Chapter 2

Fanfiction Series 2117

Di hadapan sekitar Cafeteria , seorang lelaki berpakaian serba hitam secara casual sedang menyadarkan badannya pada kerusi sambil menyilangkan kakinya manakala rambutnya yang berwarna hitam kelihatan bersinar-sinar dek terkena sinaran mentari membuatkan ketampanannya lebih menyerlah.

Terdapat beberapa pelajar perempuan yang melalui di kawasan lelaki itu berada tersengih-sengih melihat ke arahnya kerana mereka tertawan melihat rupa paras lelaki itu yang seakan-akan artis kpop .

“mana taehyung ni ? Dah nak sejam dah aku tunggu” keluh lelaki itu sambil menoleh ke kiri dan ke kanan mencari kelibat sahabatnya.

10 minit berlalu ..

“Yow! Sorry late , aku tersesat tadi” sergah Teahyung sambil tersengih.

“Menipu je kerja kau kan? Kalau dah tahu sesat sampai sejam , asal tak suruh aku hantar location aku?” dengus si lelaki itu sambil menghadiahkan satu jelingan yang cukup tajam kepada taehyung . Jelingan geram.

“ish! Aku bukan tersesat nak pergi sini” bidas Taehyung dengan muka yang selamba.

“habis tu ? Kau tersesat nak pergi mana?” soal lelaki itu dengan muka yang berkerut manakala taehyung sedaya upaya menahan ketawanya.

“saya tersesat dalam perjalanan ke hatimu wahai Park Jimin yang ku sayangi”

Selepas mendengar sebaris ayat dan suara yang seakan mendayu daripada Taehyung itu membuatkan Jimin berasa sangat geram lalu menumbuk sahabatnya itu dengan kuat.

"Wyh rilekslah , jangan marah . Oklah aku serious , aku lambat sebab lecturer aku banyak sangat pokpekpokpek“ terang taehyung sambil mengusap lengangnya yang berasa sakit.

” Ha yelah tapi siapa perempuan tadi? “ soal jimin dengan nada serious lalu merenung tajam ke arah Taehyung.

Riak muka Taehyung terus berubah selepas mendengar persoalan yang tidak disangka akan keluar dari mulut jimin kerana sangkanya jimin tidak nampak apa yang berlaku pagi tadi.

" kau nampak? Kenapa kau tak jalan sekali dengan kitaorang?”

“Saja nak tengok drama depan mata tapi aku tak expect pulak kena tinggal dengan member disebabkan perempuan" sindir jimin sambil tersengih-sengih ke arah Taehyung .

”aku rasa aku dah jumpa dia semula“ kata Taehyung dengan suara yang mendatar.

Jimin yang menyedari perubahan riak dan suara Taehyung itu tidak jadi untuk teruskan niat untuk menyakat sahabatnya itu.

”kau maksudkan perempuan yang kau jumpa setahun yang lepas tu ke?“ soal jimin sambil memandang ke arah Taehyung.

”Ye tapi aku tak yakin sama ada aku jumpa orang yang sama atau orang yang hampir serupa dengan dia" keluh Taehyung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience