23

Romance Series 52271

Malam.

Tengah syok aku tido, pintu aku diketuk. Kalini macam nak roboh pun ade. Aku usha jam, siallah pukul 3 pagi kejut aku. Ape bende do..

Tuk tuk tuk... Kuat pintu aku diketuk.

Siot betul, tak reti sabar! Aku bukak besar pintu dengan muka bengang. Faid?! Setan! Laju aku tutup balik pintu tapi faid sempat masuk. Dengan baik hati mamat tu tolong kuncikan pintu bilik aku. F*ck.

Aku pandang tajam muka faid. "kau buat ape dalam bilik aku? Keluar sekarang!" aku tunjuk pintu. Berapi badan aku sekarang ni, sesedap rasa je masuk bilik orang.

"ala.. Abang rindu mel lah" faid tiba tiba tarik tangan aku dan peluk badan aku kuat. Siot la! Sesak nafas aku. Laju tangan Aku tolak badan mamat tu ke belakang. Nak mampos ke?!

Faid senyum sinis. "eleh, tak luak pun la kalau aku sentuh kau. Kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat dengan kawan kawan lelaki kau tu? Siap duduk sebilik lagi" dia pandang jijik muka aku.

Aku tunjuk muka tak kesah. "dah tu ape kaitan dengan kau?" gile!

Faid naikkan hujung bibir. "apa kata bagi aku 'rasa' kau pulak? Aku dah lama tunggu peluang ni" faid tolak kuat badan aku atas katil.

Maigod! Aku nak minta tolong sape kalini?!
Faid senyum sinis pandang aku. Bapak seram siut muka dia..

"kau dekat, aku jerit" aku balas pandangan mata faid. Kau ingat aku takut?! Sambil tu aku undurkan badan aku ke belakang.

"jerit? Kau takkan mampu" faid tangkap kaki aku. Bapak ah! Aku sepak badan faid kuat dan berlari keluar dari bilik.

Nafas aku bercelaru. Aku pegang dada aku. Mana aku nak nyorok ni?! Oh! Dapur dapur. Laju aku lari pergi dapur. Aku nyorok dalam tandas dan aku kunci rapat2.

"mel~~"

Aku tutup telinga. Asal do? Macam psiko pun ade mamat ni.. Aku dengar derapan telapak kaki berhenti depan pintu tandas. Aku telan air liur pahit. Takut weh.. Huhu.. Aku betul betul takut kali ni.

"mel sayang.. Apa kata kau jadi perempuan simpanan aku? Banduan macam kau tak boleh terbang tinggi sangat. Tak laku." Bum! Pintu tandas diketuk kuat bertalu talu. Bergegar pintu tu..

Aku duduk berteleku atas lantai. Nasib baik tak basah, mungkin tak de orang guna tandas ni. Si faid masih menggila kat luar tandas. Macam mana la aku nak lari ni?

"blah setan!" aku jerit kuat. Aku dapat dengar faid gelak kuat. Ape yang kelakar bodoh!

"aku bagi kau pilihan, keluar dari rumah ni esok atau aku akan pastikan kau jadi mangsa aku sampai aku puas" seram aku dengar suara faid. Mamat ni dah kenapa do..

Nampaknya aku kena tinggal dalam tandas ni sampai esok pagi. Terpaksa lah aku lepak dengan setan kat dalam tandas ni. Ah lantak la, janji aku selamat.
_____________

Aku tarik beg bagasi aku berdiri depan pintu masuk utama syarikat besar yang madam kasi aku semalam. Awal pagi weh aku blah keluar dari rumah.

Tak sanggup aku nak hadap si faid tu lagi. Uncle zaid dengan madam fatin pun aku tak jumpa. Tak pela, dah memang nasib aku. Tetiba pasrah kejap..

Aih? Pukul berapa sebenarnya syarikat ni bukak? Takkan aku nak tunggu sampai pukul 10 pagi. Dari jauh aku nampak sorang makcik datang ke arah aku.

"anak? Kenapa duduk depan pintu bangunan ni? Nanti bos besar datang kamu kena halau tau"
Makcik tu pandang aku dengan beg yang tengah aku pegang.

Aku sengih. "saya cari kerja sebenarnya. Erm saya dengar kat sini nak pakai cleaner kan"

Makcik tu pandang aku atas bawah. Lambat2 dia angguk. "nama kamu siapa"

"jai" aku senyum.

"ok, nama acik, rozana. kita try dulu sehari kalau okay acik akan aturkan kamu kerja ye. Sekarang ikut acik masuk ikut pintu belakang. Simpan beg kat sana dulu" acik rozana tunjuk jalan belakang. Aku ikut je sambil tarik beg aku. Takpela janji aku dapat kerja.
______________

Fuh.. Nak dekat satu jam aku mengemop lantai aras satu. Bapak besar siot tempat ni. Dah la ade 8 tingkat semuanya. Pengsan aku kalau macam ni..

Dahlah aku kena pakai baju khas cleaner, warna merah terang pulak tu. Malu we.. Dari jauh dah nampak.

"jai?"

Aku toleh pandang acik rozana yang tengah lap tingkap. Aku senyum hambar.

"nape cik"

"ok tak tu? Kejap lagi pukul 8 semua orang masuk kerja. Kita kena buat kerja cepat cepat. Kamu mop sampai tingkat 2 je, tingkat lain ade cleaner lain yang buat." acik rozana senyum pandang aku.

Serius lah?! Laju aku sengih. Fuhhhhh, nasib baik ade cleaner lain. Harap aku sorang memang aku surrender awal2.
_________

Tepat pukul 8, aku tengok ramai orang pejabat dah mula masuk kat pejabat masing-masing. Tinggal sikit je lagi tempat yang aku nak mop. Lepas ni aku boleh rehat dah..

"eh? Cleaner baru ke"

Aku toleh pandang sorang perempuan manis depan aku. Aku senyum dan angguk. Ade jugak yang perasan eh..

"siapa nama?" perempuan bertudung tu tatap lama muka aku. Aip! Jaga mata. Haha

"jai" aku senyum tipis.

"oh, saya liza." dia hulur tangan. Aku sambut Lepastu cepat cepat aku sambung kerja. Aku lapar dah ni. Tak makan ape ape pun dari tadi..

"hensem la awak. Err saya pegi dulu" laju liza blah dari situ. Eleh malulah tu. Aku tahan gelak, sori do jangan jatuh hati dengan aku sudahlah.

                                     ???????

Lepas siap kemas, laju aku jalan pergi kafe kat luar bangunan. Rasanya cafe tu pun under syarikat besar ni kot?

Aku duduk kat tepi akuarium ikan. Cantik kafe ni, antik dan moden. Nasi lemak depan aku aku lahap laju.

Tiba2 mata aku terhenti kat depan pintu kafe yang terletak bertentangan dengan meja aku. Ade empat orang lelaki pakai kemeja kot tengah masuk. Eh jap, Tu bukan ke..

Alex, aman, adam dengan zoey tengah syok bersembang sambil jalan ke arah aku. Gile! Gile betul! Banyak2 tempat asal jumpa kat sini jugak?!

Aku tutup muka separuh, aku nampak dorang duduk kat meja belakang aku. Aduh! Baik aku blah sekarang..

Perlahan-lahan aku bangun. Aku telan air liur. Laju je kaki aku berlari keluar dari kafe.

Keluar je dari pintu kafe, Aku tarik nafas lega. Malu la nak jumpa dorang, at least aku nampak yang semua kawan aku dah berjaya. Aku pun tumpang gembira. Acah baik do aku ni..

"jai" acik rozana tepuk bahu aku. Terperanjat aku la orang tua ni.. Entah dari mana dia datang pun aku tak perasan.

"pergi rehat dulu kat stor. Pukul 9.30 karang naik tingkat 5. Ade temuduga"

Aku angguk. Ape ape jela, Alang2 nak tunggu temuduga tu baik aku tido. Sekarang baru pukul 9 tepat. Teruk betul aku ni kan? Hahaha ape ape jela.
_____________

Aku ketuk pintu pejabat perlahan. Kenapa aku kena naik atas? Aku rasa aku mintak kerja cleaner je bukan kerani tau..

"masuk"

Aku masuk. Aku tengok sorang perempuan tengah pandang tajam muka aku. Pantas bibir aku mengukir senyuman.

"lebih baik kamu tak payah duduk. Sekarang ni kamu nak kerja sini kan? Tapi mengikut maklumat yang saya dapat. Kamu ni sebenarnya bekas banduan kan?" perempuan tua tu angkat sebelah kening. Dia usha aku dari atas sampai bawah.

Aku tersentak. Wah begitu lancang eh? Aku senyum tipis. Sabar jai.

"ye saya bekas banduan. Ade masalah ke?"

Perempuan tu gelak sinis. "syarikat ni syarikat besar dan terkemuka. Saya takkan benarkan orang macam awak cemarkan nama baik syarikat ni" dia jeling muka aku.

Berkerut dahi aku. "ape maksud puan?" tetiba je cari pasal.. Bukannya aku nak jual dadah dalam syarikat ni pun..

"maksudnya kamu tak diterima kerja. Sila keluar sekarang" bapak sombong siot aku tengok muka perempuan ni.

"ok terima kasih banyak2." aku jeling muka dia dan terus keluar dari bilik tu. Siot la. Macam nak mampos aku kerja tup tup tak dapat.

Aku tekan butang lif. Nak turun dan blah dari sini, aku kena cari rumah sewa or bilik sewa sekarang ni.

Ting. Pintu terbuka.

Aku terpaku. Tak berkelip mata aku pandang  muka muka orang dalam lif tu. Aduh! Habislah aku..

"jai?!" serentak dorang sebut nama aku dan keluar dari lif. Masing-masing pandang muka aku tak percaya.

"hai?" aku tunjuk peace. Padahal dalam hati dah nak meletup jantung aku.

"jai!" alex peluk kuat badan aku. Bapak ah, tak malu ke? Aku pandang sekeliling. Semua orang tengah kaku tengok drama kitaorang.

Zoey pun ikut peluk aku sekali. Em, sakit siot dahla kuat dorang peluk.

"eh ape ni peluk peluk" aku tolak badan alex dengan zoey sambil aku usha para pekerja kat situ. Kalau bos dorang nampak macam mana? Mampos aku..

Aman masih lagi terpaku pandang muka aku. Adam pulak berkerut tengok aku. Adui.. Ni yang tak suka ni..

Laju tangan Adam tarik tangan aku ikut dia masuk pejabat. Ah sudah.. Aman, zoey dengan alex pun ikut sekali masuk.

Aku mampu tengok je adam kunci pintu. Dorang berempat berdiri betul betul depan aku. Bapak ah, aku masih pendek di bawah ini..

"kenapa serius je muka" aku tunjuk muka aman dengan adam.

"aku rindu gile dengan kau jai" alex terus peluk aku lagi. Sesak nafas aku.

"lepasla bengong!" aku tepuk kuat bahu alex tapi mamat tu buat tak tahu. Makin erat dia peluk aku adalah..

"alex lepaskan dia" adam tepuk bahu alex. Akhirnya, alex mengalah. Muka dia monyok.

"aku tak percaya kitaorang boleh jumpa kau balik jai" aman pegang bahu aku. Dari air muka dia nampak yang dia tengah terkejut lagi.

Aku sengih. "tula aku pun tak sangka" aku gelak cover awkward. Kekok la pulak aku rasa.

Aman terus tarik badan aku dalam pelukan dia. Bulat mata aku. Terdiam terus aku.

"aku minta maaf" aman bisik kat telinga aku. Dapat aku rasa bahu aku basah. Omg.. Mamat ni nangis ke?

"ala, nak jugak" zoey ikut peluk aku sekali. Alex senyum. Cuma adam.. Muka dia je yang serius pandang aku. Dia tak suka ke jumpa aku balik?

"so kau ape citer sekarang?" aman leraikan pelukan. Dia kesat air hidung dia, sambil acah acah lap peluh eleh malulah tu nak mengaku yang dia menangis.

"aku macam biasa la"

"kau buat ape kat sini" alex peluk bahu aku. Masih dengan habitat lama dia.. Ape ape jela. Aku biarkan aje.

"kerja. Tapi aku tak dapat, baru nak blah tadi terjumpa pulak korang" aku gelak. Alex usap rambut aku. Pelik pelik la mamat ni..

"kerja? Kerja ape? oh cleaner?" aman tunjuk baju yang aku pakai. Laju aku angguk.

"kenapa kau tak dapat kerja pulak?" zoey tarik tangan aku suruh aku pandang dia.

Haih.. Aku tarik nafas. "macam ni, orang yang berstatus macam aku memang susah nak cari kerja so sebab tu aku tak dapat kerja ni" satu satu aku kata biar otak dorang ni faham.

"eh bos korang tak marah ke korang lepak dalam bilik ni? Aku pergi dululah" aku tolak badan Alex.

Alex dengan zoey gelak. Aman senyum geleng kepala pandang aku. Dah kenapa?

"kitaorang la bos syarikat ni bengap" alex cubit pipi aku. Auch! Aku pandang tajam muka alex. Siot do mamat ni.

"dah korang keluar. Aku ade benda nak cakap dengan jai" adam keluarkan arahan sambil mata dia renung dalam muka aku.

Aku telan air liur. Ok, ni menakutkan.. Alex, aman dengan zoey terus keluar dari bilik. No way! Jangan tinggalkan aku.

"sini kau" adam tarik tangan aku duduk atas sofa. Dia berdiri depan aku. Aku dah tak senang duduk dah ni..

"bila kau keluar penjara?" adam peluk tubuh pandang aku.

Aku dongak. Hah? "er semalam"

"kau takde tempat tinggal kan? Tinggal dengan aku" adam duduk sebelah aku.

Gile! Laju aku toleh pandang muka dia. "ape kau cakap ni"

"dengar cakap aku. Kau tinggal dengan aku balik" adam pegang bahu aku. Berkelip2 mata aku pandang muka dia.

Demam ke ape tetiba ajak aku tinggal dengan dia..

"kau setuju atau tak, aku tak kira. Kau kena tinggal dengan aku jugak. Muktamad" adam bagi kata putus.

Ewah mamat ni! Dia ingat aku ni ape?
"kau biar betul? Aku ni bekas banduan tau tak" aku pandang mata adam.

Adam mendengus. "bodoh! Yang kau mengaku kau pukul zamri tu kenapa?!" adam tengking aku kuat. Nasib baik pintu bilik tertutup..

Terhenjut bahu aku sebab terkejut. Ei, geramnya aku. "kau pukul zamri sebab aku kan?!" aku ikut tengking sama. Baru fair and square.

"mampos la aku nak pukul dia sebab ape! Kau kesah sangat apasal?!"

Aku genggam penumbuk. Sial la mamat ni! Aku tarik nafas dalam dalam. Sabar jai sabar. Huhh..

"aku kesah sebab kau kawan aku bengong!" tak dapat aku tahan sabar aku.

Adam diam. Mata dia pandang muka aku macam nak tembus. Dia bangun dan berdiri depan aku.

Aku jeling muka adam. Nak gadoh cakap! Dahla aku tengah penat.

"aku tak kira. Kau tinggal jugak dengan aku. Kau jangan berani melawan" adam tarik tangan aku ikut berdiri sama. Dia tunjuk muka serius depan aku.

Berkerut dahi aku. Kenapa nak sangat aku tinggal dengan dia. "kau rasa bersalah dengan aku ke adam?"

Adam gelak sinis. "tak. Cuma aku nak ingatkan kau sesuatu" mamat tu tarik badan aku rapat dengan dia.

Gulp, aku telan air liur. Kenapa pulak ni? Dapat aku rasa jantung aku berdegup laju.

"tak de siapa akan terima kau selain aku sebab kau tu bekas banduan" adam bisik kat telinga aku. Besar mata aku. Kurang ajar! Aku tolak kuat badan adam.

"kau nak cari pasal dengan aku ke?!" Nafas aku turun naik. Terus aku jalan ke pintu nak keluar tapi adam sempat tarik badan aku.

"kau nak pergi mana? Kau jangan cuba nak lari lagi" adam toleh pandang aku. Aku rasa mata aku dah merah ni..

Arghh!! Aku rasa macam nak gile sekarang ni! Tolonglah!

"blah la sial!" aku tolak badan adam dan terus keluar. Air mata aku cuba tahan. Weh sumpah sakit. Nape nak hina aku macam tu..

Aku lari masuk dalam tandas. Nasib baik aku tahu tandas kat mana.. Oh ya aku masuk tandas lelaki memandang semua orang dalam office ni kenal aku Sebagai 'lelaki'.

"jai?"

Aku yang baru masuk tandas toleh. Alex? Siot la mamat ni, tengah kencing elok je panggil aku. Dahla kencing berdiri.

Aku pusing pandang tempat lain. Cepat2 aku kesat air mata. Tak boleh. Aku kena kuat, aku kan 'lelaki' jadian. Haha

"kau okey tak ni?" alex jalan ke arah aku lepas cuci tangan. Aku angguk lemah.

Alex pegang bahu aku, laju aku peluk dia. Terkedu mamat tu.

"sori ah pinjam bahu jap" aku pura2 gelak. Padahal dalam hati dah sedih nak mampos.

"peluk je la aku" alex balas pelukan aku erat. Thanks alex, lega sikit hati aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience