Chapter 16

Fanfiction Series 2117

Incheon International Airport.

Kelihatan semua pelancong agensi Korea Travel sedang menunggu beg-beg mereka.

" Na Eun , teman unnie pergi toilet sekejap " pinta Seul Rin pada adiknya yang ralat memerhati beg-beg yang keluar dari machine itu.

" ha okk "

~~~~

Seul Rin tercari-cari adiknya yang tiada di dalam tandas tersebut lalu keluar mencari adiknya.

' mana budak ni? Suka sangat buat orang risau ' getus hati Seul Rin.

Sedang sibuk Seul Rin mencari , tiba-tiba matanya terarah tepat ke arah mata Taehyung yang sedang memerhatikannya.

" Unnie! Adik kat sini " laung Na Eun yang betul-betul berada di hadapan Taehyung .

Seul Rin terus meluru ke arah Na Eun lalu menarik telinga adiknya itu , maka kedengaranlah rintihan dari mulut kanak-kanak kecil itu.

" lain kali jangan suka sangat berkeliaran berseorangan macam ni , kalau hilang macam mana? Kalau dah taknak teman , jangan cakap nak teman " leter Seul Rin.

Taehyung yang melihat adegan tersebut hanya tersenyum lalu berkata dalam hati , ' dia marah pun comel.. Oh tuhan,aku rasa aku benar-benar sudah jatuh cinta padanya '

Sementara itu , Na Eun sedang menahan air matanya.

Seul Rin yang menyedari dirinya terlalu mengikut amarahnya terus melutut di hadapan adiknya yang sedang menundukkan kepalanya dan mengusap kepala adiknya dengan penuh kasih sayang.

" Unnie bukan marah awak saja-saja tau , Unnie risau... "

Belum sempat ayatnya dihabiskan,Na Eun sudah mencelah.

" maafkan Na Eun , Na Eun yang salah sebab pergi ke sini tanpa bagitahu unnie . Na Eun minta maaf " kata Na Eun tersedu-sedan lalu memeluk kakaknya.

" aigoo my baby , dah tak mahu nangis . Jom pergi kat sana " pujuk Seul Rin sambil mengusap berlakang adiknya.

" unnie , emm Na Eun nak tengok beg dari sini " pinta Na Eun.

' Oh God , masalahnya kita tak boleh ada kat sini sebab mamat tu ' getus Seul Rin di dalam hati lalu memandang ke arah Taehyung yang memang sedia maklum olehnya sedang merenung ke arahnya.

Taehyung hanya menoleh ke arah lain tetapi senyuman masih kekal dibibirnya.

Melihat mata puppy eyes adiknya itu , Seul Rin hanya tersenyum kelat dan menganggukkan kepalanya.

Tiba-tiba ada satu beg berwarna kuning melepasi di hadapan Taehyung tetapi Taehyung tetap merenung beg itu sehingga beg itu melintasi hadapan Seul Rin lalu Taehyung mengalihkan pandangannya ke arah Seul Rin.

Seul Rin yang menyedari Taehyung sedang memandangnya hanya membuat endah tak endah.

' Aigoo are you searching for you beg or you searching for you jodoh sir ? EHHHHHHH dah eh Seul Rin , makin merapu dah '

" Na Eun , jom pergi starbucks . Unnie berlanja , nak tak? " ajak Seul Rin dengan nada berbisik di telinga adiknya.

Kelihatan mata Na Eun bersinar memandang tepat ke mata Seul Rin sambil menganggukan kepalanya.

' berjaya ' ucap hati Seul Rin keriangan dan berlalu dari kawasan mereka berdiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience