Chapter 12

Fanfiction Series 2117

Para pelancong dari agensi Korea Travel dinasihati agar bawa bersabar sehinggalah diberi arahan untuk bergerak ke tempat imigresen.

Apabila mengetahui bahawa mereka masih perlu menanti 30 minit sebelum diarahkan untuk bergerak,Seul Rin terus mengeluarkan buku Word Searchnya.

Sebelum memulakan pencarian perkataan yang perlu di cari, Seul Rin memakai earfon di telinganya dan membuka lagu Love Shot by EXO.

Taehyung? Dia hanya memilih untuk memerhatikan Seul Rin yang kusyuk mencari perkataan tanpa menyedari Puan Kim yang sedang memerhati dirinya.

' budak ni suka kat anak aku ke? Kemain tenung anak aku macam nak telan ' getus hati Puan Kim lalu mengalihkan pandangannya ke arah anak dara kesayangannya itu.

Seul Rin menyedari dirinya diperhatikan hanya memilih untuk berada di dunianya sendiri,dia tidak mahu mengambil pusing siapakah gerangan yang memandangnya.

~~~~

Kelihatan Seul Rin agak tergesa-gesa mengemas begnya kerana dia terlalu leka dengan dunianya sehingga tidak dengar arahan untuk ke tempat imigresen sebentar tadi.

" aigoo unnie , lain kali kalau nak demgar lagu pun , volume tu jangan kuat-kuat " bebel Young Jae.

Melihat Seul Rin tersengih , Youg Jae hanya mengelengkan kepalanya.

Jika dia tidak menyedari kakaknya tidak ada di sisinya , sudah pasti kakaknya itu menangis kerana ditinggalkan berseorangan. Ya,kakaknya itu takut berseorangan di khalayak ramai. Hal ini membuatkan Young Jae berasa risau apabila memikirkan kakaknya bakal menjadi pelajar Universiti.

" ha dah jom "

Taehyung yang sedari tadi menanti Seul Rin juga ikut bergerak.

Seul Rin yang menyedari tingkah Taehyung itu mula bermonolog di dalam hatinya.

' mamat tu pun tunggu aku ke duh? '

' hurm baik aku jalan cepat-cepat bagi langkah berhati-hati , manalah tahu dia nak jalan sebelah aku ke apa en '

Young Jae yang melihat kakaknya memulakan langkah besar semasa berjalan mula berasa pelik lantas mengaru-garu kepalanya , menandakan dirinya benar-benar bingung.

Taehyung juga seperti Young Jae.

' dia tahu ke aku memerhati dia dari berlakang? '

Taehyung dapat merasakan Seul Rin seseorang yang menarik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience