29

Romance Series 52271

______

Selesai gosok baju adam dan bersiap aku keluar. Aku tengok Adam tengah sibuk menaip sesuatu kat laptop atas meja dapur. Haha lelaki tu masih tidak berbaju. Terserlah otot kekar dia. Hot siot. Haih.. Sabar je la.

"adam" aku panggil lembut. Adam toleh je terus aku pusingkan badan aku ala ala princess gitu sambil pegang baju adam kat tangan kiri aku.

"e, kau pakai baju kemeja lelaki ke mel" Adam pandang aku atas bawah.

Aku senyum sambil angkat kening. "nah" baju biru adam tadi aku hulur depan muka dia.

"tolong pakaikan" adam suakan sebelah tangan. Lagi sebelah tangan menaip kat laptop. Mata dia pandang skrin laptop balik.

Gediknya! Aku buat muka jengkel tapi aku sarungkan jugak baju tu kat badan Adam.

"nah tolong butangkan" adam pusingkan badan menghadap aku. Shit! Bau aroma perfume dia menusuk betul. Bergetar iman aku.. Em.

Laju je tangan aku buat. Spontan, haih. Gatal jugak aku ni.

Adam tiba tiba senyum pandang aku kat depan dia. Ah sudah, asal pulak tetiba senyum ni? Aku pura2 sibuk butangkan baju adam.

"baby.." adam panggil perlahan. Er.. Dia panggil ape? Aku pandang adam. Zup! Mata kami bertembung.

Omaigod. Aku mula rasa nak sesak nafas. Berdebar debar dada aku. Shet! Ape yang kau dah buat kat aku ni Adam!

"kau jangan buat pasal kat sini eh! Kita dah lambat ni. jom" aku tolak badan Adam jauh. Sempat aku usha jam smart watch hitam kat tangan aku. Dah pukul 7 tepat.

"hish yela" Adam jeling aku dan terus kemas laptop dia. Aku nampak beg bagasi hitam besar dah tersadai kat depan pintu.

Ala.. Nanti aku tinggal sorang sorang..

Eh Asal tetiba aku nak sedih pulak ni.. Hoi jai! Kau dah kenapa?! Akal aku menjerit. Cepat2 aku tepuk pipi aku. 

"hei, yang kau tampar muka kau sendiri tu dah kenapa?" Adam pandang aku hairan. Laju aku sengih.

"saje.."

"dah jom keluar" adam tutup semua suis kat dalam rumah. Aku dah pegang beg silang aku kat tangan. Kerja kan.. Padahal aku bawak powerbank dengan fon je.

Adam kunci pintu. Cepat je tangan dia capai tangan aku. Sebelah tangan dia yang lain tarik beg bagasi dan pegang briefcase. Boleh ek camtu?

Terkebil kebil aku kena tarik dengan adam masuk lif. Still dia tak lepaskan tangan aku. Serius je muka adam aku tengok. Mata mamat tu sibuk pandang pintu lif. Entah ape yang best pintu tu aku pun tak tahu.

Tak masalahnya sekarang asal jantung aku makin kuat pulak berdebar dia ni.. Hm, dah kurang siuman aku ni agaknya.
______________

"mel nanti dulu" adam tarik tangan aku yang baru nak keluar dari kereta.

Ape lagi?!  Kita dahla berhenti betul betul kat depan pintu pejabat kau ni! Eh mamat ni. Terpaksa aku duduk balik.

"kenapa"

"ingat apa yang aku cakap sebelum ni. No one in my house except you. Faham" Adam berkerut.

Yela! Aku angguk. "dah tu je ke atau ade lagi encik abang" sengaja aku sindir dia. Huh.

"nanti balik dengan alex. Pergi kerja pun alex yang ambik. Kau jangan memandai nak naik teksi atau bas. Aku tahu, siap kau" adam bagi warning.

Heh? Naik teksi pun tak boleh.. "ye ye. Lagi ape lagi amanat kau nak bagi sebelum aku keluar" aku dah duduk sandar balik kat kerusi. Dengar adam membebel pun best jugak.

"ni paling penting. Aku tak nak sesiapa pun sentuh kau lagi dah. Aku sorang je yang boleh sentuh kau. Faham tak" adam pandang tajam muka aku.

Erm.. Ala macam sewit je mamat ni. Aku gelak dalam hati.

"kau jeles eh.." aku senyum meleret. Hahaha. Terus berubah muka adam.

"kepala hotak kau. Keluar sekarang" Adam tolak badan aku keluar kereta. Eh eh!

Huh! Aku hempas kuat pintu kereta Adam. Padan muka! Terus kereta Adam meluncur laju tinggal kan kawasan syarikat. Ala.. Tetiba muncul pulak muncung panjang aku.

"jai!"

Aku pusing toleh belakang. Alex! Hahaha laju je mood aku berubah jadi ok balik. Aku senyum pandang dia.

Alex lari ke arah aku. Terus tangan dia peluk bahu aku. Alamak. Dengan penuh sopan santun aku alihkan tangan mamat tu. Cewah.

Berkerut dahi alex pandang aku. "kenapa"

Aku pura2 gelak. "aku kan dah nak kawin. Tak manis lah orang nampak" aku tunjuk manusia manusia yang mula sibuk keluar masuk depan pintu syarikat.

Oh, Alex buat mulut bentuk o tapi tak keluar suara.  "ok. Adam punya kan" alex gelak kecil sambil tunjuk badan aku atas bawah.

Siot! Laju je tangan aku cepuk mamat tu. "jom la masuk. Aku tak sabar nak kerja ni"

"ok ok. Jom" sekali lagi alex cuba pegang tangan aku.

"alex!" terjerit kecil aku. Laju aku geleng.

"sori sori. Tak sengaja" alex satukan dua tangan dia depan aku tanda minta maaf.

"tak pe jom la." aku ikut langkah alex masuk lif. Butang tingkat 4 ditekan.
___________

"ni tempat kau" alex tepuk sebuah meja tepi tingkap. Banyak meja meja pekerja kat situ and aku bakal jadi salah satunya.

"ni semua kerja kerani macam kau" adam tunjuk meja meja depan aku yang dah ramai orang duduk. Masing-masing khusyuk buat kerja tapi duk sibuk usha usha aku dengan alex. Dah asal!

"pejabat aku kat atas. Anything call okay" alex tunjuk isyarat tangan call kat telinga dia. Aku senyum dan angguk.

"ok. Nanti liza akan conduct kau. Aku naik dulu" alex angkat tangan dan blah naik lif. Nak pegi pejabat dia la kut.

Laju bontot aku duduk atas kerusi. Wah boleh pusing pusing kerusi ni do. Jakun jap. Hahaha,
Aku tepuk tepuk meja depan aku. Dah siap ade komputer dengan alat tulis. Bagus bagus.

"jai?"

Aku toleh pandang manusia depan aku. Eh? Ni kan perempuan yang tegur aku masa aku kerja cleaner kat sini kan? [bab 24] . Laju aku bangun dan senyum.

"hai.. Liza?" aku hulur tangan nak salam. Laju je perempuan manis tu sambut. Dia gelak kecil.

"awak ingat nama saya ke?" dia pandang aku.

Aku sengih. Sebenarnya aku tak ingat, dah alex yang bagitau tadi. Aku pun main sebut je la tak sangka betul pulak. Hehe.

"ok, encik alex suruh saya ajar awak. Macam ni, sebenarnya hari ni saya kena keluar jumpa clien tapi tak ape. Saya dah suruh kak shaza ajar awak. Kejap lagi dia datang. Saya kena pergi dulu sekarang ni bye" liza senyum pandang aku. Serius lawa perempuan tu. Haha
______________

Lebih kurang setengah jam aku duduk macam tunggul kat meja aku. Entah mana bayang kak shaza pun aku tak tahu la. Dah pukul 9. 30 pagi ni, takkan tak datang datang lagi. Masalah disiplin betul.

Hmm, laparlah.. Baik aku buat air kat pantry. Terus aku bangun. Beg aku tinggalkan atas meja. Pantry dia agak tersorok dan jauh sikit dari tempat aku.

Aku tengok pantry dia tak de la besar mana. Comel je. Cepat2 aku buat air nescafe, dah siap bancuh. Aku tatang cawan tu nak bawak pegi meja aku.

"mana budak ni?! Baru datang kerja dah buat hal! Menyusahkan aku betullah dah lah aku banyak lagi kerja nak buat!"

Dari jauh aku dengar orang memekak. Eh, asal perempuan tu duk hentak hentak meja aku? Laju aku lari pegi meja aku balik.

"hah! Ni pun kau! mana kau pegi hah?! Datang lewat! Baru kerja dah buat hal! Jangan sampai aku buat kau kena buang kerja!" perempuan tu jerkah depan muka aku.

Sial. Sape yang datang lambat sebenarnya ni.. Aku tarik nafas. Sabar jai. Dia perempuan, kau mesti tak nak kena cop jadi 'lelaki dayus' kat sini kan.

Tapi.. Ni bukan ke perempuan yang hina aku masa aku interview nak jadi cleaner haritu? Oh shit betullah dia.

"kau pandang ape hah?!" pompuan tu mencerlung pandang aku. Aku diam. Ni tengah tahan sabar ni.

"eh engkau banduan tu kan?! Macam mana kau dapat jadi kerani hah?! Kerja cleaner pun kau tak layak!" kuat suara pompuan tu jerit sampai semua orang kat tingkat empat tu tengok aku.

F*ck la perempuan ni. Kau nak marah aku marahlah asal nak jerit perkataan banduan tu kuat kuat. Aku pandang semua mata yang tengah tengok live show aku. Malu siot aku.

"nak sangat kerja sini kan? Takpe."
Perempuan tu pusing membelakangi aku  menghadap semua orang. "mulai hari ni. Korang semua boleh suruh si banduan ni buat kerja yang korang rasa banyak sangat tu. Jangan risau ni kira 'makanan free' untuk korang"

Bangang! Aku pandang tajam muka pompuan tu. Ei rambut karat ni aku tampar kang.

"kau boleh mula kerja sekarang" dia pandang sinis muka aku. Aku genggam penumbuk kiri aku kuat. Kawal jai. Kawal rasa marah tu.

"kak shaza" sorang lelaki tepuk bahu perempuan gila depan aku ni.

"eh syafiq. Kenapa you ni" tergedik gedik pompuan tu duk gesel geselkan bahu dia dengan lengan lelaki nama syafiq tu. Aku tahulah badan kau tu mantul lagi tapi agak agaklah ni ofis kot!

Ee bodoh dasar kucing liar! Mulai hari ni aku panggil kau kucing liar! Aku pandang je kucing liar depan aku ni. Ei, merenyam!

"betul ke lelaki ni banduan?" syafiq tunjuk aku. Kucing liar tu angguk sambil cover gelak ayu. F*ck la kau perempuan!

"kalau macam tu. Nah" syafiq hulur kertas A4 tebal kat aku. Hah? Nak buat ape ni?

"tolong photostat semua kertas ni. Aku nak setiap helaian ni mesti ade tiga salinan ok banduan" syafiq senyum pandang aku.

Aku hembus nafas panjang sambil gosok rambut aku. Aku yang nak kerja kat sini. So hadap jai.

"baik encik. Saya buat sekarang" terus aku blah dari situ. Sengaja aku langgar bahu syafiq dengan bahu kucing liar tu. Menjerit kucing liar tu kata aku raba dia. Ei, aku tak hadap la bodoh.
__________

Dari pukul 9 lebih tadi sampai nak dekat pukul 12 tengah hari. Tak habis habis aku buat kerja. Belum habis aku photostat kertas A4 tu aku dah kena buat kerja lain. Buat air lah, menaip la, semak ejaan la ape la sial lah!

Pap pap.. Bahu aku di tepuk. Aku yang tengah sibuk menonggeng kat bawah meja terus angkat kepala. Buk! Dahi aku cium bucu meja.

Shut! Argh!! Aku gosok dahi aku. Siapa yang tepuk aku tadi?

"eh saya minta maaf jai" liza ikut gosok dahi aku. Aku senyum hambar.

"tak pe, eh awak dah habis jumpa client ke" aku tolak pelan tangan liza dari sentuh aku.

Liza angguk. Dia berdiri tepi meja aku. "apa awak buat kat bawah meja tadi?"

"ah? Oh. Err nak pasang komputer. Wayar dia tercabut" aku gelak hambar. Penat siot hari ni..

"so macam mana first day? Seronok"

Aku pegang dahi aku. Benjol do. "hmm, okayla"
Pasrah jap.

"ok jom Lunch?" liza tarik tangan aku.

"sori Liz. Aku penat kau pegila" maleh dah nak awak saya. Ambik kau.

Liza tunjuk muncung. Aduh asal pompuan ni gedik gedik lak dengan aku ni.. Serabutla.

"ok la. Bye jai" liza kenyit mata. Tersentak terus aku. Berani gila. Kalau kau tahu aku ni perempuan konfem menyesal kau kenyit mata kat aku tadi.
_________

Tengah sedap aku lentok kat atas meja. Bum! Meja aku kena tepuk kuat. Terperanjat punya pasal, terus aku berdiri.

Bodoh alex! Alex dah gelak kuat tengok aku.
Haih.. Masam muka aku. Aku tengah penat ni, kang ade yang kena dengan aku kang.

"orang tengah lunch kau sibuk tido. Jom lunch" alex tersengih.

"tak nak" aku duduk balik atas kerusi.
"penat la"

Alex geleng perlahan. "biasalah hari pertama. Nanti lama lama kau okay la. Zoey dengan aman tak de hari ni, esok dorang mungkin masuk ofis"

Aku angguk lemah. Terus aku lentok balik kepala atas meja. Terlelap aku time tu jugak.

"jai kenapa dahi kau bengkak" alex sentuh dahi aku. Auch!

"janganlah" aku tolak tangan alex. Tak tahula time tu aku marah ke ape sebab aku ngantuk sangat.
_________

Aku tahan bengang. Bodoh la kucing liar ni! Dah berbakul aku maki kau ni. Ade ke patut dia suruh aku salin kertas tebal 20 mukasurat pakai tangan. Siot la.

Dah la tadi memekak sebab aku tido. Bende aku tido, ade lagi berbaki 10 minit sebelum habis waktu rehat tau tak.

Aku tengok jam kat tangan. Dah pukul 5 tepat. Yes! Waktu balik. Laju aku bangun. Kertas kerja aku tinggalkan macam tu je. Pandai pandai ah kucing liar tu buat sendiri.

Usai punch card, aku berlari pergi ke kereta alex kat tepi pintu utama syarikat. Mamat tu tengah rileks hisap rokok.

"Alex jom balik" aku tepuk bahu alex dan masuk ke tempat duduk penumpang belah pemandu.

Alex pandang aku. Laju tangan dia buang puntung rokok dan masuk dalam kereta. Vroom! Kereta bergerak laju tinggalkan kawasan syarikat.
______________

Pejam celik pejam celik dah 4 hari aku kerja kat syarikat Adam. Sepanjang empat hari ni jugak , aku dengan adam tak contact langsung. Mamat tu mungkin sibuk sangat sampai lupa aku ni.

Sedih jap huhu. Haha

Harini ni aku kena test baju pengantin. Adam dah send location kat alex. Tak masalahnya boleh je mesej kat aku tau. Ape masalah mamat tu?

Aku berdiri kat lobi syarikat. Tunggu alex, dasar lembap mamat ni. Kata Lunch ni nak bawak aku gi butik. Batang hidung pun tak nampak. Haih..

"jai!"

Aku pusing belakang. Aman, alex dengan zoey duk berlari lari anak datang kat aku. Aku senyum.

"korang berdua pun ade?"

"of course, kitaorang akan teman kau memandang kan adam takde" aman peluk bahu aku. Omaigod..

Aku gelak sambil tolak tangan aman. Berkerut dahi mamat tu. Alex tepuk bahu aman sambil geleng kepala. "adam punya"

Thanks alex. "so naik kereta siapa?"

"aku" aman keluarkan kunci kereta dari poket dia. Ok let's go jai.
_____________

Aku berdiri pandang diri sendiri kat depan cermin. Lawa siot aku. Hahaha puji diri sendiri.

Aku tolak langsir dan keluar. Aku tengok aman, zoey dengan alex dah terlopong tengok aku. Haha aku sengih.

"lawa tak?"

Laju dorang bertiga angguk. "cantik sial kau. Ish rugi adam tak nak datang" aman tumbuk tangan sendiri.

Tak nak datang? Aku tengok zoey dengan alex dah tepuk kuat bahu aman. Terus aman tutup mulut.

Aku senyum hambar. Terlepas cakap ke? Takpela. Dah okay la ni. Baju pengantin warna putih walaupun Adam tak datang aku rasa baju pengantin lelaki muat je dengan badan dia.

Aku masuk balik dalam fitting room dan tukar baju.
________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience