Chapter 11

Fanfiction Series 2127

Osaka International Airport,Japan.

Seul Rin sekeluarga baru sahaja turun dari Bas 10 dan ingin menuju ke tempat perhentian kerana pelancong dari agensi Korea Travel akan mendapat makanan tengah hari sebelum bergerak ke tempat imigresen serta makan di situ.

Masa untuk solat bagi korea-muslim juga disediakan sebagai tanda menghormati agama mereka , malah pihak agens juga menggalakkan yang lelaki menunaikan solat secara berjemaah . Imam mereka merupakan pekerja di bawah agensi.

Taehyung yang sengaja memilih tempat yang memudahkan dirinya untuk melihat satu per satu bas yang tiba , ternampak kelibat Seul Rin . Dirinya terpegun.

Rambut Seul Rin tidak lagi dilepaskan seperti sebelum ini , rambutnya di ikat kemas seperti ekor kuda. Dia memakai baju T shirt Shin Chan yang berwarna putih dan memasukkannya ke dalam seluar , bersesuaian dengan stylistnya memakai Trench Coat bewarna hitam yang sengaja tidak dibutangkan . Kasutnya juga berwarna hitam berjenama converse.

Cermin mata yang dipakai oleh Seul Rin menjadi gelap apabila terkena sinaran matahari membuatkan dirinya kelihatan seperti kembar Ariana Grande di mata Taehyung tetapi kulitnya lebih cerah berbanding kulit artis tersebut dan sungguh cantik ( eh? ) .

Teahyung tergelak kecil apabila menyedari dirinya membandingkan artis kegemarannya dengan wanita yang masih belum diketahui namanya.

Tiba-tiba dia ternampak beg yang sedang disandang oleh Seul Rin membuatkan Taehyung tersenyum kerana beg itu merupakan beg Shin Chan yang dibeli oleh Seul Rin.

' Pandai dia menggayakan pemakaian dirinya agar tidak nampak seperti budak-budak '

Taehyung kekal memandang Seul Rin sehinggalah adiknya menganjaknya untuk mengambil makanan yang telah mula diedarkan oleh ketua pemandu pelancong dan tanpa disedarinya , Seul Rin juga menuju ke arah yang sama.

" Unnie , nanti unnie ambil tiga bekas tau " pesan Young Jae kepada kakaknya.

" ha yelah tahu " jawab Seul Rin acuh tak acuh.

Taehyung yang berada di hadapan seakan terkejut bila terdengar suara Young Jae lantad menoleh ke berlakang,serentak itu dirinya bertembung mata dengan Seul Rin yang betul-betul berada di berlakangnya.

Taehyung terpaku,Seul Rin mengerutkan dahinya.

' apahal dengan mamat ni ? Beratur tu elok-eloklah ' getus hati Seul Rin.

" ehhh Taehyung! " sapa Young Jae.

Taehyung yang mula berasa lega apabila di sapa oleh Young Jae hanya tersenyum ke arah Young Jae lalu menoleh ke hadapan kembali apabila menyedari sudah tiba gilirannya mengambil makanan.

Young Jae berasa ada perkara yang tidak kena dengan Taehyung hanya memilih untuk tidak mengendahkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience