Chapter 15

Fanfiction Series 2117

Seul Rin dan Young Jae memilih tempat di Small Cafe yang berada berdekatan dengan tempat menunggu kerana kerusi yang disediakan untuk penumpang pesawat sudah penuh di duduki para pelancong bawah agensi Korea Travel.

" Young Jae , kenapa unnie tengok ada yang buka jaket time pemeriksaan tadi? " soal Seul Rin sambil mencari perkataan di dalam buku Word Searchnya.

" tak tahu , polis tu yang suruh buka " jawab Young Jae dengan keadaan matanya focus pada game di dalam telefonnya.

" ahhh i see "

Seul Rin menganggukkan kepalanya laku menoleh ke kiri dan ke kanan lalu dia ternampak kelibat ahli keluarganya yang lain lalu memberitahu Young Jae.

" tidak perlu panggil diorang ke sini " kata Young Jae acuh tak acuh.

" Ha kalau macamtu Unnie pergi toilet dulu eh? " kata Seul Rin sambil berdiri dan ingin berlalu.

" jangan sampai diorang tahu kita duduk sini tau! " pesan Young Jae.

Seul Rin hanya berlalu tanpa membalas arahan pesanan Young Jae itu.

?

Selesai sahaja menunaikan hajat , Seul Rin keluar dari toilet dan ingin menuju ke arah Young Jae.

Tiba-tiba dia menyedari Na Eun ingin menuju ke arahnya.

Tanpa berfikir panjang , Seul Rin terus memecut manakala Na Eun yang yang melihat tingkah kakaknya itu mula mengejar kakaknya dari berlakang dengan kakinya yang kecil itu.

Taehyung yang sudah lama memerhati Seul Rin dari jauh terkejut dengan adegan di depan mata.

Tiba-tiba kasut Seul Rin tercabut membuatkan larian Seul Rin terhenti manakala Na Eun terus memeluk kakaknya,akhirnya mereka ketawa.

Taehyung juga sedaya upaya menahan ketawanya kerana dikhuatiri keluarganya fikir bukan-bukan.

" Unnie ni dah kenapa nak lari dari Na Eun? Macam Na Eun ni hantu pulak " rajuk Na Eun.

Seul Rin mengusap kepala adiknya dengan penuh kasih sayang lalu berkata , " Young Jae pesan jangan biarkan korang tahu kat mana kitaorang duduk , sebab itulah unnie lari bila nampak Na Eun nak pergi dekat unnie . Mianhae "

Selepas mendengar penjelasan kakaknya,Na Eun terus meluru ke arah abangnya lalu memukul abangnya dengan kuat.

Kedengaran pertengkaran kecil berlaku di situ , malah Seul Rin juga menerima jelingan maut dari Young Jae.

Seul Rin tergelak kecil melihat kerenah adik-adiknya sehingga dia terlupa dirinya juga seperti budak-budak sebentar tadi.

Taehyung yang masih memerhati Seul Rin juga tersenyum melihat Seul Rin tersenyum dan tertawa.

' Senyuman dia membawa cahaya di dalam kegelapan '

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience