Dari petang tadi sampai nak dekat pukul 8 malam, uncle zaid dengan madam fatin duduk rumah adam. Bukan rumah aku en.. Em.
Sekarang ni aku tengah tolong madam memasak. Pergh! Sedap gila bau masakan madam. Berkeroncong hebat perut aku. Gulp, Bau sambal ayam betul betul menusuk hidung aku.
"ei mel, dah siap belum"
Bahu aku di tepuk perlahan. Tersentak aku, terus toleh pandang madam kat tepi. Aku sengih. Bawang kat tangan tak habis potong lagi ni..
"er, jap madam. Mel dah nak siap dah ni" cepat2 aku siapkan kerja memotong aku.
"auntie nak tanya sikit boleh tak?" madam fatin tarik kerusi depan aku. Beria ria dia tengok aku.
Auntie? Em, Terus berkerut dahi aku. "tanya jela"
"dahi dengan mulut tu kenapa" madam pandang luka kat dahi dengan mulut aku.
Aiseh.. Aku ingat dorang tak perasan. Aku senyum.
"mel.." jap, aku nak tipu ape ni.. Aku garu kepala. Luka kat dahi aku belum kering lagi..
"kenapa diam? Gaduh ataupun adam yang.." madam diam. Em, aku tahu ape madam nak cakap.
"mel terjatuh sebenarnya semalam. Nasib baik Adam yang tolong mel. Kalau tak mungkin luka ni lagi teruk" aku gelak.
Shit la! Kenapa aku pegi cover Adam? Bodoh la kau mel! Kau benci dia kan. Bagi je la tahu hal sebenar..
Aku jeling Adam yang tengah dukung afiq sambil rancak bersembang dengan uncle zaid kat ruang tamu. Muka Adam gembira je, macam tak ade apa apa yang berlaku antara kitaorang.. Dasar hipokrit.
Ok,.. aku tahu sebab ape aku tak mampu nak bagitahu.. Puncanya sebab, hati aku. Asal do berat sangat nak luah.. Takkan aku la suka kat Adam? Oh shet! Perkara paling malang yang berlaku dalam hidup aku. Jatuh cinta pada suami sendiri?
Salah ke? Mata aku tenung muka adam yang tengah sibuk cium pipi afiq. Tak salah kan kalau isteri jatuh cinta pada suami sendiri? Fak! Ape yang aku cakap ni.. Aku tutup mata dan geleng perlahan.
No! Aku kena benci Adam. Dia anggap aku nothing kan? Siot la. Argh!!
"mel!"
Sekali lagi aku Tersentak. Aik? Aku mengelamun lagi ke tadi.. Teruk betul la.
"Ya allah, mengelamun lagi ke? Aduh kamu ni.." madam geleng kepala pandang aku.
Aku sengih. "sori madam. Madam ade cakap ape ape ke tadi" tak berkelip aku pandang madam. Nak tunjuk yang aku tengah fokus kat dia macam dalam kelas dulu dulu. Haha..
"tak ade ape la. Makanan pun dah nak siap." madam bangun dan ceduk lauk dalam kuali.
Aku masih bengong kat situ. Ape ape je la...
______________
Selesai makan, baru uncle zaid dengan madam fatin balik. Lega hati aku dorang tak tido sini, kalau tak aku terpaksa tido dalam bilik Adam. Memang tak aku setuju. Never.
Mangkuk lauk kat sinki masih ade beberapa ketul lagi belum basuh. Aku la yang kena basuh kan. Sape lagi nak basuh kalau bukan aku. Huhu..
Adam yang tengah minum air kat belakang aku, aku tak hiraukan. Biar la, hidup dia..
"baby.."
Aduh.. Terus badan aku berdiri tegak apabila sepasang tangan elok mendarat pegang pinggang aku. Kenapa dengan Adam ni.. Takkan dah datang 'gila' dia..
"baby.." Adam peluk pinggang aku erat sambil cium rambut aku.
Maigod! No no! Aku tutup mata dan tarik nafas dalam dalam. Laju Aku cuci tangan dan rentap tangan Adam yang tengah peluk aku.
"Adam stop. Kau ni apasal" aku pusing belakang dan tolak badan Adam jauh dari aku.
Berkerut dahi Adam pandang aku. Kecik besar je aku pandang adam sekarang ni..
"kau ni kenapa? Dah gile eh? Baru tadi aku bincang dengan kau nak mintak cerai. Sekarang kau cuba buat ape ni?" aku pandang badan Adam atas bawah. Aku tak paham la manusia macam mamat ni..
"mel stop"
Huh? "stop? No! kau la yang patut berhenti, Berhenti gunakan aku! Aku dah penat la Adam. Susah sangat ke nak ceraikan aku? Kau benci aku kan? Tak de function kalau kita hidup sama sama pun. Kau faham tak situasi kita sekarang?" Suara aku yang meninggi perlahan lahan kendur semula.
DUM! Adam hentak meja makan kuat. Terhenjut badan aku sebab terperanjat. Siot..
"wei! Kalau kau betul betul nak mintak cerai dari aku, ikut syarat aku dulu! Bagi aku dua orang anak and kau boleh blah dari hidup aku! Selagi kau tak setuju, kau jangan harap kau boleh lari dari aku" tinggi suara Adam jerkah aku. Terus Adam masuk dalam bilik dan keluar semula sambil pegang kunci kereta.
Aku dah terdiam.
Adam keluar dari rumah tanpa pandang aku. Pintu rumah pun dia hempas kuat. Muka dia jelas nampak dia tengah baran. Aku telan air liur, pahit.
Salah aku ke sekarang ni? Sesenang itu maruah aku dipijak. F*ck. Dah la aku penat. Nak tido. Mangkuk yang masih kat singki aku biarkan je. Esok la sambung.
________________
Pagi.
Aku terbangun apabila dengar ketukan kuat nak mampos kat pintu utama. Nak pecahkan pintu ke ape? Laju aku turun dari katil dan berlari untuk bukak pintu.
Tergamam sekejap aku kat depan pintu. Wtf?! Terperanjat aku tengok Adam dah terduduk kat lantai luar depan pintu rumah.
"baby.." Adam gelak. Seriously? Kat tangan dia ade sebotol air arak yang dah tinggal sikit. Aku syak Adam tengah mabuk ni.. Menyusahkan aku betul la dia ni..
Tak masalahnya, ade Alex sekali dah tersandar kat tepi Adam. Aku yakin mamat tu dah pengsan. Shet!
Pagi2 buta mabuk.. Dah tak de kerja lain ke?
Terpaksa aku bawak masuk dengan susah payah dua ekor manusia tu masuk dalam. Stres la aku macam ni.
Aku baringkan Adam dengan alex atas lantai kat ruang tamu. Masing-masing dah tak sedarkan diri. Ee, botol arak kat tangan Adam aku ambik dan buang dalam tong sampah.
Terduduk aku kepenatan kat atas sofa. Aku tenung muka adam dengan alex. Ape nak jadi la dorang ni..
"mel..tunggu.. " Adam meracau sambil mata tertutup. Berkerut kerut muka mamat tu.
Aku tahan gelak. Bende do dia mimpi tu? Mimpi pasal aku ke ape..
Tuk tuk tuk...
Haih.. Aku jeling pintu. Sekali lagi?! Sape lagi lepas ni? Aman? Zoey? Ergh!
Aku bangun dan jalan pegi ke pintu. Pintu aku buka kecil dan jengahkan kepala tengok luar.
"hai jai" aman dengan zoey dah berdiri kat depan pintu sambil senyum pandang aku.
Memang sah dorang, dah takde orang lain. "korang buat ape kat sini?"
"Adam dah balik?" aman cuba tolak pintu yang aku tengah pegang. Cepat2 Aku tahan kuat pintu guna badan aku. Nak masuk? Jangan harap.
Aman gelak kecil. Dia siku perlahan tangan zoey sambil tunjuk pintu yang aku tengah hadang. Shet! Kau nak buat ape.
Zoey angguk dan pegang bahu aku.
"woi kau buat ape ni" berkerut aku pandang zoey. Mamat tu senyum dan tolak badan aku ke belakang. Terdorong tubuh kurus aku ke belakang. Terus Aman tolak pintu.
Sekelip mata pintu rumah terbuka luas. Laju aku tepis tangan zoey. Kurang asam betul.
"sori jai. Rumah adam, rumah kitaorang jugak" zoey kenyit mata kat aku dan masuk dalam rumah. Aman hanya gelak pandang muka aku yang dah monyok.
Bende siut dorang merepek.. Pintu utama rumah aku tutup kasar. Sengaja nak tunjuk yang aku tengah marah. Lantak korang la, nak buat rumah ni macam ape. Better aku masuk dalam bilik dan sambung tido.
Aku jeling aman dengan zoey yang dah terbaring atas sofa sambil tengok tv. Seronoknya hidup.. Mentang mentang bos. Tak yah gi keje ah? Aku ni nak kerja tapi aku rasa aku kena tukar tempat kerja. Masalahnya mana ade tempat lain nak ambik aku kerja sebab kan status banduan aku.
Syarikat Adam satu satunya yang sanggup ambik aku. Tu pun sebab adam and the geng yang jadi bos. Malang betul la aku..
Haih.. Dah la, aku ngantuk.
Terus aku melangkah masuk bilik. Pintu bilik aku tutup dan kunci. Mampos lo!
__________________
"mel!"
Tuk.. Tuk.. Tuk..
"weiiii mel!"
"bukak la pintu ni jai!"
Tuk tuk..
"jai!"
Arghh!!!!! Aku tutup muka guna bantal. Sial! Asal lagi bodo nak kacau aku?! Aku nak tido pun tak senang!
IPhone kat tepi aku capai. Dah pukul 11 pagi. Nak ape lagi? Tak tau ke yang kita tengah gaduh sekarang ni? Gaduh besar tau tak. Aku penat la nak layan perangai korang.
"mel!!"
DUM! Pintu bilik aku di hentak kuat. Ei, setan setan ni..
Astaghfirullah alzim.. Finally aku dah pandai beristighfar. Ya..
Dengan penuh rasa bengang aku bangun dan turun dari katil. Aku tenung pintu bilik aku macam nak tembus. Ni kalau aku maki, memang sampai esok tak habis.
"sekejap la!" aku jerit. Laju tangan aku pulas tombol dan bukak luas pintu.
WTF?! Nak terkeluar biji mata aku tengok 'kesengsaraan' depan aku ni.
Aman, zoey dan alex dah tercegat depan pintu bilik aku tak pakai baju. Dengan alex yang tengah peluk bahu zoey sebab nak tampung badan dia yang mabuk tu. Ee macam gay pun ade.
Dorang bertiga hanya berboxer ketat pendek nak mampos. Please la. Biar betul wei? Tak tahu malu ke? Aku perempuan do..
Sabar mel.. Iman aku tak begitu kuat tapi aku masih boleh tahan. Ni ade yang makan penyepak aku jak gi.
"jom mandi kolam?" aman angkat kening. Zoey support sambil angguk kan kepala. Yang paling tak boleh blah sekarang ni alex yang masih dalam mood mabuk pun ikut sama angguk.
"kenapa korang pakai macam ni? Aku kan perempuan, tak tahu malu betul." aku pandang tajam satu satu muka mamat depan aku. Teruk.
"ala, macam kau tak biasa? Dulu kau siap tido lagi dengan kitaorang, kan man?" zoey angkat kepala pandang aman.
Laju aman angguk. "betul tu. Aku pun dah pernah sentuh ape yang ade kat badan kau. Cuma belum tengok je sebab adam dah dapat dulu" aman gelak kuat. Zoey dengan alex ikut gelak sama.
Lawak ke bodo? Sabar mel sabar.. Aku tarik nafas cuba tahan kesabaran. Fak!
"get lost" BUM! aku hempas pintu kuat. Dasar manusia gila. Arghh!! Benci betul la.
Dorang buat tak tahu je pasal ape yang jadi sebelum ni.. Pasal adam? Pasal pil tu? Pasal perjanjian bodoh tu? Pasal kelab malam, pasal nick, pasal faid, pasal maruah aku?! Semua dorang ambik ringan. Macam mana la aku boleh hidup dengan dorang semua..
Memang betul salah aku. Ergh! Aku rebah kan badan atas katil. Kepala aku sakit, rasa berdenyut denyut balik. Lebam kat muka aku pun Adam buat tak kesah.
Entahlah tadi aku tak nampak pun batang hidung Adam.
See? Nampak tak yang dia tak suka kau? Nampak tak mel?!.. Okay.. Fine
___________
Share this novel