18

Romance Series 52271

Malam.

Aku tersentak bangun dari tidur sebab dengar bunyi telefon aku berdering kuat. Laju aku capai fon tepi aku. Bodoh la sape yang kacau aku tido ni..

Nombor yang tak dikenali lagi. Siapa yang asyik call aku ni sebenarnya.. Nak angkat ke tak? Ok aku angkat.

"hello"

"mel.. Ni mel ke?" aku dengar suara lelaki.

Berkerut dahi aku. Siapa ni? Siap tahu nama aku..
"ni sape ni"

"uncle zaid la.. Tak save nombor uncle ke"

Laju aku tutup mulut. For the first time, uncle call aku?! Mimpi ape do orang tua ni?

"mel save la. Saje je nak kacau uncle. Hahah"
Aku gelak. Hambar betul..

"kalau macam tu. Nanti uncle call lagi. Bye" tut...
Panggilan dimatikan. Aik? Tu je sebab nak call aku? Buang tabiat ke ape..

Aku tengok jam kat telefon. Dah pukul 8 tepat malam. Lapar la pulak, aku pakai balik bengkung aku. Kang tak pasal2 jadi apa apa.

Perlahan2 aku turun dari katil. Badan aku rasa masih rasa sengal..

Aku berhenti sekejap kat tangga. Asal bunyi macam ramai sangat orang ni? Aku tundukkan kepala sikit ke bawah.

Em.. Patutlah ramai. Ade Adam, aman, dengan zoey tengah bersembang kat ruang tamu dengan Alex. Haih.. So aku kena naik balik ke cane? Tapi aku lapar.

"jai?"

Alamak! Nampak ke kaki aku? Aku senyum paksa. "eh ade korang semua..buat ape kat sini.. "

Alex gelak. "sinilah. Malam ni Dorang tidur sini. Kitaorang ade berita gembira tau tak. Sini la cepat" alex lambai tangan suruh aku turun.

Terpaksa la aku turun bawah. Aku duduk sebelah zoey. "berita gembira ape?"

"pasal kem disiplin tu. Madam fatin dah cancel  sebab dia nampak kau luka teruk, terus dia wasap grup kelas kata kem dibatalkan." alex tepuk pelan bahu aku.

Aku senyum. Bagusla tak sia sia aku kena belasah. Aku pandang adam dengan aman yang duduk berhadapan dengan aku. Masing-masing senyap.

"kau dah okey ke belum" zoey peluk bahu aku.
Aku just angguk je.

"zamri yang pukul kau kan" adam tayang muka ketat pandang aku. Terus aku diam.

Seriously? Mana dia tahu..

"kau biar betul adam? Bukan kita dah ajar ke budak tu haritu" aman tolak bahu adam.

Aduh.. Aku garu kepala. Kalau aman masuk campur memang masak la si zamri tu.

"bukanlah" aku geleng.

Aman tenung muka aku lama. "kau tak nak mengaku sebab takut aku belasah dia ke jai" aman bangun dan duduk sebelah aku. Dia pegang peha aku yang terdedah sikit.

Aku pura2 gelak. "mana ade. Memang bukan dia la" tangan aman aku tepis. Ei mamat ni! Aku pun satu, boleh pulak lupa tukar seluar tadi.

Aman gelak sinis pandang aku. "kau nak tipu aku ke? Tak pe biar aku siasat sendiri" aman keluarkan rokok dari poket.

"dah la tu. Aku dah masak jom ah makan sekali semua" alex hulur tangan kat aku. Laju aku sambut. Yeay makan!

Aku bangun perlahan2. Ui.. Berdesup rasa sengat dia. Berkerut muka aku tahan sakit.

"alex, biar aku tolong dia" adam tolak pelan tangan alex dan pegang tangan aku. Terus aku jadi kayu. Asal tetiba baik mamat ni..

"aku tahu zamri yang pukul kau. Fatty yang bagitahu" adam bisik kat telinga aku sambil peluk bahu aku. Muka mamat tu selamba pandang depan.

Terus aku berhenti. Adam ikut toleh pandang aku sambil angkat kening.

"jangan bagitahu aman" aku kata perlahan. Adam gelak kecil.

"buat apa nak bagitahu aman kalau aku sendiri boleh setelkan"

Besar mata aku pandang adam. No way! Aku geleng laju tapi adam buat tak kesah. Dia tarik badan aku ikut jalan sekali masuk dapur.

Masak ah kali ni. Aku dah pening ni.

Sampai kat meja makan, Automatik aku senyum. Bapak banyak gile lauk. Pandai gak alex masak. Teruja gila do! Lupa sekejap aku dengan masalah aku..

Adam tarik kerusi sebelah aman dan tolak badan aku duduk atas kerusi. Aku sengih pandang aman.

Aman pandang aku atas bawah lepas tu senyum. Senyuman yang aku sendiri tak boleh tafsir. Aku pandang diri sendiri. Adakah kerana aku pakai seluar pendek?

"nah" alex hulur nasi. Cepat2 aku ambik. Laju tangan aku sudu lauk. Lapar aku memang tak boleh bawak bincang dah ni..

"kau ni. Cuba makan macam perempuan sikit jai. Gelojoh betul" alex membebel. Aku buat pekak. Ape ape jela. Yang penting aku kenyang.
_________

Selesai makan, kitaorang lepak kat ruang tamu sambil tengok tv. Masing-masing sibuk duk hisap rokok. Penuh la ruang tamu tu dengan asap rokok. Sampai terbatuk aku duk situ.

Macam best je aku tengok masing-masing hembus asap. "best ke hisap rokok?" aku tanya aman yang duduk kat sebelah. Mamat tu toleh pandang aku then angguk.

Best? Kalau aku try ok tak?..
"nak satu" aku sengih.

Aman hulur satu puntung rokok kat aku. Aku senyum. Wow, aku hidu bau rokok kat tangan aku. Boleh tahan. Macam wangi..

"nah" aman hulur lighter. Aku ambik tapi.. Aku mana reti guna lighter ni.

"man.. Cane nak on" aku pandang aman. Aman gelak kecil.

"jap" mamat tu tepuk bahu adam sambik tunjuk kat aku. Aku pandang pelik. Asal la pulak dia ni.. Takkan nak pasang Lighter pun suruh adam?

"woi! kau gile ke?!" adam terus bangun dan rampas rokok dari tangan aku. Terkejut beruk aku kat situ. Kenapa tetibe nak marah ni?

"kau jangan cari pasal jai." adam buang rokok aku kat dalam tong sampah. Alex dengan zoey geleng kepala pandang aku. Aman dah gelak kuat.

Aku jeling tajam muka aman. Bodoh la mamat ni! Dia kenakan aku lagi! Terus aku bangun dan duduk tepi alex yang duduk kat lantai.

"ala jai. Takkan sentap" aman kuis bahu aku. Aku anjakkan badan. Menyampah aku..

"kau ni. Semua nak try" alex tolak pelan kepala aku. Muncung terus mulut aku. Ye la ye la. Salah aku.

"sorilah. Jangan merajuk lagi. Nah" aman hulur aiskrim depan muka aku. Laju aku ambik. Masa bila pulak dia beli? Aku pun memang tengah kempunan aiskrim sekarang ni.

"thank you" aku senyum sambil tunjuk aiskrim aku kat aman.

Aman gelak. "senang je nak pujuk perempuan. Bagi makanan, setel"

Aku buat tak kesah. Janji aku dapat makan.
Sejuk hati aku. Hahaha

"wei" alex tarik lengan baju aku. Terus aku toleh pandang alex sambil angkat kepala. Kenapa?

"sikit" alex sengih. Em. Aku dah agak dah! Haish. Aku hulur aiskrim aku. Laju mamat tu gigit. Sibuk betul!

"dah aku nak makan. Jangan kacau" aku tarik balik aiskrim aku dan Ngap. Aku makan sampai habis. Takde can la orang lain nak rembat.

"jai. Malam ni kau jangan keluar bilik. Duduk je kat dalam bilik kau" alex pandang muka aku.

Berkerut dahi aku. "Kenapa pulak"

"jap lagi saudara aku sampai. Kitaorang nak sambut beday dia"

"la.. Aku pun nak sambut jugak"

"tak boleh" adam menyampuk. Dia geleng kepala pandang aku. Ala.. Aku pandang muka Alex. Please nak join jugak..

"kalau kau nak selamat. Jangan keluar malam ni. Lagipun kau seksi sangat ni" alex bisik sambil pandang kaki aku. Laju tangan aku tumbuk bahu Alex. Siot la dia ni.. Sempat lagi eh.
__________

Aku duk bergolek golek baring atas katil. Bosan do.. Kat bawah aku boleh dengar bunyi muzik kuat dengan suara orang gelak ketawa. Bapak ah. Benda best tak nak ajak aku. Diskriminasi ke ape?

Aku duduk atas katil sambil termenung pandang pintu. Ape yang dorang tengah buat sekarang ni..
Nak turun tengok ke tak? Aku tengok jam kat telefon. Dah pukul 2 pagi..

Aku jalan mundar mandir depan pintu. Ala aku tengok dari atas je la. Tak pe kan? Tombol pintu aku pulas dan aku keluar pergi ke tangga.

Dari tangga aku dapat hidu satu bau kuat. Ni bukan bau arak ke? Takkan la dorang minum. Aku tutup hidung aku.

Aku berdiri kat pertengahan tangga. Lagu Juicy berkumandang kuat dalam rumah. Aku tengok ade dua orang lelaki dan tiga orang perempuan dah terbaring kat lantai ruang tamu. Aku geleng perlahan. Mungkin tu saudara alex?

Adam dengan aman dah longlai atas sofa. Zoey dengan alex pulak terbaring atas meja. Kat tangan masing-masing ade satu botol arak. Tak sangka dorang pun kaki minum jugak.

Aku tengok satu perempuan rambut perang duk merangkak naik atas adam sambil peluk badan mamat tu. Aku rasa Adam dah tak sedar ape dah tu.

Lagi sorang perempuan pakai baju ketat nak mampus dah bergolek golek atas lantai. Aku geleng kepala. Teruk betul.

"buerkk" Aman muntah tepi sofa. Euw, aku tutup mulut aku. Rasa nak termuntah jugak do..

Perlahan-lahan aku turun. Kaki aku yang sakit aku buat tak peduli. Bahu alex aku goncang kuat. Dia ni sedar ke tak ni?

Tangan alex melayang layang kat udara sambil sebut perkataan alien kat aku. Ei, aku debik kang. Merepek ape mamat ni..

"alex bangun la." suara aku tenggelam timbul dalam muzik. Terus aku tutup radio. Bodoh betul la.

Aku pandang makanan kat atas meja. Pergh!  Belambak weh! Siap ade pizza lagi. Laju tangan aku ambik satu. Hahaha rezeki jangan tolak.

Tiba tiba aku dapat rasa haba orang bernafas dekat tengkuk aku. Terhenti kunyahan aku dengan nafas aku sekali berhenti. Aku pandang sepasang tangan yang dah melingkar kat pinggang aku. Wtf?! Siapa pulak ni..

"kan dah kata jangan turun.." perlahan aku dengar suara bisik kat telinga aku.

Terus Aku toleh tepi. Adam? Masa bila pulak mamat ni bangun..

Adam letak dagu atas bahu aku sambil mata dia masih tertutup. Aku telan air liur. Mamat ni dah kenapa..

"aku.." terdiam aku bila aku rasa pelukan kat pinggang aku makin erat. Ni seram ni! Aku tutup mata.

"adam.. Aku naik dulu la" aku cuba tolak tangan adam tapi tak bergerak. Aku dah cuak.

"bawak aku naik.. Aku pening" adam bisik lagi dan terus, Bum! Badan dia terjatuh kat lantai. Terperanjat aku.

Cepat cepat aku tarik tangan dia. Bapak berat. Ape yang dia makan ni...

Bersusah payah aku papah adam naik tingkat atas dengan badan aku yang tengah sakit ni. Eh jap! Mana satu bilik adam? Aduh! Masalah betullah.

"adam. Bilik kau yang mana"

"em.." adam peluk badan aku. Woi! Aku dah kaku. Ni kira diambil kesempatan ke acane..

"adam" aku tarik muka adam pandang aku. Haih.. Boleh pulak mamat ni tido.. Mana aku nak campak dia ni..

Terpaksalah aku bawak dia masuk bilik yang mana dekat je. Bilik aku la tu yang paling dekat dengan tangga. Sumpah aku dah tak larat. Badan aku makin sakit.

Aku tolak badan adam atas katil. Kaki dia aku tolong naikkan sekali atas katil. Nampak tak aku baik..

Aku pandang muka adam yang tengah tido. Nasib baik kau kawan aku. Kalau tak dah lama aku Ngap! Hahaha aku gelak sensorang. Macam bodoh je..

Haih. "tido bilik lain la aku ni jawabnya" terus aku gerak keluar bilik aku masuk bilik sebelah. Terpaksa la aku tido sini malam ni. Ok. Mat malam guys.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience