Chapter 7

Fanfiction Series 2117

Di hadapan Universal Studios Japan.

Kelihatan kumpulan bas nombor 10 sedang bergambar secara berkumpulan.

Gambar mereka pada awalnya diambil oleh Ah Ihn , selepas itu mereka bergambar secara 'selfie' bersama Ah Ihn.

Selepas sesi bergambar itu selesai , kini tiba giliran untuk mereka bebas bergambar bersama ahli keluarga masing-masing termasuklah keluarga Seul Rin.

Ketika Seul Rin sudah bersedia untuk bergambar dengan ahli keluarganya , dia ternampak kelibat Taehyung yang sedang mengambil gambar suasana di sekitar Universal Studio itu.

Terdetik di hati Seul Rin mempersoalkan pemakaian Taehyung yang agak simple tanpa baju sejuk itu kerana ikut pengetahuan Seul Rin , suhu ketika itu 18°C.

' hurm biarlah , badan dia bukan badan aku '

Manakala Taehyung yang sibuk mengambil gambar suasana di sekitarnya menggunakan Camera Canon 550D miliknya yang berwarna hitam tanpa sedar telah menghalakan kameranya ke arah Seul Rin.

' she smile so beautiful ' kata Taehyung di dalam hati lalu menangkap gambar Seul Rin yang sedang tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience