Chapter 10

Fanfiction Series 2117

Book Cafe Shinsaibashi.

Kelihatan pelayan lelaki di Cafe itu sedang menghidangkan dua biji Dorayaki berintikan kacang merah dan air Hot Chocolate yang di pesan oleh Seul Rin.

Seul Rin juga menerima sehelai kertas yang tentera nombor telefon di atasnya,dia hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih dalam bahasa Jepun kepada pelayan itu.

Na Eun dan Young Jae hanya tersengih melihat kakak mereka yang terkial-kial menerima kertas tersebut.

Walaupun kulit kakak mereka sawo matang kerana mengikut warna kulit ayah mereka tetapi mukanya sangat bersih , flawless bak kata orang putih walaupun kakaknya tidak gemar memakai produk penjagaan muka.

Pipinya sedikit tembam membuatkan kakak mereka kelihatan comel apabila tersenyum mahupun sedang marah dan yang paling mereka suka adalah mata kakak mereka kerana matanya yang bulat serta ramai mengatakan kakak mereka memakai contact lense walaupun dia sering memakai cermin mata bulatnya dan menafikan hal tersebut.

Pelik bukan? Kalau dah pakai contact lens,takkan nak pakai cermin mata pulak kan? Aigoo..

Rambut kakak mereka yang semula jadi ikal mayang itu menambahkan lagi kecatikkan dirinya

Hurmm kakak mereka itu sudah tersedia cantik mengikut ciptaan dari Tuhan.

Tetapi segala pujian itu hanya terpendam di hati kerana mereka tidak gemar melihat muka kakak mereka yang sengaja dibuat seperti seseorang yang riak.

" ehem sampai orang Jepun pun berkenan " sindir Young Jae sambil membuat muka mengejek.

Seul Rin yang melihat kerenah adiknya itu hanya menggelengkan kepalanya.

Tiba-tiba Seul Rin terpandang tepat ke arah mata Taehyung yang sedang memandangnya,hampir tersembur minuman yang baru dihirupnya.

Taehyung yang menyedarinya dirinya 'ditangkap' sekali lagi hanya kekal memandang ke arah Seul Rin.

'Apa masalah mamat tu? Punyalah cantik pemandangan kat luar tu , aku juga dia nak usha'

'Hurm maybe aku lagi lawa kut dari pemandangan kat luar tu'

' ehhhhh apabenda aku fikir ni. Oh my Seul Rin,WAKE UP! '

Seul Rin yang menyedari dirinya semakin merapu mula berdiri lalu menuju ke arah kawasan buku-buku yang terpamer di Cafe tersebut.

Taehyung yang menyedari tingkah Seul Rin itu mula merencanakan sesuatu yang dia ketahui mungkin plannya hanya sia-sia.

~~~~

Seul Rin kembali ke tempat duduknya untuk mengambil barang-barang yang dibelinya sebentar tadi selepas dipanggil oleh Na Eun kerana ibu bapa mereka sudah memanggil.

Ketika sudah berada di hadapan Cafe , Seul Rin merenung ke arah Cafe buat kali yang terakhir.

' entah bila lagi dapat datang ke tempat macamni ' ucap Seul Rin di dalam hati,juga jelas terpancar riak kesedihan di wajahnya.

Tidak dinafikan bahawa Cafe tersebut berjaya menarik minatnya kerana decoration yang sangat cantik dan unik serta buku-buku disitu kelihatan seperti baru di letakkan di rak walaupun tanpa pembalut buku.

Entah mengapa , mata Seul Rin beralih tepat ke arah Taehyung yang sedang merenung dirinya dari sudut yang lain.

Taehyung yang menyedari dirinya 'tertangkap' sekali lagi terus berjalan ke tempatnya sebentar tadi untuk mengambil air Americano yang masih berbaki.

'aigooo , aku tenung tempat dia ke tadi?'

' oh god , serious tak perasan '

' i really hope he didnt misunderstood '

Walaupun hati Seul Rin sudah mula tidak keruan tetapi Seul Rin kekal bersahaja lalu beredar.

' Macam mengena sahaja umpan aku hurm tak sia-sia acah pergi toilet tadi '

Kelihatan segaris senyuman terukir di wajah Taehyung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience