Pagi.
Aku tersedar. Aku pegang kepala aku, rasa berat sangat. Perlahan-lahan aku bukak mata. Ergh! Silau..
Aku kat mana ni.. Aku pandang kiri kanan. Eh, Ni bukan bilik aku! Aku kat mana ni?! Terus aku duduk. Jap, ni oh bilik Adam.. Tapi, masalahnya ape yang aku buat kat sini?!
Nafas aku mula tak sekata. Aku pegang dada aku. Bulat mata aku. Kenapa aku dapat rasa kulit aku?! Laju mata aku pandang diri sendiri. Wtf?! Aku tanpa seutas benang?! Gila! Gila!!
Aku tengok baju aku yang dah bersepah atas lantai. Sial! Ape dah jadi semalam. Sumpah aku tak ingat ape ape.. Aku tahan rasa debar dalam hati.
Rileks jai.. Tanya Adam. Tanya Adam dulu.. Aku cari kelibat adam dalam bilik tapi dia takde. Pintu bilik dah ternganga luas.
Siot! Tolong la kata 'perkara' tu tak berlaku. Laju aku sarung baju dengan seluar dan keluar dari bilik. Aku tengok adam tengah santai bancuh air kat dapur. Dengan berboxer je tak pakai baju.
"adam! Kenapa.." aku tarik nafas dalam dalam. Aku pandang adam atas bawah. Asal mamat ni tak pakai baju?! Tak tak, nothing happen. Nothing happen. Please!
"kenapa aku ada dalam bilik kau" aku tanya dengan penuh sabar cuba tenangkan diri sendiri.
Adam diam dan pandang muka aku Lepastu sambung bancuh air dia. Dia buat tak endah je. F*ck! Aku benci betul la manusia macam ni!
"adam!" aku tolak bahu dia.
"bagitahu aku!" aku dah tak boleh tahan sabar dah ni. Makin geram aku pandang muka Adam.
"chill la. Kau ni bising la pagi pagi" adam tarik kerusi dan duduk. Rileks je dia minum air yang dia bancuh tadi.
"no! Kepala hotak kau! Bagitau aku ape yang jadi malam tadi adam!" mata aku dah mula merah tahan air mata. Aku ketap gigi kuat.
Adam diam. Dia renung mata aku lama. Aku cuba tahan air mata aku supaya tak jatuh depan Adam. No, aku tak nak nangis depan dia. Please otak dengar cakap tuan kau.
"the thing's that should happen between us, already happen last night" Tenang je Adam cakap.
Aku tersentak. Ape yang should happen?! There's nothing should happen between us stupid!
"ape yang kau cakap ni?!" aku pandang tajam muka adam.
Aku dapat rasa pipi aku dah basah tapi aku tak rasa pun aku menangis. Mungkin aku terlalu sedih, argh! Aku tak tahu!
"aku akan bertanggungjawab" adam lap air mata kat pipi aku. No! Aku tepis laju tangan dia.
"tak adam tak! Kau! Kenapa kau buat macam tu kat aku?!" aku pukul bahu adam kuat. Kalini aku dapat rasa air mata aku betul betul keluar.
Adam just biarkan aku pukul dia. Dia diam je. Kau rasa bersalah ke sekarang?! Huh?!
"malam tadi kau yang paksa aku" adam jeling sekilas muka aku dan sambung minum air.
Hah? Aku paksa dia? Aku dah keliru. Aku tak ingat ape ape.. Ape yang aku tahu aku pengsan, tu je.
"kau makan pil ape sampai kau jadi liar sangat malam tadi?" adam senyum sinis pandang aku.
Pil? Ya Allah, makin pening kepala otak aku.
"ouh, by the way. Thanks for the last night. Tak sangka kau masih virgin" adam selak rambut aku ke belakang telinga dan terus masuk bilik dia.
No! Aku terduduk atas lantai. Selama ni aku cuba jaga diri aku dan aku jadi 'lelaki' semata mata untuk selamatkan diri aku and now? It's all a Shit!
Tangan aku berpaut pada meja untuk bantu aku bangun. Laju aku lari masuk bilik dan kunci pintu. Aku duduk berteleku belakang pintu.
Macam mana kalau aku betul2 mengandung? Betul ke adam nak bertanggungjawab? Aku pegang kepala aku. Serabut la! Aku benci diri aku! Aku benci adam!
_______________
Aku kurung diri aku dalam bilik. Sumpah rasa jijik gila. Aku sebenarnya rasa nak menjerit tapi tak boleh.. Badan aku mula rasa lemah.
Aku tengok jam kat telefon. Dah pukul 10 pagi. Huh, lama jugak aku berkurung. Aku tak rasa lapar dah, aku rasa nak bunuh diri je sekarang ni.
Dari tadi air mata aku keluar. Bodoh la! Aku tak nak menangis sebab benda ni dah pun jadi, tapi still air mata aku keluar sendiri. Aku tarik nafas panjang.
Tuk tuk..
Aku diam. Aku buat tak dengar je cukuplah. Aku tak boleh tengok muka adam lagi dah.
Tuk tuk..
"aku ade bawak kunci spare kalau kau tak nak bukak" adam bunyikan kunci yang dia pegang kat depan pintu.
Ee! Menyampah betul aku! Aku turun katil dan bukak kasar pintu bilik aku. Mamat tu dah siap pakai baju kemeja nak pegi kerja. Boleh kau rileks je lepas ape yang berlaku? Dasar lelaki!
Aku jeling muka dia. Aku tak nak pandang muka kau gila!
"kau marah ke jai? Bengkak mata kau aku tengok" sinis muka adam pandang aku.
Ei, aku tahan sabar. Stop maki jai. Buat tambah dosa je nanti.
"kau nak ape" malas betul aku nak layan.
"minggu depan kita nikah, semua benda aku akan setelkan"
Nikah?! Seriuslah? Aku pandang muka adam tak percaya. "kau jangan main main"
"pasal pakcik kau aku sendiri yang akan jumpa." adam pandang mata aku. Berkerut dahi dia. Asal la pulak..
"kau tak payah la nak nangis teruk sangat. Anggap je perkahwinan ni sebagai tanda aku balas budi kau disebabkan kes dua tahun lepas, okay" adam senyum. Lebih kepada senyum mengejek kat aku sebenarnya.
"kau tak serius pun pasal benda ni adam. Ni bukan perkara main main tau tak!" aku mula rasa geram gile sekarang ni. Aku genggam kuat penumbuk kanan aku.
Adam gelak dan gelengkan kepala. Dia capai tangan aku yang tengah genggam penumbuk dan buka jari aku satu persatu. Adam dekatkan muka dia dengan telinga aku.
"i know but you don't have any choices Melissa" adam bisik kat telinga aku. Aku tergamam. Macam mana dia tahu nama aku..
"future wife, aku dah sediakan makanan. Jangan lupa makan okay. Manalah tahu ade baby dalam perut kau tu? Jangan bagi anak aku lapar tau. Bye aku pergi kerja dulu" adam gosok rambut aku dan terus keluar dari rumah.
Aku tutup mata. Air mata aku mengalir semula. Shit! Aku paling benci menangis. Terus aku masuk bilik. Aku nak tido dan aku harap ni semua hanya mimpi aku sahaja. Please lah, this is the worst dream ever!
___________
Dari pagi sampai malam aku duduk terperap dalam bilik. Fon aku off kan. Aku perlukan masa untuk diri sendiri sekarang ni.
Macam mana aku nak berhadapan dengan semua orang nanti? Alex, aman dengan zoey?
Stres lah!
Tuk tuk...
Again? Aku jeling pintu. Ketuk la sampai tercabut pun tak pe. Biar tak berpintu bilik aku terus.
"jai? Ni Alex" suara alex menyapa depan pintu bilik aku.
Hah? Alamak..
"bukalah kejap" alex ketuk pintu lagi.
Ergh! Aku tak suka betul la. Terus aku turun katil dan bukak pintu separuh. Tersembul muka alex, aman dengan zoey kat depan pintu. Aduh, ade pulak tiga ekor ni.
"em nak ape" aku angkat kepala.
"sini ikut aku, jom sembang kat depan" aman terus tarik tangan aku keluar pergi kat ruang tamu.
Aku redha jelah. Maleh nak cakap banyak.
"duduk" aman tolak perlahan badan aku duduk atas sofa. Dia senyum dengan zoey dan Alex ikut senyum pandang aku. Ni dah kenapa? Buang tabiat? Tampa sat gi baru tau.
"best do! Tak lama lagi Kau akan jadi kakak ipar aku jai" aman pegang tangan aku kerana terlalu excited sambil melompat lompat. Alex dengan zoey pun ikut melompat sekali.
Aku tercengang. Macam beruk kau tau tak.. Childish betul.
"eii, dah la tu" aku tarik tangan aku sambil aku usha pintu bilik adam. Terbuka.. Mana mamat tu pergi..
Sekejap. Aku pandang muka makhluk makhluk depan aku yang over excited ni. "korang tau ke aku kawin dengan adam sebab ape"
Terdiam semua. Alex angguk perlahan. Aman dengan zoey duduk sebelah aku. Ouh, tahu..
Malunya aku.. Em.
"ala rileks la jai. Adam nak bertanggungjawab tu kira ok ah, lagipun kau the first woman yang tidur dengan dia tau" aman angkat kening pandang aku.
Siot kau! Kau ingat aku nak bangga ke? Aku jeling muka aman. Aku first woman? Habis tu perempuan yang hari tu?
"first woman otak kau! Haritu masa adam mabuk, ade perempuan tido dalam bilik dia la"
"ouh yang tu" alex gelak.
"yang tu sebenarnya antara koleksi awek aman. Dia kacau aku time aku tido, terus aku halau dia suruh tido dalam bilik. Mungkin time tu bilik tetamu dah penuh kut" alex jeling muka aman. Muka aman rileks sehabis baik dia tunjuk.
"tu yang sesat tido bilik adam. Lagipun adam tak pernah tido dengan mana mana perempuan lagi, tapi macam kitaorang ni lain la. Special sikit" alex gelak kuat.
Aku buat muka jengkel. Special kepala hotak dia! Jadi maksudnya Adam masih suci lagi la sebelum ni.. Abistu semalam yang jadi tu.. Memang tak patut jadi la! Shet!
Aduh lapar la pulak perut aku.. Aku bangun dan masuk dapur. Rasanya ade makanan yang adam beli pagi tadi.
"jai.. Adam tak de tau. Dia keluar kejap" zoey jerit dari ruang tamu. Aduh mamat ni macam jauh jela dapur ni kau nak jerit.
"em.." aku malas nak cakap lelebih. Roti gardenia kat tangan aku ngap.
Aku still bengang pasal malam tadi. Sebenarnya ape yang jadi kat aku semalam? Kenapa badan aku panas? Adam ade cakap pasal pil.. Pil ape? Aku tak ingat pun aku ade ambik ape ape pil..
"hoi jai" alex tarik kuat hidung aku. Ee! Berkerut dahi aku tahan sakit.
"kau ni sakitlah bongok!" aku gosok hidung aku, rasanya hidung aku dah mula merah ni. Bengap la mamat ni.
Alex sengih dan duduk sebelah aku. "kau termenung ape do?" dia ambil satu roti dan sumbat dalam mulut.
"alex, aku nak tanya sesuatu.." aku pandang muka alex.
"semalam lepas kau blah anta aku, badan aku mula rasa panas. Rasa dia macam aku nak bukak je semua baju aku sebab terlalu panas. Kau rasa sebab ape?" aku betul betul nak tahu.
Alex diam. Muka dia macam tengah fikir sesuatu. "hah! Aku tau. Mungkin tu saka kau" alex gelak lagi.
"bodo bukan, aku mana ade benda tu bengong" aku tolak kepala alex. Siot la mamat ni. Aku tanya betul betul main2 pulak.
"sori sori.. Aku gurau je tapi berdasarkan simptom yang kau cakap tu.. Kebarangkalian besar itu pil perangsang" alex angkat kening pandang aku.
What?! Pil perangsang?! Aku.. Speechless. Masa bila pulak aku ambik pil macam tu? Aku tak bodoh nak rosakkan diri sendiri tau tak.. Aku raup muka sendiri.
"alex, Masa bila pulak aku ambik pil tu? Aku tak tahu pun bentuk pil tu macam mana.."
"naif nya kau ni. Memanglah kau tak pernah ambik pil tu tapi orang boleh je letak kat dalam misalnya makanan kau? Air yang kau minum?" alex geleng kepala pandang aku.
Jap jap jap.. Air?
"semalam aku minum air starbucks kan? Kita ade tinggalkan air tu kat sape sape ke?" aku ketuk perlahan kepala aku cuba ingat semula.
Oh ya baru aku ingat!
"aden!" serentak aku dengan alex cakap. Sial la mamat tu! Aku genggam penumbuk. Memang mampos mamat tu kalau aku jumpa!
"jai sabar dulu..kita tak tahu lagi betul ke tak dia yang letak.. Kan?" alex tepuk pelan bahu aku. Mata dia pandang penumbuk yang aku genggam.
Aku jeling muka mamat tu. Aku yakin aden yang letak. Berani dia nak kenakan aku..
Tak kisah la tu saudara kau ke tak, kalau aku jumpa dia memang aku layang penumbuk sulung kat muka dia!
Aku terus bangun dan blah masuk bilik. Aku stres dan pening. Better aku tido lagipun dah lewat malam dah ni. Aku tak kisah pasal korang lantak la kau sana.
Share this novel