dia. Entah ape dia buat aku tak tahu.

"kau nak sangat kan? Esok pukul 8 masuk kerja. Dah tu je kan" adam bangun. Dia peluk tubuh pandang aku.

Laju aku angguk. Thanks beb! Hahaha senang hati aku.

"but ade syaratnya" adam naikkan hujung bibir pandang aku.

Huh?! Syarat? Aduh, sempat lagi mamat ni.
"ape dia" mencuka muka aku.

"no one touched you anymore"

Hah? Aku tak faham..

Adam buat muka menyampah. "lembap. Aku taknak sesiapa sentuh kau lagi. Not alex, zoey or aman. No one! Kecuali aku. Kau faham" adam tarik rapat muka aku pandang dia.

Wei.. Terkebil kebil mata aku. Asal tetiba berdebar ni.. Sabar jantung kalau nak menggila pun kejap lagi la.

"faham tak?!" adam cengkam kuat pipi aku. Berkerut dahi aku tahan sakit.

Auch! Shit, sakit bengong. Aku tolak tangan Adam. "aku tahulah!" aku urut pipi aku perlahan.
Jahat do mamat ni..

"good" adam gosok rambut aku perlahan sambil senyum sinis dan terus blah masuk bilik dia.

Ei, aku pegang pipi aku. Kebas wei. Tapi aku seronok! Yea dapat kerja. Haha aku lari masuk bilik nak siapkan baju untuk esok. Punya lah excited kan.
________________

Malam.

"MELISSA!!"

Aku yang tengah sibuk kunyah roti kat dapur terus tersedak. Siot la mamat ni. Air kat tangan aku teguk sampai habis.

"hoi! Kau asal gila" aku jerit balik. Gila ke apa Adam ni?!

Adam keluar dari bilik dengan muka bengang pandang aku. Dia jalan ke arah aku dan tarik tangan aku ikut dia masuk bilik.

Wei wei! Kau kenapa ni?! Aku dah mula cuak. Nak buat apa masuk bilik dia?! Habis roti kat tangan aku penyek aku genggam.

"kau tengok ni" adam tunjuk almari baju dia.

Kenapa? Tersusun elok je aku tengok.

"kau tengok betul betul Melissa" keras suara adam panggil nama aku.

Gulp. Asal we? Aku tak faham! Huhu.. Aku dah gementar ni..

"ape dia? Aku tak faham la Adam." aku garu kepala. Aiseh..

"bodoh! Kau tengok semua baju ni! Semuanya kau salah letak. Baju tido aku pun bercampur dengan baju kerja!" Adam membentak.

Shit! Pasal tu je ke? Huh, aku jeling muka adam. Rileks boleh tak. Aku salah letak je pun.

"hish! Pasal ni pun nak bising ke memalam buta ni, tak tahu ke jiran sebelah tengah tido. Memekak je" aku pulak yang membebel dekat Adam.

Muka mamat tu dah bengang pandang aku. Haha memang aku pandai menjawab pun.

"aku tak kira! kau susun semua ni balik. Sekarang!" Adam tunjuk baju baju dia. Haduh.. Malam ni jugak ke..

"esok tak boleh ke?" aku buat muka kesian pandang adam.

"no!" Adam jegilkan mata. "selagi aku tak puas kau jangan keluar dari bilik ni" adam cakap perlahan depan muka aku. Seram sejuk aku rasa sekarang ni..

Aku telan air liur. Ayat dia lain macam la pulak aku dengar. Come on jai, Better kau buat sekarang sebelum jadi apa apa pulak nanti. Roti kat tangan aku sumbat semua dalam mulut.

Cepat2 aku keluarkan semua baju kemeja Adam dan letak dalam almari lagi satu. Kesemuanya ada tiga almari besar.  Satu untuk baju kerja, satu untuk baju tido, satu untuk baju jalan. Almari kecik dalam almari besar tu tempat letak boxer dia.

Macam mana aku tahu? Aku yang cuci semua baju dia dengan seluar kecik dia sekali aku yang kena cuci. Siot.

"setel" aku toleh pandang adam yang tengah perhatikan aku dari tadi. Santai betul dia baring atas katil eh. Kurang asam.

Adam bangun pergi ke almari dia. Wah wah, setiap inci dia cek. Aku geleng kepala.

"okay, aku dah puas. Sekarang kau boleh keluar" adam tolak badan aku keluar bilik dan DUM! Dia hempas pintu depan aku.

Terhenjut bahu aku sebab terkejut. Nasib baik tak kena hidung aku. Gila! Ee, geramnya aku!
____________

Pagi buta.

Tuk tuk tuk..
"mel bangun!"

Aku yang tengah tido terus terduduk. Terperanjat punya pasal. Siapa pulak ni?!

"mel cepatlah bangun!" adam ketuk kuat pintu aku.

Haih.. Aku urut dada. Ni kalau aku tak bagi flying kick memang tak sedar mamat ni. Roboh nanti pintu aku siot!

Aku bukak kasar pintu bilik sambil tayang muka  bengang kat Adam yang tengah berdiri kat depan pintu.

"bukak pintu pun lembap. Nah" adam hulur kemeja biru kat aku.

Aik? Aku ambik. "nak buat ape ni" aku angkat kepala pandang adam.

"tolong gosokkan untuk aku"

Hah? "kau tak de tangan ke nak gosok sendiri" mula la aku nak bengang tahap dewa ni. Sekarang baru pukul 6.30 tau tak!

"kau kan future wife aku. Belajarlah dari sekarang" selamba Adam cakap. Dengan riak tidak bersalah dia.

Ei, geramnya aku. "memanglah tapi aku bukan bibik kau" erk? Terdiam sekejap aku. Aku bibik dia kan?

"mel, Kau both. Wife and bibik aku, dah sekarang gosok cepat. Aku nak guna kejap lagi. Lepas gosok baju pegi mandi. Pukul 7.15 kita gerak. Nanti lambat pulak aku nak sampai Penang" adam tolak badan aku masuk dalam bilik dan berlalu tinggalkan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience