21

Romance Series 52271

"zamri dah mati"

Adam tersandar lemah kat tangki air. Baju mamat tu ade tompok tompok darah. Muka adam pucat sangat. Kayu besbol kat tangan dia, dia campak tepi aku. Itu kan kayu besbol aku?

Aku tutup mulut pandang adam dengan aman yang tengah berdiri depan aku. Sumpah aku tak percaya. Wtf?! Ape bende yang dorang cakap ni..

"jangan bergurau, tak kelakar bodoh" aku tahan debar.

Adam tarik nafas dan pandang aku. "polis on the way. Better kau bertiga blah. Zoey dah sampai kat port biasa, ape ape jadi ingat kita tak pernah kenal" adam cuba cakap dengan nada biasa. Padahal aku nampak tangan dia mengigil.

Aku pandang muka adam lama. Aku tengah mimpi ke? Zamri tak mati lagi kan.. Ni semua salah aku ke? Salah aku. Aku tengok alex macam tengah bertekak dengan aman dengan adam. Tapi aku tak dapat dengar macam aku ade dalam dunia aku sendiri.

Bibir aku rasa masin. Aku pegang pipi aku. Air? Aku menangis? Aku tengok adam yang tengah pandang aku.

"jai.."
"jai!" adam goncang badan aku.

Tersentak aku. Berkelip kelip mata aku pandang adam.

"kau kenapa ni? Kenapa kau menangis, cepatlah sial blah dari sini!" Adam kesat air mata kat pipi aku sebelum dia tolak badan aku pergi kat alex.

"bodoh! Kita boleh setel sama sama la. Tolonglah adam. Jom lari" alex pegang tangan adam. Laju adam rentap tangan dia.

"ni salah aku. Aku kena hadap benda ni lagipun ade orang nampak aku belasah zamri..tapi aku tak tahu dia nampak muka aku ke tak sebab aku pakai hoodie"

"bukak baju kau. Bagi kat aku" alex angguk laju. Dia pandang muka adam.

"kau nak buat ape"

"bagi jela bodoh!" alex tarik baju hoodie adam. Tersembul lah badan adam yang berketul ketul. Bodohlah sempat lagi aku ni..

"kau nak buat ape dengan hoodie ni Alex?" aku tarik hoodie tu dari tangan Alex. Tangan aku dah tercalit darah yang datang dari baju tu.

"aku nak buang. Aku.. Aku tak tahu. Aku takut sebab baju ni banyak sangat darah" alex telan air liur. Aku nampak muka Alex cuak.

Aman dah terdiam. Muka dia nampak macam orang putus harapan. Aku raup muka sendiri. Kenapa adam pukul zamri? Jap! No way.. Takkan sebab aku lagi..

Aku tarik bahu adam. "kau pukul zamri sebab aku ke adam?"

Adam geleng. "blah bodoh. Blah sekarang!" dia tolak badan aku, aman dengan alex pergi dari situ.

"adam.." buat pertama kali aku nampak aman menangis. Aku mula rasa serba salah yang teramat.. Jai, kau memang penghancur. Mak bapak kau mati pun sebab kau! Ahh siallah!

Bunyi siren polis kuat berbunyi dekat tingkat bawah.

Aku dah cuak. Adam dah terduduk atas lantai.
Aman dengan alex tarik tangan aku pergi jauh dari tempat tu. Aku yakin polis dah halfway nak naik atas.

Aku toleh belakang pandang adam. Air mata aku mula mengalir. Sial aku menangis.. Aku nampak bahu adam macam terhenjut henjut. Adam menangis ke.. Ya Allah jai. Ape kau dah buat ni?!

Kitaorang menyorok tepi stor tangga yang terperuk dan agak terpencil. Dari tepi tingkap yang dah rosak, aku usha tempat adam. Dalam samar samar aku nampak polis dah sampai.

Aku toleh pandang aman yang dah tersandar kat dinding. Alex pun dah termenung. Aku kena buat ape ni?! Sebab aku, adam kena tangkap. Aku kena fikirkan cara untuk selamat kan adam.. Aku pandang hoodie kat tangan aku. Ok aku tahu..

Perlahan-lahan aku bergerak keluar dari situ. Aku telan air liur.  Aku sarung baju hoodie adam kat badan aku. Aku harap ape yang aku buat ni betul..

"encik!" aku jerit kuat. Dalam masa yang sama tangan aku menggeletar. Aku nampak adam pandang aku tapi aku pura2 tak nampak. Keraskan hati jai. Come on.

"dia tak bersalah" aku tunjuk adam. "saya.. Saya yang bunuh zamri" aku tunjuk baju hoodie kat badan aku. Muka aku sehabis yakin aku tunjuk.

"berdiri kat situ! Kamu kenal ke dia ni" sorang polis berjambang pandang tajam muka aku. Aku nampak mata dia pandang darah kat hoodie aku. Nampaknya rancangan aku akan berjaya.

Aku gelak sinis. "saya tak kenal dia tapi saya yang umpan dia datang sini sebab saya nak jadikan dia kambing hitam. Tapi lelaki ni bodoh sangat! Takde function. Saya yang pukul zamri sebab sebelum ni dia belasah saya" aku tunjuk lebam kat muka aku.

"encik! Dia tipu!" adam mula meronta kuat. Terpaksa dua orang polis tahan badan adam dari meluru ke arah aku.

"saya tak tipu. Kayu besbol tu saya yang punya" aku tunjuk kayu besbol yang ade percikkan darah. Muka aku dah tak de perasaan dah.

"tahan dia"

Sorang polis lelaki dah grip tangan aku pakai gari. Sempat aku senyum kat adam sebelum aku dibawa pergi dari situ. Alex? Aman? Zoey? Aku tak tahu pasal dorang. Cuma aku harap ape yang aku buat ni berbaloi untuk selamatkan adam.

Lagi pun aku tak ade keluarga. So no hal la kalau aku jadi ex banduan pun kan? Hahaha. Sial! Aku tengah takut ni..
_____________

Dipendekkan cerita, aku disabitkan kesalahan dan kena duduk dalam penjara selama 2 tahun dan 2 bulan disebabkan dua kesalahan.

First, aku belasah zamri dengan niat cuba membunuh. Second, sebab zamri tak sempat mati. Yes, dia dapat diselamatkan walaupun kepala dia alami pendarahan yang teruk, Sebab tu aku dapat hukuman yang tak begitu berat. Ermm.

Adam.. Dia kena tahan reman selama seminggu je, Mungkin untuk disoal siasat. Nasib baik dia tak masuk penjara sekali dengan aku. Hahaha. Alex, zoey dengan aman. Sejak kejadian hari tu aku tak tahu ape jadi dengan dorang. No one, no one datang melawat aku kat penjara kecuali madam fatin sorang aje. Itu pun masa pertama kali aku jejakkan kaki masuk dalam ni.

Madam fatin cuma bagitahu aku yang uncle zaid iaitu pakcik aku sendiri sebenarnya dah jadi suami dia yang sah. Tak sangka, kecik betul dunia. Lantak la dah jodoh dorang. Cuma aku curious pasal faid dengan mak dia.. Dorang tau ke tak pasal ni?

Cakap punya cakap, hari ni merupakan hari terakhir aku duduk dalam sel ni. Walaupun tempat ni bau hapak tapi aku bersyukur sebab aku ade tempat tinggal dan tak kena 'bantai' dengan para gadis lesbian kat sini.

Tepat pukul 12 tengah hari kejap lagi aku akan keluar. Lagi 10 minit. Oh ya.. By the way.. Rambut aku dah panjang. So aku betul betul nampak macam perempuan sekarang ni. Don't worry, lepas aku keluar aku akan jadi jai balik. Jai rambut pendek.
___________

"Melissa bt borhan"

"saya" aku senyum. Saat yang selama ni aku tunggu. Finally boleh keluar!

"tahniah. Saya harap saya tak akan jumpa kamu lagi lepas ni kat sini" sarjan juwita. Sarjan perempuan yang paling baik aku pernah jumpa. Hahaha sebab dia yang tolong jaga aku dari para gadis songsang tu.

"saya janji. Terima kasih sarjan" aku tak salam tangan dia, aku terus peluk badan sarjan juwita.

"saya pergi dulu"

Aku tarik nafas segar lepas je aku jejakkan kaki keluar dari bilik berjeriji tu. Terseksa do duduk dalam. Tak bebas.

Sekarang aku dah bebas. Aku tengok kereta yang lalu lalang depan aku. Rindunya aku dengan suasana macam ni..

Ok jai. First aku nak pergi potong rambut. Chaw lu.
____________

Aku duduk termenung tepi longkang kat kedai cendol yang haritu tu kalau korang ingatlah.. Rambut dah setel. Aku dah potong macam rambut jai yang sebelum ni. Oh ye. Aku masih 'hensem', serius tak tipu.

Nasib baik duit aku dipulangkan semula. Tak delah banyak tapi cukup lah buat masa sekarang.

"cendol" semangkuk besar cendol diletak depan aku. Laju aku lahap. Bismillah memang tak de ah.

Lepas ni aku nak pergi mana? Memang tak aku nak balik rumah pakcik aku. Aku yakin aku telah dihalau tanpa aku sedar. So lebih baik aku cari tempat lain.

IPhone aku keluarkan dari poket. Nasib baik masih elok. Hahah. Tapi aku nak call sape? Adam? Aman? Alex? Ke zoey? Dorang ingat aku lagi ke masalahnya.. Serabut lah..

Tak pasal2 aku jadi gelandangan. Nampaknya malam ni aku tidur kat tepi jalan jela dulu. Tak pe, esok aku cari kerja. Aku boleh, aku bukan lemah. Aku nak habiskan cendol jap.
_______

Malam tu terpaksa aku tido kat kaki lima. Sedih do hidup aku sekarang. Kad bank aku aku tak tahu pergi mana dah.

Aku termenung pandang bumbung kedai. Esok aku macam mana eh? Aku terdesak la. Perlu ke aku balik rumah makcik aku? Aih. Nantilah aku fikir. Aku nak tido dulu okay bye.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience