Chapter 6

Fanfiction Series 2117

Hari ini merupakan hari keenam Seul Rin sekeluarga di Tokyo,Jepun dan ia juga merupakan hari terakhir semua pelancong dari Agensi Korea Travel berada di situ kerana awal pagi esok mereka akan bergerak pula ke Osaka,Jepun.

Kelihatan Seul Rin ralit melihat gambar yang telah di post di SNS miliknya.

Gambar-gambar yang diambil oleh Young Jae dan Na Eun sungguh memuaskan hatinya.

Seul Rin berasa gembira kerana dia berpeluang pergi ke pelbagai tempat yang wajib pergi oleh pelancong dan paling dia gembira ialah dia berpeluang untuk melihat Gunung Fuji dari jarak dekat .

Ada kalanya Seul Rin tergelak membaca komen rakan-rakannya yang cemburu melihat gambar yang dipostnya.

Selepas puas melihat kembali gambar yang dipostnya dan membaca serta membalas komen rakannya , Seul Rin membuka group chat Bas 10 untuk melihat apa aktiviti pada petang itu.

"Petang ni pergi ke Sensoji Temple ye ? Hurm tak silap ada Wakasime Street kat situ "

Tok tok tok!

" wae ? " sahut Seul Rin

" unnie,sekarang cerita shinchan sedang disiarkan di television " beritahu Young Jae.

Seul Rin yang mendengar nama Shin Chan terus mengecas telefonnya dan meluru ke ruang tamu untuk menonton Shin Chan.

Young Jae yang melihat gelagat kakaknya itu hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

Bagi kakaknya itu , bahasa bukan penghalang untuk dirinya menonton Shin Chan.

?

Di hadapan Sensoji Temple in Tokyo , Japan.

" Selepas memasuki pintu gate utama kuil ini iaitu Kaminarimon ( Thunder Gate ) , terdapat deretan kedai dipanggil Nakasima Street sehingga pintu gate kedua iaitu Hozomon . Kedai-kedai tersebut menjual cenderahati tradisional Jepun yang unik dan menarik " terang Ah Ihn kepada ahli kumpulannya dengan lancar sekali.

" Tuan Puan diberikan masa dua jam setengah untuk jalan-jalan sendiri di kawasan ini sebelum kembali berkumpul di hadapan kuil ini . Saya harap Tuan Puan beri kerjasama seperti lawatan sebelum ini bagi memastikan kita tidak lari dari jadual kita " sambung Ah Ihn dan mengakhiri kata-katanya dengan ucapan terima kasih lalu mengundur diri.

?

Sudah hampir sejam Seul Rin 'tawaf' di kawasan Nakasima Street itu dengan muka yang jelas menunjukkan dirinya tidak berminat .

Barang-barang disitu kelihatan unik dan mampu menarik perhatian pelancong-pelancong tetapi disebabkan dirinya bukanlah seperti wanita lain yang amat menyukai membeli belah dan sangat cerewet memilih sesuatu barang sebelum membelinya maka dia lebih senang untuk hanya memerhati kerenah antara pelanggan dan penjual serta mengambil gambar suasana di situ .

" Unnie , jom pergi mini market tu " ajak Na Eun sambil menarik tangan Seul Rin ke arah kedai Tokyo Mini Market yang berdekatan dengan tempat dia berdiri tadi.

Ketika Seul Rin sudah memasuki kedai tersebut , dia ternampak Young Jae dan Young Ae juga sudah berada di dalam kedai itu .

Dari sudut lain , Taehyung sedang beratur untuk membayar makanan yang dibelinya sebentar tadi ternampak kelibat Seul Rin sedang membelek satu persatu makanan dan minuman sebelum meletakannya semula .

Taehyung yang menyedari Seul Rin makin lama makin dekat dengan tempatnya berdiri tidak mengalihkan pandangannya daripada memandang Seul Rin.

Seul Rin yang seakan menyedari seseorang sedang memerhatikannya terus mengalihkan matanya daripada makanan di hadapannya tepat ke arah mata Taehyung.

Seul Rin terkejut , begitu juga Taehyung lantas Seul Rin menoleh ke arah adik-adiknya yang berada di berlakangnya lalu bertanya " kita buat apa sebenarnya kat sini ? "

" Saja-saja jer nak tengok , lagipun kitaorang tak bawak duit hehe "

Seul Rin menepuk dahinya lantas mengeluh dan mengeleng-gelengkan kepalanya.

" dah jom keluar , nanti eomma dan appa cari kita "

' they so fun ' kata Taehyung di dalam hati dan tanpa sedar , bibirnya mengukir senyuman.

" Hyung , cepatlah bayar " tegur Jeong Gyu , adik bongsu Taehyung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience