25

Romance Series 52271

Bunyi mesej masuk mematikan lamunan aku. Sedar tak sedar dah satu jam lebih aku mengelamun atas katil. Siapa pulak ni..

Aku bukak iPhone aku. Mak oi! Ade 30 miss call dari uncle zaid. Hahaha risau ke? Jahat pulak aku. Dari semalam aku tak bukak fon sebab aku silent kan dan baru kejap tadi aku on sound balik.

Tapi ape yang menarik perhatian aku sekarang ni ade satu mesej dari adam. Aik? Duduk serumah pun nak bermesej bagai?

Aku dah keluar pergi kerja. Kau kemas rumah, pukul satu aku balik.
-Adam

Laju aku bukak pintu. Semua orang dah tak ade, dua pintu bilik tetamu pun dah ternganga luas. Okay.. Aku senyum lebar. Finally!

Aku tarik nafas tengok kawasan rumah yang bersepah disebabkan parti liar malam tadi. Ok jai, masa untuk beraksi.
__________

Dari pukul 8.30 sampai pukul 10 pagi baru aku siap mengemas. Maklumlah aku tak pernah kemas rumah, pasal tu lama tu.

Aku duduk rehat kat atas sofa sambil tengok tv. Seronok wei goyang kaki hahaha.

Aku toleh pandang kawasan balkoni yang luas. Perlahan-lahan aku keluar pergi gigi kolam, rasa macam nak mandi kolam la pulak.. Tapi kalau adam balik macam mana?

Aku usha jam kat dinding. Laa baru pukul 10 lebih. Boleh lah, laju aku masuk bilik tukar baju. Aku pakai seluar pendek dengan baju singlet je. Em aku pakai baju dalam tau. So Rileks ah kan?

Dari ruang tamu aku lompat masuk kolam. Bapak sejuk siot! Tenggelam timbul tenggelam timbul aku menyelam. Dah lama aku tak mandi kolam rasanya.

Nak dekat setengah jam aku berenang, aku keluar duduk kat tepi kolam. Seronok jadi kaya tau tak.. Aku tengok jalan raya kuala lumpur yang tengah sibuk kat bawah. Leka sekejap aku.

Prak.. Pintu utama terbuka.

Laju aku toleh pandang pintu. Herk! Nafas aku terhenti. Adam?! Mampos aku! Asal mamat ni balik awal?!

Adam dah terkaku depan pintu pandang aku. Aku nampak mata dia tak berkelip tengok aku. Aku pandang diri sendiri. Sial! Baju ni melekat dengan badan aku rupanya. Habis nampak segala rahsia aku! Bengong lah!

Aku tutup dada aku pakai tangan dan terus lari masuk bilik. Huhu... Bodohlah.. Aku terus tukar baju. Aku sarung baju hoodie yang besar gedabak kat badan. Seluar pun aku main tibai je pakai. Malu punya pasal..

Ni kali kedua Adam nampak aku macam ni dan semuanya berpunca dari aku. Malunya aku. Gile betullah.. Aku pegang kepala aku. Menyesal la pulak..

Tak lama kemudian aku dengar bunyi ketukan kat pintu bilik aku. Nak ape pulak ni! Aku telan air liur pandang pintu bilik. Nak bukak ke tak? Huhu aku rasa nak menangis!

"kau bukak pintu sekarang" tegas aku dengar suara adam kat depan pintu. Ni yang aku tak suka ni.

Perlahan-lahan aku turun katil. Rileks jai. Please rileks. Pintu aku buka sedikit. Aku jengah kan kepala dan senyum.

"keluar" Adam terus tarik tangan aku keluar bilik. Muka dia serius je memanjang. Halah! Muka dia buat aku lagi seram la..

"ke.. Kenapa adam" aku cuba cover rasa gugup. Aku tayang gigi kat adam.

"stop" adam tekan kuat pipi aku dan tarik muka aku dekat dengan dia. Sakitlah! Aku tepuk tangan adam tapi lagi kuat adam tekan. Shit!

"Aku benci kau. Kau nak goda aku sebenarnya kan?!" mencerlung mata adam pandang aku.

"kau merepek ape ni?! Sakitlah! Lepas kan aku!" aku pukul badan adam. Laju je tangan lelaki tu tangkap tangan aku.

Siallah! Jantung aku macam nak pecah sekarang ni. Tolonglah.. Aku dapat rasa oksigen dalam badan aku semakin berkurang..

"aku dah bagi kau duduk sini, lebih baik kau jangan buat hal. Kau pakai macam tu sekali lagi, Siap kau" Adam tolak muka aku ke belakang dan terus blah masuk bilik dia.

Fuhh..turun naik dada aku tarik nafas. Sumpah aku semput tadi. Aku urut perlahan pipi aku yang sakit, kenapa dengan adam ni? Asal dia benci sangat dengan aku..

Peningla! Aku masuk dalam bilik dan kunci pintu. Termenung sekejap aku atas katil. Kalau Adam benci aku, kenapa suruh aku tinggal dengan dia? Peliklah mamat ni..
_______

Pukul 1 Tengah hari.

Aku hanya sekadar keluar untuk buat lunch untuk Adam. Still roti sandwic, bahan memang tak ada sebab tu itu je yang aku buat. Lepas buat lunch aku masuk balik bilik aku. Huhu..

Adam pun asyik terperuk dalam bilik dia. Aku malas nak tegur atau jumpa dia. Mungkin mamat tu masih marah? Tapi masalahnya kenapa dia marah sangat dengan aku?

Aku memang taknak jumpa adam tapi sekarang aku tengah berdiri depan pintu bilik adam. Alex call ajak aku keluar. On je la kan?

"adam.." aku laung perlahan sambil ketuk pintu.
"lunch dah siap, boleh tak aku keluar sekejap"

"em" adam sahut dari dalam. Pintu memang tak bukak ah citer dia.

Em je? Aku cebik bibir depan pintu. Ei, aku tak faham la dengan manusia yang satu ni. Lantak la janji dapat keluar.
_________

Aku dengan alex duduk kat salah satu kedai makan kat dalam mall. Tadi Alex ambik aku, well mestilah dia kena ambik. Aku takde kereta dan tak reti bawak kereta. Hampeh betul..

Kitaorang beli barang dapur untuk aku masak. Masalahnya aku tak pandai masak. Acah jela macam pandai.

"alex aku nak tanya satu benda boleh tak?" aku hirup air starbucks aku sambil aku pandang muka alex yang tengah kunyah makanan.

Mamat tu angkat kening. Dia letak sudu kat tepi dan tongkat dagu pandang aku. Aku gelak.

"tak payah la beria sangat"

"biarlah, cepatlah tanya ape dia" alex fokus pandang muka aku.

Well.. Aku berdehem. "dua tahun lepas.. Korang berempat berhenti kampus eh? Lepastu.. Korang sambung belajar kat luar negara kan?"

Alex senyum. Dia sambung suap makanan dalam mulut. "aah, kitaorang stop belajar kat kampus tu. Tapi kitaorang sambung belajar kat negara yang berbeza, tak sama."

Berkerut dahi aku. "maksud kau?"

"haih, lembap betullah kau ni jai" alex tolak perlahan dahi aku. Laju aku tepis. Main kepala pulak mamat ni..

"maksud aku, kitaorang sengaja lost contact sejak peristiwa kau kena tangkap tu. Baru je bulan lepas. Aku, adam, aman dengan zoey reunion balik. Tu yang kitaorang kerja sekali tapi tak sangka pulak dapat jumpa kau" alex senyum tipis.

"habis tu syarikat tu? Siapa punya?" rasa nak tahu aku semakin membuak buak pulak sekarang ni.

"syarikat tu? Em, bapak adam bukak wisma baru sebenarnya tahun lepas untuk Adam dengan Aman. Lagipun kalau kau nak tahu keluarga dorang banyak anak syarikat. Adam dengan aman ajak aku dengan zoey jadi rakan kongsi. Tu kiranya dah jadi syarikat kitaorang la" alex tunjuk muka bangga.

Aku senyum hambar. Muda muda dah berjaya. Tengok aku ni.. Em maleh citer.

"tapi kan... Kenapa korang tak pernah lawat aku" perlahan je aku tanya. Aku tak nak la alex terasa pulak.

Alex terdiam. Mati terus senyuman dia. Aku nampak alex muka alex berubah.

Terus aku gelak. Tak nak la rasa janggal sangat, kesian pulak aku tengok mamat ni. "ala rileks la. Saje je tanya, aku dah biasa dah" aku tepuk tepuk bahu alex.

Alex pandang lama muka aku. "tak jai.. Macam ni.." dia pegang tangan aku yang tengah tepuk bahu dia.

Erk?

"lepas je kau sah masuk penjara hari tu. Aku, aman dengan zoey memang nak pergi jumpa kau tapi.. Adam.. Dia tak kasi." muka alex sugul. Mungkin dia rasa bersalah kut.

"kenapa pulak adam tak kasi? Dia dah banyak berubah do sekarang" aku alihkan pandangan dari pandang muka alex. Sedih pulak hati aku ni.

"jap jap, bukan, kau dah salah faham dengan dia" alex tarik muka aku pandang dia.

Salah faham? Dah terang terang mamat tu cakap yang dia bencikan aku? Ape la. Kau tak dengar memang la kau kata aku salah faham. Aku membentak dalam hati. Kat luar memang tak berani la..

"sejak kau kena tangkap. Adam jadi lebih pendiam, dia macam dah jadi orang lain. Aku pun tak tahu kenapa tapi aku yakin dia ada sebab dia, ala nanti kau tanya la dia sendiri." alex angguk kecil.

No way! Memang tak aku nak tanya. Huh! Aku buat muka tak de perasaan je pandang alex.

"jai. Kau ni degil kan? Buat muka pulak." alex tolak kepala aku lagi. Ei! Mamat ni ade aku bagi penumbuk kang. Alex sambung gelak sambil minum hot coffee dia.

"jai? Alex!"

Serentak aku dengan alex tolak cari empunya suara yang memanggil kitaorang. Aden tengah jalan ke arah kitaorang sambil tersenyum lebar.

Alahai.. Mana la datangnya mamat ni, Sampai boleh jumpa kat sini. Ee.

"err..kau buat ape kat sini?" aku usha sekeliling. Kut kut ade makwe dia boleh aku halau dia blah dari sini.

Aden gelak. "dah jodoh kita kot nak jumpa kat sini" aden kenyit mata kat aku dan tarik kerusi duduk sebelah aku. Sengaja je mamat tu rapatkan kerusi dia dengan aku.

Ni aku tak suka ni! Aku pandang alex. Mamat tu tengah pandang tajam saudara dia yang sekor ni.

Aku cuba kawal pernafasan aku sebab aku dapat rasa aden tengah pegang peha aku. Still?! Masih sempat lagi nak raba orang ke?!

"jai duk sebelah aku sini" alex tarik kerusi sebelah kanan dia. Mungkin dia perasan muka aku tengah sangat sangat tak selesa sekarang ni.

Laju aku berdiri dan duduk sebelah alex. Hmm, lebih selamat rasanya di sini.

Aden gelak sinis pandang alex. "kau jeles ke"

"jeles? Aku tahu la kau spesis ape aden, kau jangan cuba nak try dia" keras suara Alex aku dengar.

Aden angkat bahu. Dia masih senyum pandang aku. Macam buaya yang tengah lapar kau tau tak? Tunggu masa nak terkam mangsa dia. Nasib baik ade Alex.

"aku nak pegi tandas kejap la" aku terus bangun. Tak selesa la pulak aku duduk situ.

"jai kejap." alex bangun dan tarik badan aku membelakangi aden yang still tak tahu malu duduk kat situ. Argh!

"ni kunci. Kau masuk kereta dulu. Barang barang biar aku bawak" alex hulur kunci diam diam. Aku angguk dan terus blah. Maleh nak lama lama jumpa kat situ.
__________

Nak dekat 10 minit aku tunggu alex dalam kereta. Tak lama pun, baru aku nampak batang hidung alex jalan ke arah kereta. Comel je mamat tu kendong sayur sambil pegang air starbucks aku dengan hot coffee dia.

"nah" alex bukak pintu bahagian pemandu dan hulur air starbucks kat aku. Laju aku sambut sambil sengih.

"biar aku letak sayur ni kat belakang" alex bukak pintu belakang. Buk! Hot coffee dia jatuh kat lantai. Habis tumpah weh! Aku tahan gelak. Kesian aku tengok.

"tula lain kali bagi aku pegang air kau" aku hirup air aku. Tak sanggup pulak nak gelak tengok muka alex yang dah monyok.

Alex masuk dalam kereta. Sempat dia jeling muka aku sebelum memandu keluar mall.

"nak sikit ke?" aku hulur air aku. Mamat tu just geleng. Khusyuk dia memandu tak toleh pun pandang aku. Ala.. Nanti beli baru laa..
__________

Sampai kawasan apartments , aku mula rasa pening kepala. Badan aku tiba tiba rasa panas sangat sangat. Aku telan air liur. Ape kena dengan aku ni..

Alex dah blah dulu sebab aku kata aku boleh bawak semua barang ni naik atas. Ala sikit je barang dapur yang aku beli.

Aku tarik nafas. Cawan starbucks kat tangan aku aku buang dalam tong sampah. Dah habis dah pun aku minum. Laju aku jalan masuk lif yang memang sedia ada terbuka.

Aku pegang kepala aku yang semakin berdenyut denyut. Siallah! Kenapa dengan aku ni?

Ting. Pintu lif terbuka kat tingkat lapan.

Terus aku keluar. Berlari aku pergi depan pintu rumah Adam. Pintu rumah dia aku ketuk macam nak roboh.

"adam! ADAM!" Aku jerit kuat sambil tangan aku hentak pintu.

Tak lama kemudian, Adam bukak pintu. Dia pandang tajam muka aku."woi pompuan! kau ni dah gile ke? Memekak kau tau tak?!"

"badan aku rasa panas sangat ni!" meluru aku masuk nak minum air. Habis semua barang aku tolak kat Adam. Aku rasa nak bukak je semua baju aku ni, sumpah panas gila aku rasa.

Adam geleng kepala. Aku tarik nafas. Cepat2 aku isi air dalam cawan. Ergh! Aku pegang kepala aku. Ya Allah! Sakitnya..

"jai?" aku tak endah kan panggilan adam. Yang penting aku ni sekarang ni. Kenapa aku rasa panas sangat?!

Air kat tangan aku, aku teguk laju. Tapi makin bertambah rasa panas kat badan aku. Aku dah mula takut.. Aku nak mati dah ke?

Prang! Cawan kat tangan aku jatuh. Aku cuba gerakkan tangan aku. Kenapa makin lemah ni.. Aku toleh pandang Adam, asal kabur? Aku kerut kan dahi. Cuba fokuskan muka adam.

"adam?" serak suara aku. Kaki aku dah mula rasa lembik.. Nafas aku makin sesak.

Buk! Badan aku jatuh atas lantai.

"jai!" sayup sayup aku dengar adam jerit nama aku. Aku masih dapat rasa dia pegang muka aku sebelum semuanya gelap.
__________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience