22

Romance Series 52271

Awal pagi aku bangun sebab aku kena herdik dengan tokey kedai kat situ. Siot la, tumpang tido pun tak boleh.

Aku takde tujuan sekarang ni. Terpaksa aku balik rumah pakcik aku. Aku harap faid dengan auntie zara tak de la kat rumah. Kang tak habis2 nak cari gaduh dengan aku.
__________

Aku berdiri depan pintu pagar. Aku tarik nafas dalam2 sebelum aku tekan loceng. Kumpul kekuatan dulu..

Ting tong...

Pintu pagar terbuka. Aku nampak mak tom kelam kabut keluar. Hehe panjang umur mak tom eh.

"mak tom"

Bulat mata orang tua tu pandang aku. "Melissa! Ya allah! Mel" tubuh aku di dakap erat. Em, rindu sangat orang tua ni dengan aku..

"mak tom sihat?" aku sengih. Laju mak tom angguk. Dia usap rambut aku.

"dah 2 tahun lebih mel tak jumpa mak tom. Mak tom rindu sangat dengan kamu" aku tengok mata orang tua tu berair. Alamak.. Sedih la pulak dah..

"ala, sekejap je 2 tahun tu. Kan mel dah balik? Jom masuk" aku pulak yang ajak mak tom masuk. Aku nak masuk bilik aku dan mandi.

"ha yela jom." mak tom tarik tangan aku masuk rumah.
_______
Nasib baik auntie zara dengan faid awal2 pagi buta dah keluar rumah. Lega hati dengan mata aku. Hahaha

Aku pandang setiap inci ruang bilik aku. Aku dah siap mandi dan dah siap berkemas. Beg bagasi aku, aku dah bungkus semua barang2 aku nak blah dari rumah ni.

Aku jumpa kad bank yang aku simpan selama ni. Kira macam menabung la.. Boleh tahan la banyak. Aku dah ready nak blah dan mulakan hidup baru.

"mak tom, Saya pergi dulu la. Terima kasih sebab selalu baik dengan mel" tubuh orang tua tu aku pulak yang peluk.

Mak tom angguk. "mel, jaga diri. Pasal uncle, mak tom tak tahu sangat tapi ni.." mak tom hulur kat aku kertas kecik. Ape pulak ni? Surat cinta ke?

Alamat? "ni sape punya alamat?"

"uncle kamu la. Rumah baru dia dengan isteri baru dia. Kamu pegi jumpa dia harini tau mel" beria ria mak tom cakap kat aku. Aku garu kepala. Ala.. Asal lak..

"oh ya. faid dengan mak dia dah tahu ke uncle kawin lain?"

Mak tom geleng. "lagi satu, mak tom nak minta maaf sebab tak dapat melawat kamu selama ni.. Auntie kamu ugut nak buang mak tom kalau mak tom berdegil nak jumpa kamu" sedih aku tengok muka mak tom. Bahu orang tua tu aku tepuk perlahan.

"rileks ah mak tom. Mel dah biasa. Lagipun selama ni mel selalu sorang sorang kan?" aku gelak. Hambarnya kamu..

"amboi! Ape pulak banduan sial ni buat dalam rumah aku?!"

Serentak aku dengan mak tom pusing pandang pintu utama ruang tamu. Alamak.. Asal pulak Singa ni dah balik. Bukan masih awal pagi ke?

"hoi mel! Ape yang kau buat kat sini hah?! Bodo bekas banduan! Nasib baik tak mati anak orang kau kerjakan" auntie zara menyinga pandang aku. Buk! Dia campak beg tangan dia kat muka aku.

Sakit do. Dahlah keras beg dia. Jenama crocodile dasar manusia tak de hati perut! Aku pandang bengang.

"saya ambik barang saya nak blah dari rumah ni la. Panas!" sengaja aku kuatkan suara aku. Biar terbakar hati singa tu.

"aku tak paham betullah manusia macam kau ni! Tak tahu malu betul. Beraninya kau datang sini kan? Hah! Mak tom! Mak tom yang bagi dia masuk kan?!" tinggi suara auntie zara menjerit. Adui, boleh runtuh rumah banglo ni la..

Aku tutup telinga. "tak penat ke memekak je" selamba aku cakap depan auntie zara. Sori ah, rasa hormat aku dah hilang lama sejak dia tuduh aku goda anak dia. Sial.

"kau ni kurang ajar kan?!" pang! Muka aku kena lempang. Aduh! Bapak ah pompuan ni! Bengong! Aku pandang tajam muka auntie zara. Ei, kalau ikutkan hati aku ni..

"ape? Tak puas hati dengan aku? Hah pukul lah aku biar aku call polis lepas tu kau kena tangkap lagi sekali dasar manusia tak guna! " nyaring suara auntie zara gelak. Melampau betul singa ni tau tak..

Mak tom geleng kepala pandang aku. Dia tunjuk isyarat suruh aku keluar. Aku tarik nafas cuba sabarkan hati.

Laju aku langkah keluar dengan bagasi aku. Mampos kau ah nak memekak sensorang.

"banduan sial!!!"

Aku senyum sendiri depan pintu pagar. Kuat betul singa tu mengaum.
________

Aku tenung alamat kat tangan aku. Betul ke ni rumah dia ni.. Aku pandang rumah banglo yang terlajak besar depan aku. Lagi besar dari rumah dulu, memang dah plan nak anak ramai ke ape..

Tapi betul ke ni rumah uncle zaid? Aduh, maleh betul aku nak masuk la..

"cik?"

Aku toleh pandang pondok guard kat yang ade kat dalam kawasan rumah tu. Walaweh, siap ade guard. Tak perasan pulak tadi.

Aku senyum. "oh hai"

"cik cari siapa?" pakcik bermisai tu senyum pandang aku.

"err.." aku garu kepala. "uncle zaid ade?"

Berkerut dahi pengawal tu pandang aku. "tuan zaid? Cik ni siapa?"

"Mel.. Melissa" aku senyum hambar. Takpe, pakcik aku tak kenal aku dengan panggilan jai.

"ouh cik Melissa, sila masuk." dia bukak pintu pagar kecil bagi aku masuk. Siap tolong tarik bagasi aku lagi.

"tuan ade bagitau yang cik Melissa nak datang. Jemput la masuk. Tuan zaid ade kat dalam" aku jeling tag nama kat baju pakcik tu. Ouh, hamid nama dia.

Aku sengih. "thanks pak hamid. Biar saya bawak sendiri" aku ambik bagasi dan tarik masuk dalam rumah.

Bapak lawa weh! Berpusing aku tengok sekeliling ruang tamu. Macam istana, untung betul madam fatin.

"jai?"

Aku berhenti. Pening pulak kepala aku.. Aku tengok madam fatin tengah senyum pandang aku.

"hai madam" wow, dah ade baby bump do. Hehe comel aku tengok perut madam.

"jom duduk" dengan perut memboyot dia jalan. Macam penguin pun ade. Aku senyum.

Aku duduk atas sofa tepi madam fatin. Tak habis habis madam tenung muka aku. Dah kenapa?

"jai sihat ke?"

Aku angguk. Macam takde topik je nak bual..

"tak sangka kamu ni perempuan sebenarnya, patut la buat tak tahu je dengan saya.." madam gelak.

Aku ikut gelak hambar. Ai, takkan tak habis lagi pasal tu..

"err dah berapa bulan ni madam?" aku tunjuk perut dia. Madam senyum. Asal berseri sangat muka madam aku tengok? Hahaha mungkin seri orang mengandung kot.

"lapan bulan dah. Jai.." madam pegang bahu aku. Muka dia macam sedih aku tengok. Dah nape pulak ni?

"saya mintak maaf sebab dah lama tak lawat kamu sejak hari tu.. Saya.."

"ok ok. Madam dah" aku angkat tangan paras bahu. Stop there, aku dah penat dengar alasan. Ramai orang baik dengan aku tapi semua hilang bila aku dalam kesusahan. Sokay, aku dah biasa.

Aku senyum. "tak payah cakap pasal benda yang dah lepas. Kita di masa hadapan sekarang"

Madam fatin senyum hambar. "tapi saya betul2 minta maaf"

Aku angguk. Ye kan jela. Dah la madam tengah mengandung.

Pap! Bahu aku di tepuk perlahan. Laju aku toleh. Maigod! Uncle zaid! Aku bangun dan spontan peluk tubuh orang tua depan aku ni. Rindu do! Uncle pun takde la tua sangat. Dalam 40 an macam tu umurnya.

"uncle lama tak jumpa" aku tepuk bahu uncle zaid sambil gelak. Cover malu sebenarnya tetiba peluk dia tadi.

Uncle zaid senyum. Dia cium dahi aku, Alolo sweet nya. Kang pengsan madam kang.

"dah keluar ni, kamu nak buat ape sekarang ni mel?" uncle zaid duduk berhadapan dengan aku.

Aku angkat kening. Aku tak fikir pun lagi sebenarnya..

"saya nak cari rumah sewa dululah"

"rumah ape jai? Ni la rumah kamu" madam fatin tarik muka aku pandang dia. Beria ria dia yakinkan aku untuk tinggal kat situ. Aduh la mak buyung ni..

Aku tengok dahi uncle zaid berkerut pandang aku. "jai? Siapa jai?"

Aku tunjuk diri aku. Maleh nak cakap banyak. Uncle zaid geleng perlahan.

"nama Melissa kan sedap kenapa tukar?"

"jadi perempuan hidup sorang2 susah la uncle. Tu yang tukar nama tu" selamba aku menjawab. Riak muka uncle macam berubah sikit tapi ade aku kisah. Lantak la.

"mel masih marahkan uncle ke" perlahan je suara uncle zaid tanya aku. Aku geleng. Mana ade marah..

"mel dah makan ke?" uncle zaid bangun.

"jai la uncle bukan mel" aku sebut kuat nama samaran aku.

"yela yela jai. Tinggal je sini dengan uncle. Biar uncle jaga jai pulak lepas ni" uncle zaid tarik tangan aku pegi meja makan.

Em, ni yang aku tunggu dari tadi ni. Aku senyum lebar. Kalau pasal makanan memang aku tak tolak.
_____________

Tengah syok aku melahap makanan, aku nampak faid duduk depan meja aku. Wtf?! Tersedak aku terus.

Air air!! Pedas tekak aku!

Laju aku teguk air suam tepi aku sampai habis. Aku pandang muka faid tak berkelip. Ape pulak malaun ni buat kat sini? Dia tau ke uncle zaid dah kawin lain..

Faid gelak kecil. "mel terperanjat ke jumpa abang?"

Ee, geli nya aku dengar. Aku buat buat tak dengar. Aku toleh pandang uncle zaid.

"ape dia buat kat sini uncle"

"oh faid tahu uncle kawin dengan fatin. Cuma auntie kamu je yang tak tahu lagi" uncle zaid senyum sambil pegang tangan madam fatin.

Aduila orang tua ni.. Aku tengah tak sedap hati ni. Boleh pulak nak bersemut kat sini. "kalau macam tu jai tak jadila tinggal sini"

"no, jai kena tinggal sini. Uncle dah janji nak jaga jai kan?" uncle zaid geleng pandang aku.

Faid senyum. "boleh la kita bersembang kan mel? Lama kita tak borak. Abang rindu dengan mel"

Ya allah! Aku rasa nak sepak je mamat depan aku ni. Aku buat muka menyampah. Mampos kau la.

"jai tak suka abang faid ke?" uncle tanya soalan maut kat aku. Dia pandang lama muka aku.

Aku gelak. Ni baru nama dia peluang. "betul, jai memang tak suka dia LANGSUNG" aku angkat kening pandang muka faid.

Riak muka lelaki tu berubah. Terkejut la tu sebab aku seberani ini bercakap depan bapak dia. Hahaha aku bukan lemah la bodoh!

Uncle zaid tarik nafas panjang. "tapi kenapa? Ok macam ni, jai tinggal sini dulu. Kalau tak selesa baru jai keluar okay?" uncle pandang mata aku sambil anggukkan kepala.

Em, ni buat aku serba salah ni. "yela.." sekali lagi aku terpaksa mengalah. Benci betullah!

Aku pandang faid depan aku. "kau tak marah ke uncle kawin lain" direct aku tanya. Aku memang nak tahu.

Faid gelak lagi. Ee, buruk siot kau gelak. "ala ape salahnya? Lelaki kan boleh kawin empat lainlah perempuan. Berkawan dengan empat orang lelaki boleh tapi kena kawin dengan sorang Je" faid pandang sinis muka aku.

Shit! Sempat lagi perli aku. "ye ke? Kalau macam tu, kau kawin la cepat2. Aku rasa kau mesti dah tak boleh beza benda yang haram dengan halal kan?" ambik kau!

Muka uncle zaid dengan madam fatin berubah pandang aku dengan faid. Faid pandang tajam muka aku. Aku senyum mengejek.

"ape yang korang gaduhkan ni? Dah la tu" Suara uncle zaid meninggi. Aku malas nak layan terus aku bangun dan tarik bagasi aku naik bilik. Ala aku rembat jela bilik yang mana mana pun. Belambak bilik dalam rumah ni.
__________

Petang. Aku pandang jam kat dinding bilik, erm dah pukul 5. Dari tadi aku tido. Hahaha

Esok aku nak cari kerja. Aku malas nak duduk lama dalam rumah ni lagi lagi bila si faid tu tinggal sekali dengan aku.

Tuk tuk..

Aku pandang pintu. Siapa pulak ni?

Tuk tuk..

Aku turun katil. Tombol pintu aku pulas perlahan sambil aku jengah kan kepala. Eh madam fatin rupanya..

"masuk la" aku buka pintu luas. Madam senyum dan masuk dalam bilik aku. Laju aku kunci pintu balik, takut ade 'lalat' besar masuk.

"ade ape madam nak jumpa saya?" aku duduk sebelah madam fatin atas katil.

"kamu nak tahu tak pasal kawan kawan kamu lepas ape yang jadi haritu? " madam pandang muka aku. Aku terdiam.

"kenapa madam?"

"macam ni.. Sebenarnya, lepas je kamu kena tangkap hari tu.. Semua kawan kawan kamu berhenti dari kolej. Saya tak tahu dorang pergi mana tapi ade khabar angin kata dorang berempat pindah ke luar negara."

Aku termenung sekejap. Pindah luar negara?

"tapi saya tak tahu la betul ke tak. Jai, ni alamat kalau kalau kamu nak cari kerja. Saya dapat dari tempat kerja uncle kamu" madam fatin hulur kertas putih kecik kat aku.

Aku ambik. Adui, cari alamat lagi. Baik aku kerja posmen.

"ni alamat syarikat siapa?" aku angkat kening pandang madam.

"syarikat induk pakcik kamu la. Syarikat yang paling besar. Kamu kerja kat situ, saya dengar dia nak cari tukang cuci. Kamu okay ke?"

Laju aku angguk. Finally! Hahaha. Dapat jugak kerja. Tak sabar aku nak blah dari rumah ni. Thanks madam. Aku peluk mak buyung tepi aku.

"saya keluar dulu ye" madam fatin bangun dan keluar. Lepas je madam fatin blah, aku lompat naik atas katil. Aku senyum lebar. Gembira weh..

Eh jap, masalahnya ade ke orang nak ambik ex banduan macam aku ni? Aduh! Bala lagi..
-----------------

Share this novel

Aliyya Nasriah
2020-01-27 10:47:46 

best la teruskan yg terbaik


NovelPlus Premium

The best ads free experience