1

Romance Series 52271

"JAI!"

Aku menoleh, berkerut kening aku memandang wajah lelaki mix memanggil aku.

"asal?"

"bilik kau kat atas sekali. Jom aku tunjuk kau" lelaki itu tersenyum manis. Dia mengambil beg roda yang berada di tangan aku.

"kau siapa?" aku bertanya pelik. Tiba2 je.

"ouh, nama aku alex. Kau pelajar yang lambat daftar satu sem tu kan?" alex menyuakan tangan untuk bersalam.

Aku memandang wajahnya lama. Perli ke apa? Aku tahulah aku sorang je yang daftar tengah malam buta ni.

"eh jangan marah." alex gelak. "sebenarnya aku ditugaskan untuk bawa kau masuk bilik kau"

Aku ikut tersenyum tipis. Rambut aku yang separa bahu aku tolak ke belakang. "terima kasih alex"

Alex mengangguk. Aku ikut langkahnya naik ke tingkat 3 asrama lelaki. Aku menghela nafas berat. So here we go..

Aku anak yatim tapi aku tinggal dengan sorang pakcik aku. Uncle zaid, kaya tapi sangat sibuk sampai dia tak kisah pun pasal aku.

Mak bapak aku pulak dah tak ada sejak aku bayi sebab kemalangan. Sayang betul aku sorang je yang terselamat, kalau tak mesti aku tak payah hadap hidup yang aku kena teruskan sekarang ni.

Aku terpaksa masuk kampus kat kuala lumpur ni sebab aku tak ada pilihan lain. Aku bukan budak bijak. Aku masuk pun sebab ni kampus swasta. Kampus untuk orang kaya. Kan boleh bayar..

Lagipun kampus ni jauh sikit dari rumah uncle aku. Isteri uncle zaid bukannya suka aku pun. Dia siap suruh aku jangan balik rumah lagi. Hahahaha kalau aku bagitahu uncle zaid, konfem aku yang merempat.

"Jai! Eh termenung pulak budak ni" alex menepuk bahu aku perlahan.

Aku tersentak. Tersengih aku pandang muka dia.

"ni bilik kau. Bilik 224 kan?" alex menunjuk pintu bilik yang tertutup rapat.

Aku mengangguk. Apa apa jela. Aku dah penat. Kunci aku keluarkan dari poket. Tombol pintu dipulas.

Aku masuk. Eh, ade orang. Aku tenung wajah lelaki yang sedang khusyuk baca buku atas katil. Hensem tapi baru masuk kampus do, takkan dah study?

"yang kau tenung muka aku ni dah apasal?" mamat atas katil tu pandang muka aku. Serius gila weh muka dia.

Cepat2 aku tarik beg aku bawa masuk. Bilik tu cukup untuk 2 orang. Tandas pon ade dalam bilik tu.

"thanks alex. Kau nak upah ke?" aku mengangkat kening memandang alex yang sedang setia berdiri di tepi pintu.

Alex menggeleng. "kau ni lelaki ke perempuan? Muka jambu gila" lelaki tu gelak.

Aku buat muka bengang. Siot betul!
"aku lelaki lah!" aku tumbuk bahu alex. Lelaki tu mengangkat tangan tanda surrender.

"okay2 sori, aku masuk bilik dulu ah. Bilik aku kat tingkat 2. Apa2 kau cari aku okay?" Alex bergerak pergi.

Aku tutup pintu. Almari baju aku bukak. Pergh! Berdebu. Terpaksa la aku kemas dulu sebelum tido.
__________

Okay. Nama aku Jai. Nama betul aku Melissa dan aku perempuan sebenarnya. Aku terpaksa pura pura jadi lelaki atas sebab tertentu. Hahaha!

Muka aku pun tak adalah nampak perempuan sangat. Lagipun aku hensem apa? Tapi aku tak minat perempuan. Aku still straight.

Sebab Aku jadi macam ni? Dulu, masa aku 16 tahun, aku pernah hampir kena rogol dengan abang tiri aku iaitu satu satunya anak tunggal uncle zaid. Aku sangat trauma. Bodoh kan?

Sejak dari situ. Aku potong rambut aku yang dulu panjang sampai pinggang. Aku ubah seratus peratus perwatakan dan penampilan aku kepada lelaki. Sebab tu aku masuk asrama lelaki.

Seperti aku katakan sebelum ni. Nobody cares about me. Aku hidup ke mati tu bukan masalah. Even aku masuk kampus ni pun, aku kena pergi sendiri naik teksi.

Dah la. Cukuplah pasal aku.
********

Aku baring kepenatan atas katil. Habis semua baju aku kemas. Penat.

Aduh! Aku lupa tukar baju. Hoodie di sebelah aku ambil dan masuk ke dalam tandas. Aku pakai bengkung kau tau tak? Hahahaha. Untuk ikat dada aku bagi tak timbul.

Walaupun aku kurus tapi sebagai perempuan. Memang dada dan punggung aku memang nampak, sebab tu I'm always wearing my hoodies yang besar gedabak.

Dalam almari aku. Hanya ade 2 helai je kemeja. Yang lain semua hoodies dan jersi.

Selesai tukar baju, aku keluar berjalan ke katil. Mamat tu masih khusyuk lagi baca buku. Entah buku apa dia baca.

"awal kau study?" aku tegur. Tak nak lah nampak sombong sangat.

Lelaki tu pandang muka aku dan terus tutup buku dia.

"kau ni perempuan ke?"

Berkerut kening aku. Nampak sangat ke? Aku terus geleng laju2.

Dia pandang badan aku atas bawah. "perempuan pun tak papan macam kau. Mungkin sebab muka kau jambu sangat"

Aku senyum. Baguslah kalau aku nampak papan. Itu yang aku nak.

"nama aku Jai" aku hulur tangan.

Dia angguk. "aku adam" huluran tangan aku disambut tapi muka dia berubah semacam.

"asal buat muka?"

Dia menggeleng. Tangan dia tarik kembali. "aku nak tido, tutup lampu"

Adam baring. Selimut ditarik sampai dada. Matanya di pejam rapat.

Aku tercengang. Awal siot dia tido. Aku layan kan a jelah. Lampu bilik aku tutup dan aku lompat atas katil aku yang bertentangan dengan katil adam. Selimut aku tarik sampai muka.
__________

Pagi. Aku tersedar dari tidur. Aku tengok Adam tengah bersiap. Cepat2 aku bangun dan mandi.

Hoodie hitam aku sarung ke badan. Rambut aku rapikan. Hensem, aku tak tipu. Aku angkut beg sandang jenama adidas dan keluar dari bilik. Adam dah keluar, mungkin masa aku mandi tadi.

Aku pandang pintu kelas aku. Perlahan-lahan aku tolak. Aku jenguk ke dalam. Okay, pensyarah tak masuk lagi. Cepat2 aku ambil tempat duduk.

Tak ramai lagi orang dalam kelas tu. Tapi ramai mata perempuan duk sibuk usha2 aku. Aku tersenyum tipis sendiri.

Pintu kelas dibuka luas. Aku nampak alex, adam dan 2 orang lelaki masuk.

"hai jai!" alex duduk sebelah aku. Aku just angkat kepala je.

Adam duduk jauh dari aku. Lagi 2 orang tu pun duduk lagi jauh ke belakang.

"weh! Hensem2 lah yang masuk kelas kita. Semangat aku nk belajar."

Aku toleh pandang ke arah kelompok perempuan. Kak, kuatnya awak cakap. Memang sengaja betul.

"jai, okay tak kau tido tadi?"

Aku cuma angguk.

"aku ade nasihat untuk kau. Muka macam kau. Tak selamat kalau sorang2 kat sini, lebih baik kau masuk geng" Alex pandang muka aku serius.

Aku diam. Hati aku dah cuak. "kenapa"

"tak semua budak lelaki kat sini minat perempuan. Aku takut kau jadi mangsa, tuje" alex berkata selamba.

Aku membeliakkan mata. Masalah lagi!

Baru aku nak bertanya lagi, pensyarah masuk. Terus aku terdiam.
___________

Pukul 12 tepat, kelas habis. Bosan aku duduk dalam kelas.

Aku jalan pergi ke kafe. Earphones aku tarik masuk dalam telinga. Lagu baru justin bieber aku pasang.

Tiba tiba tangan aku ditarik kuat. Tubuh aku diangkat entah nak bawa ke mana, bingung aku sekejap.

Pap! Badan aku dihempas atas lantai. Wtf? Aku kat mana? Aku pandang sekeliling. Aku kat belakang stor ke apa? Busuk siot bau.

"kau budak baru?"

Aku pandang lelaki depan aku. Ade 3 orang. Dorang nak apa pulak ni? Aku bangun.

"jawablah bodoh!" salah seorang lelaki gemuk tolak kepala aku kuat.

Sakit bodoh! Aku pandang tak puas hati.

"kau pandang apa? Kau tau tak dia ni ketua samseng kat sini?" kalini lelaki rambut kerinting pula yang berlagak depan aku. Dia tunjuk dekat mamat sado yang berdiri dekat tengah2 betul2 depan aku.

"tak, aku tak kenal" aku cuba jawab dengan nada biasa. Padahal aku dah kecut.

"kau jangan berlagak!" lelaki sado tu menjerit dekat telinga aku. Boleh pekak woi!

Perut aku ditumbuk beberapa kali. Perit dia! Ya allah! Hah! Baru ingat tuhan. Muka aku ditampar.

Aku tumbuk balik muka mamat sado tu. Memang aku balas balik serangan dorang semua. Peluang! Aku pantas lari laju nak balik ke bilik.

Sampai bilik aku dah pening. Habis berdarah baju aku. Mulut dengan hidung aku memang dah warna merah.

Aku terbaring atas katil. Aku pandang muka adam depan aku.

"kau asal sial?" adam tarik badan aku supaya duduk. Aku tergelak lemah.

"ade orang ajak gaduh" sempat aku bergurau. Aku lap darah kat hidung pakai tangan.

"diam"

Aku sekadar pandang adam lap muka aku yang penuh darah. Weh, sakit. Sumpah sakit. Aku perempuan kot. Tipu lah kalau aku tak rasa nak nangis tapi aku tak nak nangis depan adam.

Lepas je lap muka aku, adam suruh aku bangun dan mandi. Aku just ikutkan je.

Dalam bilik air aku tengok muka aku. Lebam, aku dah agak. Aku tengok badan aku, bukan lebam. Dah bengkak. Tadi sempat aku nangis. Haha

Nasib baik mamat siot tu tak tumbuk dada aku. Boleh semput.

Lepas mandi aku keluar. Kalini aku tak ikat kuat bengkung aku. Tak larat aku tahan sakit.

Aku tengok adam dah tak ada dalam bilik. Aku baring atas katil, cuba tutup mata.

Pintu bilik aku terbuka. Aku yang baru tidur2 ayam terjaga.

Aku nampak alex masuk. Aku senyum.
"kau buat apa kat sini?"

"nasib baik kau tak jadi makanan dorang. Kau okay tak ni?"

Aku angguk. "siapa dorang?"

"tu la, si zamri dengan geng dia. Acah samseng. Dia tak tahu sape samseng sebenar kat sini"

Alex cuba tarik zip hoodie aku. Terus aku tolak tangan dia. "kau buat apa siak?"

"nak tengok luka kau la?" alex pandang bingung kat aku.

"tak payah." aku geleng.
"aku nak tahu sape samseng sebenar kat sini"

"kau lek je. Dia tengah tolong kau setel dengan zamri sekarang ni" alex tersenyum.

Aku angkat kening tinggi. What? "kau biar betul?"

Bum! Pintu aku ditolak kuat. Terperanjat aku. Aku pandang sorang mamat tengah tarik rambut zamri a.k.a samseng tu dekat depan pintu.

