Malam.
Aku balik lewat harini sebab pergi lepak sekejap dengan alex. Well, Adam tak de kat rumah. Dia bagitahu aku yang malam ni dia tidur rumah family dia so, aku pun ok je la. Lantak hang la.
Aku campak beg atas katil. Bum! Aku lompat. Hahaha, seronok wei.. Tapi pasal esok..
Aku baring menghadap syiling. Baju kerja pun aku tak tukar lagi. Argh! Aku tutup mata. Aku tak percaya yang esok aku akan kawin! Like Seriously?! Hahaha.
Dress pengantin akan di hantar ke rumah ni esok pagi. Mak andam pun akan datang sini, uncle zaid dengan madam fatin pun akan datang sini jugak.
Dengan perut memboyot dia lagi, dah masuk 9 bulan do. Bila2 masa boleh due. Tak sabar pulak aku nak tengok baby madam..
Em, baik aku tukar baju sekarang. Nak mandi sejukla. Aku turun dari katil dan bukak almari. Sedikit sebanyak ade la jugak baju perempuan dalam almari aku ni.
Baju pajama bunga2 aku ambik dan aku sarung. Ok now time to sleep. Berdebar hati aku nak tunggu esok wei..
_____________________
Pagi Jumaat. [ Pernikahan Aku dan Adam.]
Aku bangun awal nak mampos hari ni. Dah la tido lewat tapi bangun awal. Huhu..
Aduh sakit pulak perut aku. Aku pegang perut. Ergh! Nak pegi toilet! Berlari aku masuk toilet kat sebelah bilik aku.
Beberapa minit kemudian..
Fuh... Aku usap perut sendiri. Time ni jugak nak buat hal. Apela.
Tuk tuk tuk...
Aku pandang pintu utama. Weh sekarang pukul berape do! Aku tengok jam kat dinding. Wtf?! 7.30 pagi?! Cepatnya masa berlalu.
"Melissa kamu ade kat dalam tak?" Suara uncle zaid kuat kat depan pintu.
Laju je aku bukak pintu. Aku sengih pandang uncle zaid, madam fatin and ade lagi tiga orang perempuan yang berdiri kat belakang sambil pegang dress aku dan barang2 ape tah aku pun tak tahu.
"come in"
"ok mel, now better you get ready. Mel nak nikah pukul 10 nanti tau tak." uncle zaid tarik tangan aku ikut dia pergi ruang tamu.
Eh eh, "err mel belum mandi lagi.." aku garu kepala.
"ya allah. Cepatla Melissa!" terus uncle zaid tolak badan aku.
Aku gelak. Nasib baik si faid tak datang kalau tak memang makan kaki aku ah citer dia. Ok mel, baik kau cepat pegi mandi. Sekali lagi aku berlari masuk bilik air. Hurgh!
___________________
Aku tiba di masjid gombak tepat pukul 9.45 pagi. Luaran memang aku tenang tapi kat dalam, rasa macam tengah marathon jantung aku ni.
"jom mel kita masuk. Pengantin lelaki dah sampai" Madam pegang tangan aku sambil senyum.
Aku just senyum tipis. Alahai.. Aku jalan perlahan lahan ikut langkah madam masuk dalam masjid.
Dari depan pintu masjid tu aku dah nampak Adam tengah duduk depan tok kadi. Aku telan air liur. Bapak hensem siot bakal suami aku, hahaha.
Madam fatin tolak perlahan badan aku suruh duduk. Aku pandang Adam yang duduk kat depan aku. Aku pegang dada.. Asal debar sangat ni..
Eh? Aku tak perasan pulak mama Adam duduk kat tepi aku. Dia senyum pandang aku. Aku pandang manusia manusia kat tepi Adam, nak cari papa dia sebenarnya. Wait, papa Adam elok je tengah tepuk tepuk bahu adam. Asal aku tak perasan tadi?
Tu la kau Melissa. Tak habis2 pandang Adam.
"Melissa," mama Adam pegang tangan aku. Hah, ni nape..
"mama terima Melissa jadi menantu mama seadanya. Pasal hari tu mama minta maaf ya sayang" mama Adam tiba tiba peluk aku. Kaku sekejap aku. Kenapa? Bukan dia marah aku ke sebab aku ni banduan? Aku angguk perlahan.
Oh, baru aku perasan alex, zoey dengan aman tengah duk tengok tengok aku. Hahah sori la tak perasan.
"ok kita mulakan." tok kadi depan Adam bersuara.
Aku tengok uncle zaid yang ambil alih tempat tok kadi dan duduk depan Adam. Jap, uncle yang jadi wali aku eh..
_____________
"Aku terima nikahnya, Melissa binti borhan dengan mas kahwinnya 800 ringgit tunai" dengan sekali lafaz aku dah sah jadi isteri Adam.
Tak berkelip aku pandang Adam. Aku mimpi ke ni... Aku pegang pipi aku. Ya Allah, aku menangis ke?! Cepat cepat aku lap. Malu do kalau Adam nampak.
Adam bangun dan melutut depan aku. Aku pandang madam. Madam senyum je. Halamak, sabar wei hati, laju laju nak pegi mana..
Adam tarik lembut tangan aku dan sarungkan cincin. Muka aku dah mula pucat. Aku cuba kawal pernafasan aku.
Cup.. Adam cium dahi aku lama. Spontan aku tutup mata. Buat pertama kali dalam hidup aku, ade orang cium aku.
"asal you nangis baby.." Adam bisik kat telinga aku sambil usap air mata kat pipi aku. Tersentak aku. Mamat ni jangan nak romantik sangat, aku dah nak terbang separuh nyawa ni..
"argh! Abang abang!!" madam fatin kat sebelah aku menjerit. Terperanjat aku dibuatnya. Nyaring siot.
Madam fatin dan terbaring berpeluh peluh sambil pegang perut dia. Laju aku bangun dan pangku kepala madam.
"ya allah sayang! Kenapa ni?!" uncle zaid gelabah. Kejap dia pegang perut madam kejap pegang muka.
Adu uncle ni! Aku tepuk dahi. Dah terang terang membe ni nak beranak la wei!
"uncle ni madam nak bersalin la!"
"hah?!" laju uncle angkat isteri dia masuk kereta nak pegi hospital. Habis kecoh majlis pernikahan aku.
Aku gelak dalam hati. Best jugak ade drama. Uncle dah pegi dulu hospital. Aduh, asal aku tak ikut sekali tadi? Aku garu kepala.
Sepasang tangan menjalar peluk bahu aku. Laju aku toleh tepi. Adam tengah pandang aku. Aiseh malu la pulak..
"asal" aku angkat kening.
"jom pergi hospital. Naik kereta aku" adam tarik tangan aku. Laju aku ikut. Aku memang nak pergi hospital pun.
Aku dengan adam jalan pergi ke kereta. Dengan baju pengantin nya. Hahah lantakla.
_____________
Sampai je hospital, aku dengan adam dah nampak uncle zaid duk ke hulu ke hilir sambil pegang kepala. Halah, nerves ler tu.
"asal uncle tak masuk sekali?" aku pandang uncle zaid. Ye la selalunya bapak masuk sekali dalam bilik bersalin kan? Entah, aku banyak tengok dalam drama je.
"uncle risau ni Melissa" uncle duduk atas kerusi. Muka dia nampak sangat riak bimbang.
Aku gigit bibir. Tak jawab pun soalan aku. Eleh, takut darah la tu.
"Adam, mama dengan papa kau mana? Datang tak?" aku toleh pandang Adam kat sebelah.
Dia angguk. Eh, baru aku perasan kami berdua tengah berpegangan tangan. Laju aku tarik tangan aku dan duduk sebelah uncle. Tangan aku tepuk tepuk bahu uncle zaid.
Adam duduk berhadapan dengan aku. Mata dia tu masalahnya.. Asyik nak renung aku je. Bapak rimas wei...
____________
Aku dengan Adam balik rumah dulu, uncle zaid suruh kitaorang tukar baju. Aku jeling Adam yang tengah memandu kat sebelah. Aiseh.. Muka still serius ke..
"tak payahlah curi curi pandang aku. Kalau nak tengok, tengok je. Aku dah sah jadi suami kau dah pun" adam bersuara.
Cepat2 aku pandang luar tingkap. Siot, kantoi lagi. Aku sembunyikan senyuman. Asal dengan aku ni... Takkan tu pun nak senyum?
"Adam, mama dengan papa kau dah terima aku ke? Sebab tu dorang datang majlis kita?" kalini aku pandang muka adam. Ala bukannya mamat tu nak pandang aku pun.
Adam toleh pandang aku sekilas. "aku anak dorang. Mestilah dorang kena datang, lagipun aman pun sokong aku. Rasanya tak ade kena mengena dengan kau kot" Adam senyum sinis.
Oh shet, aku ketap gigi. Jahat betul jawapan kau.
Mohon bersabar hati. Hu..
"ouh, lupa. Kita kawin sebab terpaksa kan?" aku jeling muka adam.
"aku tak tahu apa kau rasa tentang perkahwinan ni dan Aku tak rasa terpaksa pun sebab malam tu kau dengan aku yang rela nak buat so rasanya macam tak adil kalau aku kata aku terpaksa" Adam buat muka tak ade perasaan.
Wt?! Aku pandang muka Adam lama. Dia rela ke nikah dengan aku ni? Dan masa bila pulak aku merelakan diri malam tu? Aku tak sedar ape ape do.
"jap maksudnya kau.." aku gigit bibir. Aku nak tanya ape eh tadi?
Adam parkir kereta bawah bangunan apartment rumah. Terkebil kebil aku tengok dia keluar dari kereta.
"cepatlah" adam ketuk cermin belah aku.
Oh! Ei, asal khusyuk sangat aku tengok Adam tadi.. Cepat2 aku keluar ikut langkah Adam.
"adam tunggulah!" aku lari dan tarik baju pengantin Adam.
Terus Adam capai tangan aku bawak masuk lif. Masing-masing diam..
Ting.
Aku dan Adam keluar. Maigod wei! Adam still pegang tangan aku, sabar mel tolonglah tenang wahai jantung.
Adam bukak pintu dan terus masuk bilik tinggalkan aku. Tak kisahlah, baik aku tukar baju sekarang. Tak sabar aku nak lawat baby madam, yeay!
**********
Tuk tuk tuk..
Aku pandang pintu. Ya Allah, ape lagi si Adam ni. Aku nak tukar baju pun tak senang. Bodoh la baju ni dah la kembang setaman.
Pastu asal baju pengantin je mesti zip kat belakang. F*ck la, memang tak aku nak mintak tolong Adam bukak. Kau ingat ni citer ape.. Huh
Aku bukak kasar pintu bilik. "nak ape" monyok aku pandang adam.
"tolong aku bukak sampin ni" adam tunjuk sampin kat pinggang.
Halahai, aku geleng kepala. "meh sini" laju je tangan aku bukak. Susah jugak nak bukak, banyak sangat pin. Haiyo..
"ok setel" aku pandang adam kat depan aku. Mamat tu senyum. Haih.. Asal aku melting pulak ni... Ergh!
Jap, Asal aku rasa ade benda menjalar kat belakang aku ni.. Bulat mata aku pandang adam.
Tangan Adam tengah usap perlahan pinggang aku dan perlahan lahan naik ke leher. Terkebil kebil aku pandang dia. Serius Aku tak dapat bergerak sekarang ni.. Nafas aku sesak.
Adam dekatkan muka dia dengan telinga aku. Muka aku pucat. Gulp, adam aku tak rasa kau patut dekat dengan aku sekarang... Huhu..
Zrapp.. Zip baju belakang aku terbuka sampai pinggang.
Adam lepaskan badan aku dan gelak.
"rileks baby. Kau selamat, asal pucat sangat muka kau. Lagipun aku tak rasa tangan kau panjang untuk bukak zip ni sendiri. So welcome my baby" Adam kuis dagu aku dan blah.
Aku masih tercegat kat depan pintu. Err, siot la mamat ni. Laju aku masuk bilik. Nak tukar baju cepat2.
_____________
Hospital.
Aku gelak tengok uncle zaid dengan madam fatin. Sewit je pasangan ni. Tambah pulak dengan sorang baby lelaki. Comel gila wei.
Cuma satu, satu je masalahnya. Asal ade faid kat sini? Siot la. Aku dah la menyampah dengan mamat tu.
Si faid asyik renung muka aku macam nak telan. Asal kau hah? Nak gaduh ke.. Lantak la dia.
"uncle tahniah tau" sempat aku cium dahi baby.
Uncle zaid gelak. "uncle doakan mel cepat cepat dapat baby dengan Adam. Boleh lah baby uncle ni ade kawan"
Huh? Aku gelak hambar. Memang tak ah. Aku jeling muka Adam. Mamat tu boleh je rileks gelak.
Kau ingat lawak ke.. Dah la kitaorang baru je habis nikah.
Adam tolak bahu aku guna bahu dia. "nampaknya uncle tak sabar nak ade cucu" adam bisik kat telinga aku.
Aku senyum geram pandang Adam. Ni kalau takde orang memang aku dah belasah mamat ni. Gatal!
"ala, nak ade anak cepat cepat asal? Oh lupa korang kawin sebab terlanjur kan" faid cakap dengan nada sinis.
Aku senyum. Alamak, kau jeles ke do.
"aah, Melissa ni teringin sangat nak ade anak dengan aku. Aku tak sanggup pulak nak tolak sebab tu kitaorang buat awal awal" Adam jawab selamba.
Kepala hotak dia aku yang nak anak?! Bengong la Adam ni. Tapi boleh tahan jugak. Muka faid dah berubah jadi kelat. Hahahaha
"eh, pengantin baru pergila balik dulu. Korang mesti penat kan? Pegi balik. Esok boleh datang balik" uncle zaid senyum.
Ala.. Aku garu kepala. Tak puas lagi nak jumpa baby.. Em. Spontan aku cebik bibir.
"rileks baby. Nanti kita buat anak sendiri ok. Jom balik dulu eh" Adam pegang tangan aku. Uncle zaid dengan madam fatin dah gelak kuat.
Terus Aku pukul bahu adam. Memalukan betul la dia ni. Boleh je selamba cakap macam tu. Muka aku dah mula rasa panas.. Huhu..
"kitaorang balik dulu eh. Nak bagi anak uncle ade kawan pulak nanti" Adam gelak. Argh! Bengang nya aku!
Terus Adam tarik aku keluar dari wad. Sisa ketawa dia masih ade.
"lawak ke Adam. Kau ni memang sengaja nak malukan aku kan"
Adam senyum sinis. "ape salahnya? Dulu kau pernah tanya alex pasal benda ni kan? Sekarang kita dah halal. So why not aku ajar kau" adam angkat kening.
Terus Aku tarik tangan aku dan jalan tinggalkan Adam. Sakai lah! Eee! Sumpah aku geram sangat dengan adam sekarang ni.
_____________
Thanks for your komen. And mungkin bab baru yang meimei update tak masuk noti korang. Meimei pun kena benda yang sama btw thanks for enjoy my novel.
Share this novel