Adam pula tengah tarik baju budak gemok. Lagi sorang lelaki tu tengah tarik rambut si kerinting.

"kenapa ni?" aku tergamam.

"ni budak yang pukul kau?" mamat yang tengah tarik rambut zamri tu pandang muka aku.

Lambat2 aku angguk.

Mamat tu senyum sinis. "ok" dia sepak belakang lutut zamri sampai lelaki tu melutut, muka lelaki tu ditumbuk beberapa kali.

Aku dah mula takut. Aku pandang adam. Lelaki tu pun tengah bantai mamat gemuk tu. Bapak ah badan kurus boleh tibai yang besar?

"eh dah!" aku pegang tangan mamat yang tengah tibai zamri. Dia tepis kasar. Muka aku dipandang tajam.

"dah ape bende?! Dia tumbuk kau separuh mati. Kau nak biar je ke?! Biar aku tunjuk sape samseng sebenar kat sini!" muka zamri ditumbuk kuat. Penuh darah depan pintu bilik aku.

Budak budak satu aras dengan aku semua keluar usha apa yang jadi. Tak de sorang pun berani masuk campur.

"tolonglah sudah! Kau nak bunuh dia ke" aku tahan tangan lelaki tu. Bapak garang lelaki ni..

Adam pandang aku selamba. Hati kering betul. Dah lunyai si gemok tu boleh pulak kau buat muka tak bersalah.

"sial! Kau minta maaf sekarang. Kau tau tak dia budak aku!" mamat tu tarik rambut zamri pandang aku.

Dahi aku Berkerut. Masa bila aku jadi budak dia?

"a.. Aku.. Min.. Ta maaf" terketar ketar suara zamri. Air mata lelaki tu jelas aku nampak mengalir.

Aku pulak tak sanggup tengok. "lepaskan dia, tolong lah!" aku pegang tangan zamri, cuba bantu dia berdiri.

"blah!" adam tepuk kepala si gemok dengan si kerinting. Laju 3 samseng celup tu lari.

Mamat garang tu masuk dan tolak badan aku sampai aku terjatuh atas katil.

"aduh" aku pegang pinggang aku. Dah asal pulak ni?

"kau nak tunjuk apa tadi? Hati kau suci ke apa?!" kepala aku ditolak kasar.

Aku tahan sabar. Mamat ni kang!

"aman!" adam tolak tubuh lelaki tu. Dia geleng perlahan.

Aman mendengus kasar. "dengar sini, aku ketua kat sini dan mulai sekarang kau budak aku. Aku tolong kau tadi sebab adam je tau" aman tunduk dan pandang muka aku tajam.

Aku pandang balik mata dia. Nak gaduh ke?

"aku tak tahu mana adam kutip kau. Tapi baik kau bersyukur sebab dia, aku tolong kau." aman berpeluk tubuh. Wajah aku ditatap lama.

"muka macam perempuan. Patutla kena belasah." aman gelak sinis dan berlalu keluar.

Adam cuma pandang. "ni zoey" dia tunjuk dekat sorang lelaki yang belasah si kerinting tadi.

Aku cuma terkebil kebil. Zoey angkat tangan dan keluar dari bilik.

"masalah kau dah setel jai. Sekarang kau boleh tidur lena. Jangan lupa letak ubat kat muka."
Alex senyum dan keluar.

Aku bingung. Asal creepy sangat? Aku pandang adam. "adam, siapa tadi tu?"

Adam duduk atas katil dia. "yang belasah zamri tu tadi aman."

Aku pegang kepala. Pening asyik kena tunjal.

"petang ni ikut aku. Aku nak bawa kau pergi tempat biasa" adam bangun.

Aku memandang pelik. "pergi mana?"

"ikut jela, gi tidur dulu" adam berlalu keluar dan menutup pintu.

Aku mengangkat bahu dan baring. Time to rest.
________

Share this novel

Suzila Bt Ahmad Sulikin
2021-05-03 07:51:13 

saya dah baca..sangat best...buat rasa x nak berhenti...tahniah...


NovelPlus Premium

The best ads free experience